Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Mitsubishi Triton Dilancar, Ada 5 Varian, Harga Serendah RM102K

Suhana Veru

Kongsi melalui

 image.png

 

Pengedar rasmi kenderaan di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) melancarkan secara rasminya Mitsubishi Triton generasi keenam, sebentar tadi.

 Mitsubishi Triton ini hadir dalam lima varian dan ia dikatakan menetapkan piawaian baharu dalam inovasi, prestasi dan reka bentuk.


image.png

Jadual di bawah adalah harga pengenalan untuk Mitsubishi Triton bagi mana-mana individu yang membuat tempahan kereta selewat-lewatnya 31 Disember 2024.


harga.png

Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda berkata, sebagai trak pikap yang sesuai dengan era baharu, pihaknya telah membangunkan Triton serba baharu berdasarkan konsep produk "ALL ACTION". 


“Ciri utama Triton serba baharu dibangunkan secara eksklusif oleh Mitsubishi Motors, termasuk ladder frame yang lebih kukuh, casis lasak, enjin berkuasa dan sistem 4WD yang mencapai pengendalian dan kestabilan jalan raya yang cukup cemerlang,” katanya.


Jentera ini dikatakan menggunakan enjin turbodiesel 4N16 yang menghamburkan kuasa berbeza  untuk memenuhi tujuan yang berbeza.


Triton Athlete dilengkapi dengan enjin turbo dua peringkat 2.4L baharu dimana ia mampu menghasilkan kuasa 204PS, dan tork 470Nm.


Varian lain  Triton pula dilengkapi dengan enjin 2.4L 4N16 Turbo Diesel yang menghasilkan output maksimum 184 PS dan tork maksimum 430 Nm.

WhatsApp-Image-2024-10-16-at-12.33.59.jpeg


Malah, varian Single Cab juga dilengkapi dengan enjin diesel 2.4L yang mana ia boleh  menghasilkan output maksimum 184 PS dan tork 430 Nm.


image.png


Triton serba baharu ini juga didatangkan dengan transmisi automatik enam kelajuan yang menampilkan mod Sports atau kotak gear manual enam-kelajuan yang direka untuk mengurangkan gegaran dari enjin dan memberikan keselesaan.


Malah, varian Athlete turut dilengkapi dengan sistem pacuan empat roda Super Select 4WD-II yang menampilkan empat mod ,2H (pacuan roda belakang), 4H (pacuan 4WD sepenuh masa), 4HLc (differential tengah dikunci) dan 4LLc (differential tengah dikunci dalam gear rendah).


Dari segi dimensi, ukuran Triton ini adalah sepanjang 5,320 mm, 1,865 mm (lebar), 1,795mm tinggi manakala jarak roda pula 3,130 mm.


Berikut adalah beberapa ciri utama yang menarik:


Saiz badan yang lebih besar berbanding model sebelumnya. Kali ini ia  dibina berdasarkan frame yang memberikan tahap ketahanan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

 

Enjin baharu dikatakan mampu mencapai kedua-dua output yang lebih tinggi dan mengurangkan pencemaran alam sekitar.

 

Suspensi yang baharu dibangunkan memberikan keselesaan penggendalian yang sangat baik dan kestabilan stereng. Sistem Super Select 4WD-II dan mod pemanduan yang dinaik taraf juga menawarkan prestasi jalan yang sangat serba boleh.

 

Penggayaan teguh baharu dan dalaman yang sporty menawarkan fungsi dan pengendalian yang sangat baik.

 

Keselamatan dan keselesaan yang dipertingkatkan untuk pelbagai tujuan, daripada kegunaan untuk perniagaan sehinggalah peribadi.

 WhatsApp-Image-2024-10-16-at-12.30.36-(1).jpeg


Menjengah bahagian luarannya, Triton serba baharu bukan sahaja menawarkan rekaan yang berani tetapi tampak sasa dan bertenaga. 


Ia hadir dengan lampu nyalaan siang hari serta tiga lampu LED berbentuk L yang menyerupai pandangan tajam burung helang.

WhatsApp-Image-2024-10-16-at-12.32.37.jpegWhatsApp-Image-2024-10-16-at-12.33.02.jpeg


Malah, lampu belakangnya yang berbentuk T menekankan lagi kelebaran jentera ini.


Menjengah bahagian kabinnya, ia didatangkan dengan kotak sarung tangan, pemegang telefon pintar dan ada banyak ruang untuk menyimpan barang selain terdapat dua slot USB di konsol tengah serta menyokong sambungan Apple CarPlay/Android Auto.

WhatsApp-Image-2024-10-16-at-12.27.43.jpegWhatsApp-Image-2024-10-16-at-12.27.58.jpeg

Ia juga hadir dengan panel instrumen dan konsol tengah yang mempunyai soket USB manakala Athlete pula hadir dengan pad pengecas wayarles.

WhatsApp-Image-2024-10-16-at-12.32.21.jpegWhatsApp-Image-2024-10-16-at-18.32.24.jpeg

Malah, kerusi varian Athlete juga dihiasi dengan warna oren dimana ia sebenarnya menonjolkan kemewahan serta kelainan berbanding varian di bawahnya.

