Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Selepas 13 Tahun, Perlumbaan Autobacs Super GT Kembali Beraksi Di M'sia

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Ada berita baik buat penggemar sukan permotoran.

Ini kerana perlumbaan berprestij Autobacs SUPER GT akan kembali diadakan di Malaysia pada 27 Jun depan di Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS.

Pengumuman ini dibuat selepas termeterainya perjanjian antara HARO Sports & Entertainment, selaku pemegang hak dan penganjur pusingan SUPER GT di Malaysia, dan GT Association (GTA), pemegang hak rasmi untuk perlumbaan SUPER GT.

Perjanjian ini ditandatangani oleh Pengurus Rakan Kongsi HARO Sports & Entertainment, Fahrizal Hasan dan Presiden serta Ketua Pegawai Eksekutif GTA, Masaaki Bandoh.

image.pngimage.png

Fahrizal Hasan dalam ucapannya berkata, pihak berbangga kerana Malaysia terpilih sebagai lokasi pusingan SUPER GT.

“Sebagai satu-satunya pusingan luar Jepun, Malaysia mempunyai kelebihan untuk menempatkan diri sebagai destinasi utama Pelancongan Sukan, bukan sahaja di rantau ini tetapi juga di peringkat global,” katanya..

Untuk makluman, pusingan Malaysia untuk musim perlumbaan 2025 akan menjadi pusingan ketiga daripada keseluruhan lapan pusingan yang dijadualkan.

Ini bermakna tujuh pusingan perlumbaan ini akan berlangsung di pelbagai litar di Jepun.

Sementara itu, perlumbaan pembukaan akan diadakan di Litar Antarabangsa Okayama pada 12-13 April, diikuti dengan pusingan kedua di Fuji Speedway pada 3-4 Mei.

Selepas itu, perlumbaan itu akan berlangsung di Sepang untuk pusingan ketiga bermula 27 hingga 28 Jun 2025.

Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah untuk SUPER GT adalah pada Jun 2013.

Perlumbaan ini sepatutnya kembali ke Malaysia pada tahun 2020, tetapi terpaksa dibatalkan akibat pandemik COVID-19.


Gallery

Tag:

Autobacs Super GT Championship
Petronas Grand Prix of Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Toyota GR86 Cup Car Kini Dijual Di Malaysia – Hanya Ada 30 Unit, Berharga RM208,315

Kesemua unit GR86 Cup Car yang diimport sepenuhnya dari Jepun mematuhi peraturan teknikal yang ditetapkan.

06-05-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026