Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jualan Kenderaan Menurun, Di Mana Silapnya? – Model Petrol & Diesel Kekal Dominasi, EV Makin Perlahan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Screenshot-2024-10-14-090321.jpg


Awal tahun ini, industri automotif Malaysia menunjukkan pertumbuhan yang baik, malangnya, pencapaian tersebut tidak kekal sehingga ke penghujung. Portal data terbuka rasmi Malaysia, data.gov.my mendedahkan bahawa sehingga September tahun ini, angka jualan kenderaan telah mencecah 1,158,707 unit namun jualan bulanan menurun kepada 119,552 unit pada bulan sama, berbanding 140,710 unit pada Ogos. 


Kenderaan Petrol & Diesel Kekal Mendominasi


Sehingga kini, pasaran Malaysia masih didominasi oleh kenderaan petrol dan diesel, walaupun dibanjiri dengan kehadiran kenderaan elektrik (EV). Data terkini juga menunjukkan bahawa jualan EV turut mengalami penurunan.


Baca: Jualan EV Kurang Memberangsangkan, Volkswagen Ubah Strategi


Data Jualan Sepanjang 2024, Setakat September


Jumlah unit terjual mengikut jenis trenkuasa kenderaan sepanjang September:


Screenshot-2024-10-14-103305.jpg


- Kenderaan Petrol: 107,514 unit (penurunan berbanding 127,395 pada Ogos)  

- Kenderaan Diesel: 7,955 unit (penurunan berbanding 8,687 pada Ogos)  

- Hibrid: 1,688 unit (penurunan berbanding 1,924 unit pada Ogos)  

- EV: 1,959 unit (penurunan berbanding 2,240 pada Ogos)  

- Lain-lain (NGV, Gas): 436 unit (turun daripada 464 unit pada Ogos)  


Jumlah keseluruhan jualan kenderaan (Termasuk MPV, Jeep, Lori):


- Ogos: 76,075 unit

- September: 61,075 unit


Perodua Jenama Automotif Terlaris


CariCarz_Perodua-Axia_Launch_-79.jpg 

Sehingga September lalu, jenama automotif yang terlaris di Malaysia bagi tahun 2024 ialah Perodua dengan jumlah jualan kenderaan mencecah 260,359 unit. Model yang menjadi pilihan ramai ialah  Bezza, Axia dan Myvi dengan jumlah jualan sebanyak 14,455 unit pada bulan September sahaja.


Berikut adalah senarai jumlah jualan bagi 10 jenama terkenal di Malaysia bermula Januari hingga September lalu: 


1. Perodua: 260,359 unit

2. Proton: 110,215 unit  

3. Toyota: 91,075 unit  

4. Honda: 62,198 unit

5. Chery: 12,075 unit 

6. Mitsubishi: 11,984 unit

7. Mazda: 11,899 unit 

8. Mercedes-Benz: 8,991 unit  

9. BMW: 7,876 unit  

10. BYD: 5,964 unit


Tesla Jenama EV Terlaris Malaysia


Tesla-Anwar-(3).jpg


Sepanjang bulan September, Tesla merupakan jenama terlaris dengan jualan sebanyak 448 unit, diikuti oleh BYD dengan 356 unit. Tesla terus menarik perhatian kerana insentif operasi yang disokong kerajaan dan pengembangan rangkaian pengecas pantas khas untuk pengguna Tesla, Supercharger, yang rancak. 


Sebaliknya, jenama seperti BYD, yang sebelum ini menunjukkan momentum yang kuat, kini berdepan cabaran untuk mengekalkan prestasi jualan bulanan yang konsisten. 


Proton-eMAS-7-MerdekaCamo-1.jpg


Pelancaran Proton e.MAS 7 pada bulan Disember nanti dijangka akan merancakkan kembali jualan EV Malaysia. Ini bagaimanapun bergantung kepada kejayaan pemasaran dan kesediaan orang ramai untuk beralih kepada EV. 


