- Berita
- EV
- ALPINE A390 Beta, Fastback Ringan Berinspirasi F1

Pengeluar kereta sport terkemuka dari Perancis, Alpine menayangkan sebuah model fastback elektrik pertamanya, A390_β, baru-baru ini.
Di sebalik huruf β, mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai huruf berkenaan. Huruf β sebenarnya bermaksud Beta dalam Bahasa Yunani .
Di sebalik cerita huruf itu, A390_ β, rekaannya sebenarnya diilhamkan daripada model Alphine A110.
Menjengah sahaja bahagian luarannya, ia menggayakan rekaan yang cukup sporty dimana . warna signaturnya yang berwarna biru menonjolkan garisan bumbung belakang yang cukup tajam sekali gus membuatkannya ia kelihatan kereta sports.

Malah, sistem pencahayaan yang menampilkan lampu berbentuk segi tiga "Cosmic Dust" di hadapan dan di belakang juga menambahkan lagi sentuhan futuristiknya.
Bukan itu sahaja, model konsep ini juga hadir dengan aerodinamik yang cemerlang dimana ia menampilkan rekaan seolah-olah jambatan terbang di bahagian depan.

Ia sebenarnya bertujuan untuk untuk mengoptimumkan aliran udara ketika ia dipandu laju.

Bahagian kabinnya pula, ia menggabungkan ciri-ciri kereta sports namun menawarkan keselesaan yang cukup baik.
Manakan tidak, ia didatangkan dengan rekaan tempat duduk dan sterengnya ala kerusi F. Selain itu, kereta konsep ini dibina berdasrkan platform AmpR Medium Alpine dan menggunakan tiga motor elektrik yang dibangunkan oleh Alpine sendiri.
Satu motor terletak di hadapan manakala dua motor lagi dipasang di belakang yang turut ditsampilkan dengan sistem pacuan pacuan semua roda.


Ia juga menampilkan Active Torque Vectoring bagi memberikan keupayaan selekoh yang luar biasa.
Lazimnya, teknologi canggih ini, ditemui dalam kereta hypercar dan memandangkan Alphine turut menggunakan ciri teknologi ini, maka pengendalian A390_β dikatakan lebih ringan dan lincah sekali gus mengingatkan kembali pada model A110 ikonik Alpine.
Bagaimanapun, setakat ini, Alphine tidak mendedahkan hamburan kuasa kereta konsep ini dan menurut Alpine 85% daripada rekaan luaran model A390_β akan dikekalkan untuk pengeluarannya nanti.
Apapun, pengeluaran 390_β dijadualkan bermula pada tahun 2025.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/