Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Leapmotor C10 Kini Rasmi Di Malaysia – Hanya RM149,000 Hingga 30 Nov Ini

Sofea Najmi

Kongsi melalui


CariCarz_SN_Leapmotor-C10-Launched_2.jpeg


Sebentar tadi, Stellantis Malaysia telah melancarkan secara rasmi kenderaan elektrik (EV) Leapmotor C10 untuk pasaran Malaysia.


Trenkuasa Leapmotor C10


CariCarz_Leapmotor-C10-RHD-Preview-11.jpg


Model ini menggunakan satu motor pacuan roda belakang (RWD) dengan output kuasa 214 hp (160 kW) yang dikuasakan oleh bateri  lithium besi fosfat (LFP) 69.9 kWj. 


CariCarz_SN_Leapmotor-C10-Launched_22.jpeg


Menggunakan pengecas pantas, bateri tersebut boleh dicas daripada 30-80% dalam masa hanya 30 minit. Dengan cas penuh, C10 boleh bergerak sejauh 424 km (WTLP).


Dari segi prestasi, C10 dikatakan dapat melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa sepantas 7.5 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 210 km/j. 


Model ini juga dilaporkan menggunakan suspensi talaan Maserati.


Reka Bentuk Leapmotor C10


CariCarz_SN_Leapmotor-C10-Launched_18.jpegCariCarz_SN_Leapmotor-C10-Launched_20.jpegCariCarz_SN_Leapmotor-C10-Launched_9.jpegCariCarz_SN_Leapmotor-C10-Launched_15.jpeg


Diposisikan dalam segmen D, model berukuran 4,739 mm panjang, 1,900 mm  lebar dan 1,680 mm tinggi dengan jarak roda 2,285 mm ini memberi saingan kepada EV lain seperti  XPeng G6 dan Tesla Model Y. 


Secara keseluruhannya SUV EV ini menampilkan reka bentuk luaran minimalis dengan ciri-ciri seperti lampu hadapan dan belakang LED yang terletak rata pada badan kereta, masing-masing dengan jalur lampu yang berkelebaran penuh, permukaan badan juga direka rata pada pelbagai sudut. Untuk meluncur di jalan raya, SUV yang dipamerkan ini menggunakan rim aloi Trident berukuran 20 inci. Model ini ditawarkan dalam warna Glazed Green, Pearly White dan Canopy Grey atau Tundra Grey. 


Kabin Leapmotor C10 


CariCarz_SN_Leapmotor-C10-Launched_10.jpegCariCarz_SN_Leapmotor-C10-Launched_13.jpeg

CariCarz_Leapmotor-C10-RHD-Preview-06.jpgCariCarz_Leapmotor-C10-RHD-Preview-04.jpg


Skrin infotainmen yang digunakan berukuran 14.6 inci. Sistem ini menyokong ciri seperti navigasi satelit, Bluetooth dan WiFi. Namun tiada sambungan Apple Carplay dan Android Auto buat masa ini. Model ini didatangkan dengan kad kunci NFC yang perlu diletakkan pada konsol tengah supaya enjin dapat dihidupkan. 


CariCarz_Leapmotor-C10-RHD-Preview-08.jpg


Selain itu, tempat duduk hadapan C10 boleh dilipat hingga 180 darjah. Apabila kedua-dua tempat duduk hadapan dan belakang dilipat, kabin C10 boleh diubah menjadi ‘katil queen’ untuk dua orang, dengan panjang sehingga 2.7 meter.


CariCarz_SN_Leapmotor-C10-Launched_6.jpeg


Untuk simpanan barang, ruang kargonya berkapasiti 435 liter dan boleh mencapai 1410 liter apabila tempat duduk belakang dilipat.


Dua warna kabin disediakan iaitu  coklat (Criollo Brown) khas untuk warna badan kereta berwarna Glazed Green atau hitam (Midnight Aurora). 



Ciri Keselamatan Leapmotor C10 


CariCarz_Leapmotor-C10-RHD-Preview-03.jpgCariCarz_Leapmotor-C10-RHD-Preview-02.jpg


Leapmotor C10 didatangkan dengan sistem bantuan pemandu canggih (ADAS) Tahap 2 yang merangkumi 16 ciri keselamatan penting seperti kamera 360 darjah. Model ini turut dilengkapi dengan 7 beg udara. 


CariCarz_SN_Leapmotor-C10-Launched_21.jpeg


Berikut adalah ciri keselamatan yang disediakan: 


● Adaptive Cruise Control (ACC)

● Lane Centering Control (LCC)

● Traffic Jam Assist (TJA)

● Front Collision Warning (FCW)

● Autonomous Emergency Braking (AEB)

● Blind Spot Detection (BSD)

● Door Opening Warning (DOW)

● Emergency Lane Keeping (ELK)

● Lane Departure Warning (LDW)

● Lane Keep Assist (LKA)

● Rear Collision Warning (RCW)

● Rear Cross-Traffic Alert And Braking (RCTA + RCTB)

● Intelligent Speed Assist (ISA)

● Driver Drowsiness Alert Warning (DDAW)

● Advanced Driver Distraction Warning (ADDW)


Harga & Jaminan Leapmotor C10 


CariCarz_SN_Leapmotor-C10-Launched_4.jpeg


Leapmotor C10 ditawarkan di pasaran pada harga kompetitif iaitu RM159,000 menjadikannya pesaing terdekat kepada SUV elektrik terlaris lain di Malaysia, BYD Atto 3 yang dijual pada harga RM149,800.  Namun sempena pelancarannya, Leapmotor C10 ditawarkan pada harga pengenalan hanya RM149,000 sehingga 30 November 2024. 


Pembelian adalah termasuk jaminan selama 6 tahun atau sehingga 150,000 km, mana-mana tiba dahulu serta jaminan bateri selama 8 tahun atau 160,000 km, mana-mana tiba dahulu. 



Tag:

Leapmotor
Leapmotor Malaysia
Stellantis Malaysia
Leapmotor C10
Leapmotor C10 Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global
Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

30-12-2025
Kereta Baru

10-12-2025
Berita Auto

07-11-2025
EV

28-10-2025
Berita Auto

27-08-2025
Berita Auto

21-04-2025
EV

18-04-2025

Berita Terkini

Kereta Baru
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot'  2026

Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026

Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.

11-04-2026
Kereta Baru
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired

Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired

MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.

10-04-2026
Kereta Baru
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Kereta Baru
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan

Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan

Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!

08-04-2026
Kereta Baru
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K

Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.

08-04-2026
Kereta Baru
MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk  Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki

MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki

Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.

07-04-2026
Kereta Baru
Isuzu D-Max 2026: Ada 9 Varian

Isuzu D-Max 2026: Ada 9 Varian

Isuzu D-Max ada 9 varian, mana satu pilihan anda?

02-04-2026