Pasaran EV Malaysia 


web_CariCarz_MBA_WA_Launch_BYD-Seal-4.jpg


Walaupun jualan EV meningkat setiap tahun, iaitu daripada 15,669 unit pada 2023 kepada 19,444 unit setakat September 2024, pasaran ini mengalami penurunan selepas mencapai jumlah jualan tertingginya pada Mei 2024. EV kini hanya menyumbang sebanyak 1.64% daripada jumlah keseluruhan jualan kenderaan pada September, dengan penurunan 12.5% berbanding Ogos.


Situasi “disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari” untuk jualan EV ini mungkin berpunca daripada….


1. Ketepuan Pembeli Awal: Banyak pembeli awal sudah membeli model EV pilihan mereka sebaik sahaja dilancarkan, menyebabkan lonjakan jualan pada peringkat awal. Namun, usaha untuk mengekalkan jualan bulanan adalah lebih sukar dalam pasaran yang begitu kompetitif. Jenama EV kini terpaksa bergantung kepada insentif seperti kadar faedah rendah dan diskaun.


Baca: EV Comel ORA Good Cat Kini Murah RM26,000, Insurans Percuma – Promosi Oktober


2. Kebimbangan Infrastruktur Pengecasan: Ramai bakal pembeli masih ragu-ragu, terutama terhadap ketersediaan pengecas EV yang dilihat masih belum meluas. Pemasangan fasiliti pengecasan di bangunan tinggi dan kondominum misalnya masih agak kurang kerana kebimbangan mengenai risiko kebakaran EV


Baca: "Jangan Cas EV Secara Berlebihan Untuk Elak Risiko Kebakaran." – Bomba


Keperluan Mendesak Untuk Infrastruktur Pengecasan EV


Screenshot-2024-10-14-100753.jpg


Untuk mempercepatkan penggunaan EV secara meluas, infrastruktur pengecasan EV Malaysia perlu diberikan perhatian yang kritikal. Setakat ini, negara kita hanya memiliki sejumlah  2,606 pengecas berbanding sasaran kerajaan iaitu 10,000 pengecas menjelang akhir 2025. 


Antara yang menjadi faktor kelembapan pembangunan infrastruktur penting ini adalah kerana pengendali titik pengecasan (CPO) perlu menanggung kos pelesenan yang tinggi dan berdepan dengan kerenah birokrasi. Akibatnya, beberapa CPO telah mula mengalihkan tumpuan kepada pasaran lain seperti India dan Indonesia, di mana pembangunan infrastruktur bergerak dengan lebih pantas.


Tanpa sokongan kerajaan yang lebih kukuh untuk mengurangkan halangan ini dan mempercepatkan pembangunan pengecas awam, pasaran EV Malaysia berisiko untuk kekal terbantut.

Baca: CEO ChargeSini Dedah Punca EV Masih Tidak Diterima Secara Meluas di Malaysia

Tag:

Industri Automotif Malaysia
Data
Prestasi Jualan
Prestasi Jualan Malaysia
Prestasi Jualan Kenderaan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Sime Darby Terpaksa Tutup 9 Cawangan Di China – Persaingan Terlalu Sengit

Sime Darby Bhd menjangkakan tahun yang mencabar bagi divisyen automotifnya susulan peningkatan persaingan akibat lambakan kenderaan dari negara China.

26-02-2025
Global

Geely Bakal Gugat Dominasi BYD? Jualan Semakin Melonjak Di China

Persaingan antara syarikat automotif China kini semakin sengit apabila Geely dilaporkan sudah mula ‘mendekati’ pesaing utamanya, BYD.

15-08-2025
Global

Prestasi Chery Melonjak Segenap Aspek – NEV Meningkat Hampir 50 Peratus

Chery Group mencatat prestasi memberangsangkan pada bulan Julai dengan jualan sebanyak 224,439 unit kenderaan, meningkat 14.7% berbanding tahun sebelumnya.

