Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

GAC GS3 EMZOOM 2024 CKD Dilancar: Harga Bermula RM103,800

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png


WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), anak syarikat Warisan TC Holdings Bhd, secara rasminya melancarkan dua varian baharu EMZOOM GAC GS3 2024 versi pemasangan tempatan (CKD) di pasaran Malaysia, sebentar tadi.

Ini bermakna varian tertinggi  GAC GS3 EMZOOM Premium R kini disertai oleh dua lagi varian baharu, GS3 EMZOOM Standard dan GS3 EMZOOM Exclusive.

image.pngimage.pngimage.png


Ketiga-tiga varian dikuasakan oleh enjin 1.5 liter dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 177PS dan 270Nm.

Ini bermakna output dari motor dihantar ke roda depan menerusi transmisi klac berkembar  7-kelajuan yang mana ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 8 saat.

image.pngimage.png

Prestasi enjin itu dikatakan ipadankan memenuhi piawaian Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dengan penggunaan purata hanya 5.9 liter bagi setiap 100km.

Ia juga dianggap sebagai kenderaan cekap tenaga kerana menawarkan penggunaan bahan api hanya 5.9 liter untuk setiap 100 kilometer.

Malah, semua model GAC GS3 EMZOOM menampilkan rekaan luarannya yang cukup berani disebabkan kehadiran gril Mecha Wing, lampu depan jenis LED Laser Eye Split serta lampu belakang Light Dart. 

image.png

Tidak ketinggalan, dengan adanya spoiler belakang, rim aloi bersaiz 18-inci serta pemegang pintu jenis tersorok membuatkan ia kelihatan lebih menonjol dan futuristik.

Namun apa yang membezakan denganGS3 Premium R dengan dua varian lain itu adalah ia didatangkan dengan Pakej  R-Style Sport dan R-Style Exhaust.


image.pngimage.png


Selain itu, kabin semua varian dihiasi dengan warna biru dan hitam selain hadir dengan jarak roda 2,650 mm sekali gus merupakan antara model terpanjang dalam kelas GS3 EMZOOM.

Malah, kesemua varian juga hadir dengan  stereng multi-fungsi balutan kulit serta tombol gear kristal termasuk pelarasan stereng teleskopik empat hala .


Dari segi ciri teknologi, ia hadir dengan  sistem infotainmen dengan skrin sentuh 10.25-inci dengan sokongan Apple CarPlay tanpa wayar dan Android Auto, brek parkir elektronik dengan auto hold serta peninjau titik buta.

Bagaimanapun, kesemua ciri adalah ciri standard untuk semua varian.

 image.png

Mengenai pilihan warna pula, GAC GS3 EMZOOM Standard hadir dalam warna: Frost White dan Asphalt Black.

Sementara itu, varian GAC GS3 EMZOOM Exclusive menawarkan dua pilihan tambahan, iaitu Salt Lake Blue dan Superstar Silver.

Bagaimanapun, kesemua warna ini tersedia untuk GS3 EMZOOM Premium R, yang menampilkan warna Graphite Grey yang eksklusif, sebagai tambahan kepada trim luaran oren sporty yang terhad kepada varian teratas.

Difahamkan, warna Asphalt Black dan Graphite Grey adalah warna eksklusif untuk GAC GS3 EMZOOM CKD memandangkan  warna ini tidak ditawarkan di pasaran luar Malaysia.

image.png

Bagi yang berminat dengan jentera, kesemua varian didatangkan dengan waranti standard 5 tahun atau 150,000 km. 

Malah, hanya 2,000 pelanggan terawal yang akan menikmati perlindungan tambahan iaitu waranti enjin dan trenkuasa selama 7 tahun atau 180,000 km .

image.png

Mengenai harga, varian standard GAC GS3 EMZOOM CKD 2024 (RM103,800), GS3 EMZOOM Exclusive (RM116,800) manakala GS3 EMZOOM Premium R  (RM126,800).

Gallery

Tag:

WTC Automotif (WTCA)
GAC GS3 Emzoom
CKD cars
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

WTCA Meterai MoU Dengan GAC Motor, Kaji Pemasangan CKD Untuk Eksport Ke Vietnam

Pengeluaran CKD GAC Motor bakal diperluaskan lagi selepas Memorandum Persefahaman (MoU) dengan WTCA.

01-04-2024
Berita Auto

GAC Motor Malaysia Lebarkan Sayap Di Semenanjung Malaysia – Lantik 9 Pengedar Baharu

WTCA baru-baru ini telah mengadakan upacara penandatanganan bersama sembilan pengedar baharu.

27-02-2024
Global

Kilang GAC Aion Thailand Bakal Siap Julai Ini – Aion Y Plus Jadi Model Pertama, Import Ke M'sia?

GAC Aion telah memulakan pembinaan kilang pengeluaran luar negara pertamanya di Koridor Ekonomi Timur (EEC) di Rayong, Thailand.

01-02-2024
Kereta Baru

SUV 'Gergasi' GAC Emkoo Dipertontonkan Di Malaysia – Bakal Menyerlah Di Jalan Raya?

WTCA telah mempertontonkan model yang bakal memasuki pasaran negara, GAC EMKOO.

01-02-2024
Kereta Baru

Tempahan GAC GS3 Emzoom Kini Dibuka! – Harga Marhaen, Bawah RM130K!

WTCA telah secara rasminya membuka tempahan bagi SUV kompak, GAC GS3 EMZOOM. Ini spesifikasinya...

31-01-2024
Kereta Baru

Panaslah Punggung Pesaingnya!

GAC GS3 Emzoom akan menembusi pasaran tempatan pada tahun depan.

15-11-2023
Berita Auto

WTCA Labur RM60 Juta Untuk Program CKD GAC GS3

WTCA hari ini telah mengumumkan projek pemasangan CKD dengan syarikat Guangzhou Automobile Group (GAC).

11-05-2023
Kereta Baru

Dilancar: GAC Emkoo CKD, Ada 2 Varian, Harga Bermula Daripada RM123,800

WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA) akhirnya melancarkan GAC Emkoo CKD secara rasminya ke pasaran tempatan, sebentar tadi

03-10-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.

26-02-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.

25-02-2026
Kereta Baru

Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.

24-02-2026
Kereta Baru

Proton S70 MC1 2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 yang dinaik taraf telah dilancarkan secara rasmi secara siaran langsung, dua hari lepas.

13-02-2026
Kereta Baru

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026
Kereta Baru

SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

HMY membuat pengumuman mengejutkan sempena majlis makan malam media Tahun Baharu Cina malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.

10-02-2026
Kereta Baru

Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

OMODA | JAECOO Malaysia turut mengumumkan harga anggaran Omoda C9 PHEV adalah sekitar RM220,000.

06-02-2026
Kereta Baru

Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000.

06-02-2026