Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

C&C Anjur Acara Jelajah Pertama Peugeot – Diskaun Hingga RM42,000!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

C&C-ROADSHOW-2.jpg


Ogos lalu, Cycle & Carriage (C&C) telah mengumumkan bahawa syarikatnya kini secara rasmi mengendalikan jenama automotif Perancis, Peugeot, melalui kerjasama dengan Stellantis Malaysia. Sempena kehadiran jenama ini, C&C menganjurkan jerayawara (roadshow) jenama Peugeot selama dua bulan, sehingga 16 November ini. 


Potongan Harga Hingga RM42,000


Sepanjang acara yang berlangsung di Sunway Geo Avenue, Subang Jaya ini, pelanggan yang berminat boleh menikmati pelbagai tawaran istimewa. 


C&C menawarkan potongan harga besar-besaran untuk model Peugeot yang terpilih. Antaranya ialah diskaun sebanyak RM42,000 untuk SUV crossover 7 tempat duduk Peugeot 5008, RM40,000 untuk Peugeot 3008, serta penjimatan sehingga RM30,000 untuk trak pikap yang diperkenalkan tahun ini, Landtrek 4x4.


Pakej Servis Percuma 5 Tahun dan Waranti Lanjutan


C&C-ROADSHOW-4.jpg


Selain diskaun, pelanggan yang membeli kenderaan Peugeot semasa program ini juga akan menerima pakej servis percuma selama lima tahun, lanjutan kepada jaminan sedia ada selama tujuh tahun untuk model 3008 dan 5008, serta lima tahun untuk Landtrek.


Peugeot 408 Turut Dipamerkan


C&C-ROADSHOW-7.jpgC&C-ROADSHOW-6.jpgC&C-ROADSHOW-1.jpg


Bagi yang berminat dengan model terbaru Peugeot, ini juga peluang untuk anda menyaksikan Peugeot 408 dengan lebih dekat. Model ini akan dipamerkan sepanjang tempoh jualan bergerak di Sunway Geo Avenue.


Pelancaran Cawangan dan Perkhidmatan Selepas Jualan Eksklusif


C&C-ROADSHOW-2.jpg


Selain mengumumkan jerayawara pertama jenama Peugeot, C&C juga mendedahkan rancangan syarikat untuk melancarkan semula cawangan di Batu Caves, Selangor dan Georgetown, Pulau Pinang. Cawangan ini akan menyambut pelanggan Peugeot yang baharu dan sedia ada dengan perkhidmatan selepas jualan yang lebih flesksibel serta pilihan kenderaan dengan harga yang pelbagai, bagi menarik lebih ramai pelanggan.


Jenama Baharu Dari Stellantis Malaysia?


C&C turut memberi bayangan bahawa mereka mungkin akan membawa lebih banyak jenama di bawah Stellantis Malaysia selain Peugeot. Sebelum ini, Stellantis Malaysia pernah memberi petanda akan mengembalikan jenama seperti Citroën dan Jeep di Malaysia. Firma ini juga sedang melakukan persediaan untuk melancarkan jenama kenderaan elektrik, Leapmotor, di pasaran tempatan tidak lama lagi. Nantikan butiran selanjutnya yang akan kami kongsikan dari masa ke masa. 


Tag:

Peugeot Malaysia
Cycle & Carriage
Stellantis Malaysia
Peugeot 408
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Cycle & Carriage Batu Caves Kini Turut Jadi Pusat Servis Peugeot – Promosi Istimewa

Cycle & Carriage Batu Caves dinaiktaraf, kini menempatkan pusat servis untuk jenama Peugeot.

14-07-2025
Berita Auto

Pusat 3S Peugeot Kini Dibuka Di Kuching, Sarawak

Peugeot Malaysia (Stellantis Malaysia) terus memperkukuh kehadirannya di Malaysia dengan pembukaan Pusat 3S (jualan, servis, alat ganti) di Kuching, Sarawak.