12-08-2025
EV

Tesla Di Ambang Kejatuhan? VW Group Kini Kuasai Pasaran EV Eropah

Tesla terus mengalami kemerosotan yang ketara di pasaran Eropah apabila Volkswagen Group (VW Group) berjaya mengatasi jenama EV Amerika itu dengan margin yang besar.

10-07-2025
Berita Auto

Proton: Jualan Jun 2025 Menurun, Namun Kekal Kuasai Pasaran Separuh Pertama!

Pengeluar kereta nasional, Proton, mengumumkan angka jualan bagi bulan Jun 2025 dengan jumlah keseluruhan 11,361 unit.

08-07-2025
Global

Leapmotor Catat Prestasi Luar Biasa Sebagai Jenama Baharu, 293,00 Unit Pada 2024

Jenama automotif China, Leapmotor, telah mencatat prestasi memberangsangkan pada tahun 2024 meskipun kehadirannya masih baru di kebanyakan pasaran global, termasuk Malaysia.

23-01-2025
Berita Auto

Honda Jual 81,600 Unit Kenderaan Tahun 2024 – Kekal Jenama Bukan Nasional Terlaris Malaysia

Honda Malaysia kekal sebagai jenama kenderaan penumpang bukan nasional nombor satu Malaysia selepas mencatatkan jualan sebanyak 81,600 unit pada tahun 2024.

09-01-2025
Berita Auto

UMWT Serah 7,700 Unit Kenderaan Pada September 2024, YTD 72,000

Jumlah YTD pada bulan September menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding 64,000 unit yang direkodkan bulan sebelum ini.

08-10-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Hadkan Pembelian RON95 Sehari Sekali? Masih Belum Ada Rancangan!

Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk mengehadkan pembelian petrol RON95 melalui program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kepada sekali sehari.

23-09-2025
Berita Auto

Boleh Sewa Pandu Karavan, Lesen Komersial Bermula 2026

RV Kenderaan Sewa & Pandu Pelancongan (KSPP) untuk komersial di Semenanjung dan Kereta Sewa Pandu (KSP)di Sabah, Sarawak dan Labuan akan berkuat kuasa bermula 1 Januari 2026.

23-09-2025
Berita Auto

Minyak Pelincir BHPetrol Yang Tulen Mudah Dikesan, Ada Label Kod QR SIRIM

Boustead Petroleum Marketing atau lebih dikenali sebagai BHPetrol, semalam mengumumkan bahawa rangkaian produk pelincir enjin keluarannya telah menerima pensijilan produk tulen daripada SIRIM QAS International.

23-09-2025
Berita Auto

Wanita Maut Kemalangan Tiga Kereta Di Lebuhraya Karak

Seorang wanita maut manakala empat lelaki cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Lebuhraya Karak, awal pagi tadi.

23-09-2025
Berita Auto

SIB, APU Jalin Kerjasama Untuk Kukuhkan Teknologi EV, Hibrid

Sapura Industrial Berhad dan Asia Pacific University menjalinkan kerjasama untuk memperkasakan kemahiran dalam EV, Hibrid dan perkilangan pintar di Malaysia.

23-09-2025
Berita Auto

Hujan Ribut: 30 Kereta Rosak, Bumbung PPR Di Pantai Dalam Tercabut

Kira-kira 30 buah kereta rosak selepas bumbung Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka di Pantai Dalam, Kuala Lumpur tercabut dan terbang.

23-09-2025
Berita Auto

Cip MyKad Rosak? Boleh Ganti Secara Percuma Mulai Esok Hingga 7 Okt Ini!

Kerajaan mengumumkan penggantian MyKad percuma bagi individu yang mengalami masalah cip rosak pada kad pengenalan mereka bermula esok sehingga 7 Oktober.

22-09-2025
Berita Auto

BUDI95: JPJ Tambah Waktu Operasi Kaunter Lesen Memandu, Kaunter Pelbagai Mulai 27 Sept Ini

JPJ mengumumkan penambahan waktu operasi kaunter Lesen Memandu dan Kaunter Pelbagai di seluruh negara mulai 27 September ini.

22-09-2025