- Berita
- Berita Auto
- Doktor, Anak Parah, Punca Remaja Pandu SUV Laju!

Seorang doktor dan anak lelakinya berusia empat tahun parah selepas Perodua Bezza dinaiki dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu seorang pelajar berusia 18 tahun.
Kejadian berlaku , di Bulatan Jalan Persiaran Seri Impian Kluang, semalam.
Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mangsa yang memandu Perodua Bezza parah di kepala, patah tulang rusuk dan bahagian dalaman badan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK)
"Sementara, anaknya yang parah di kepala dirawat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Pemandu SUV yang juga seorang pelajar sekolah menengah memiliki lesen memandu sah tidak mengalami kecederaan,”katanya.
Terdahulu tular pula rakaman papan pemuka yang menunjukkan remaja berusia 18 tahun itu sebenarnya memandu laju sebelum melanggar Bezza berkenaan.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