28-02-2025
Berita Auto

Peugeot Umum Kempen "Drive Into Prosperity" : Rebat Cecah RM21,500, Manfaat Tambahan

Sempena Tahun Baru Cina 2025, Peugeot Malaysia mengumumkan tawaran penjimatan dan rebat luar biasa.

16-01-2025
Berita Auto

Rebat RM21,500 untuk Peugeot 2008 – Kini Hanya RM111,888!

Stellantis Malaysia kini menawarkan rebat istimewa sebanyak RM21,500 untuk model SUV kompak Peugeot 2008, menjadikannya lebih mampu milik untuk rakyat Malaysia. Tawaran ini menjadikan harga terbarunya hanyalah serendah RM111,88, atas jalan tanpa insurans dan aksesori tambahan.

13-01-2025
Berita Auto

Beli Kereta Peugeot Dengan Rebat Cecah RM40K, Waranti Lanjutan 7 Tahun & Banyak Lagi, Masa Terhad!

Tahun 2024 hampir melabuhkan tirainya, sempena penghujung tahun ini, Stellantis Malaysia melancarkan kempen jualan istimewa "Year End Extravaganza" untuk jenama Peugeot.

18-11-2024
Berita Auto

Pusat Pengedaran Pelbagai Jenama Pertama Stellantis Dibuka Di Jalan Klang Lama

Selepas melancarkan Leapmotor C10, Stellantis Malaysia meneruskan momentumnya dengan pembukaan pusat pengedaran pelbagai jenama pertama di Malaysia pada hujung minggu lalu.

22-10-2024
Berita Auto

Baru Dibuka: Pusat 2S Peugeot Di Taipan, Subang Jaya

Peugeot Malaysia melancarkan bilik pameran yang terletak di Taipan, Subang Jaya, baru-baru ini.

02-09-2024
Gaya Hidup

Peugeot 408 Jadi Ilham, Rekaan Pereka Fesyen Muda Ini Memukau Ramai

CariCarz.com telah menerima jemputan daripada Stellantis Malaysia untuk menyaksikan pertunjukan fesyen yang bertemakan "Capturing Allure."

07-08-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Masalah Brek Punca SUV Terbabas Di Cameron Highlands

Detik cemas menyelubungi sebuah keluarga apabila SUV yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam gaung sedalam 15 meter di sebuah ladang teh.

25-02-2026
Berita Auto

LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.

25-02-2026
Berita Auto

Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.

24-02-2026
Berita Auto

Tidur Yang Membunuh: Microsleep Punca 20% Kemalangan Maut , Risiko Tinggi Di Musim Perayaan – MIROS

Isu 'mengantuk sesaat' atau microsleep bukan perkara remeh. Di Malaysia, fenomena ini dikenal pasti sebagai punca utama kepada kira-kira 20% kemalangan jalan raya yang dilaporkan setiap tahun, termasuk kes-kes yang meragut nyawa.

24-02-2026
Berita Auto

LRT3 Bakal Beroperasi Sebelum Jun Ini

LRT3 yang menghubungkan Shah Alam dan kawasan sekitarnya dijangka beroperasi sebelum Jun ini,

23-02-2026
Berita Auto

Penangguhan Sementara Fungsi Bayaran Balik Menerusi GiCheck, - Puspakom

Pusapakom mengesahkan bahawa pihaknya menangguhkan sementara fungsi bayaran balik menerusi aplikasi GiCheck, bermula dari hari ini hingga 8 Mac 2026.

23-02-2026
Berita Auto

Chery Bakal Lancar 4 Model, Bilik Pameran Chery Kini Pula Bercirikan Gen 4

Chery Malaysia akan melancarkan sekurang-kurangnya empat model terbaharunya pada tahun ini.

23-02-2026
Berita Auto

Geng Motor Baling Mercun, Serang Anggota JPJ Semasa Operasi

Kejadian melampau berlaku baru-baru ini apabila sekumpulan individu yang dipercayai penunggang motosikal bertindak luar kawalan dengan menyerang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggunakan mercun.

23-02-2026