Lebih menarik MMM menawarkan kotak simpanan jenis lipat 60L eksklusif bernilai RM450 sebagai hadiah eksklusif untuk  500 pelanggan terawal yang membuat tempahan untuk Triton serba baharu melalui Bilik Pameran Online Mitsubishi.

Triton Athlete juga didatangkan dengan waranti 5 tahun dengan perbatuan tanpa had, untuk tempahan yang dibuat sebelum Disember 2024.


image.png


Varian lain pula hadir dengan jaminan 5 tahun, atau perbatuan 200,000km (yang mana dahulu). Apa pula pandangan anda mengenai Mitsubishi Triton ini? Kongsikan di bawah ruangan ini!


Gallery

Tag:

mitsubishi motors corporation
Mitsubishi Triton
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Mitsubishi Delica Mini x Coleman Dah Masuk Jepun

Mitsubishi Delica Mini x Coleman y pernah ditayangkan pada pameran Tokyo Auto Salon 2023 pada awal tahun ini.

11-09-2023
Global

Mitsubishi Triton Gen-6 Nak Masuk M'sia

Mitsubishi Triton membuat penampilan sulungnya di Thailand, sebentar tadi.

26-07-2023
Berita Auto

Jom Uji Kemampuan Sebenar Xpander & Berpeluang Terima Hadiah Nintendo Switch, G-Shock & Jaket!

Acara ini akan diadakan di tiga lokasi di seluruh negara bermula dengan Shah Alam hujung minggu ini.

13-01-2023
Berita Auto

Jualan Mitsubishi Naik 66%

MMM berjaya menghantar 19,217 unit kenderaan dari April 2021 hingga Mac 2022.

29-04-2022
Berita Auto

Pelbagai Syarikat Kereta Berganding Bahu Ringankan Beban Mangsa Banjir

Usaha untuk membantu mangsa banjir masih diteruskan dengan penglibatan lebih ramai pengeluar kereta.

24-12-2021
Kereta Baru
Global

Mitsubishi Triton Street 2026 Dilancarkan Di Thailand – Mega Cab, Dari RM84K

Mitsubishi Triton Street 2026 rasmi di Thailand. Varian Mega Cab ini tampil dengan rekaan depan yang unik, sistem pacuan 4x2 RWD, enjin 148 hp, transmisi manual dan ditawarkan pada harga kompetitif.

27-11-2025
Global

Nissan Navara 2026 Buat Kemunculan Rasmi, Kembar Triton Yang Lebih Garang

Setelah lebih sedekad, Nissan akhirnya mendedahkan trak pikap Navara generasi terbaru minggu ini.

20-11-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Ini 'Wajah Baharu' Proton S70, Muncul Januari 2026 Nanti?

Satu perkongsian di Facebook ‘Proton S70 Malaysia’ baru-baru ini telah mendedahkan rupa sebenar bagi model yang bakal dikenali sebagai Proton S70 facelift 2026 atau S70 MC1 (Minor Change).

16-12-2025
Kereta Baru

Leapmotor B10 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM99,800 Untuk 200 Terawal

SUV elektrik segmen C, Leapmotor B10 kini rasmi dilancarkan di Malaysia dalam dua varian iaitu Life dan Design. Model import sepenuhnya (CBU) ini menyasarkan pembeli yang mencari SUV lima tempat duduk praktikal dengan spesifikasi yang menarik.

10-12-2025
Kereta Baru

SUV Mercedes-Benz GLC 200 4Matic – Hanya Dari RM329,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan varian asas, GLC 200 4Matic (X254) di Malaysia. SUV CKD baharu ini menawarkan enjin 2.0L turbo berkuasa 201 hp dan tork 320 Nm.

09-12-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz GLE 400 e 4Matic Kini Rasmi Di Malaysia – PHEV, Dari RM498,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan GLE 400 e 4Matic PHEV untuk pasaran Malaysia. SUV hibrid plug-in ini menjanjikan prestasi tinggi cecah 375 hp dan 600 Nm, serta jarak pemanduan elektrik sehingga 108 km.

09-12-2025
Kereta Baru

Dongfeng 007 & Vigo Ditunjuk, Rupanya Bakal Dilancar Tahun Depan, Harga Agak Marhaen

Dongfeng Cars Malaysia menayangkan dua model elektrik terbaharunya, Dongfeng 007 dan Dongfeng Vigo di Cyberjaya, Selangor semalam.

07-12-2025
Kereta Baru

MPV 1,000 KM, Nissan Serena e-Power 'Didekati' & Diuji – Lancar Di Malaysia Q1 2026

Kami pandu uji Nissan Serena e-Power (C28/generasi keenam) sebelum kemunculan rasminya pada Q1 2026. Model ini menggunakan enjin e-Power Gen-2, menjanjikan jarak mencecah 1,000 km.

05-12-2025
Kereta Baru

Lexus GX 550 2026 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Daripada RM780,000

Lexus Malaysia telah melancarkan Lexus GX generasi ketiga, baru-baru ini.

04-12-2025
Kereta Baru

Maybach S580 Night Series 4Matic Dilancarkan Di Malaysia – 'Hanya' Dari RM2.4 Juta

Mercedes-Benz Malaysia rasmi melancarkan Maybach S580 Night Series (CBU) berharga RM2.4 juta. Tampil memukau dengan enjin V8 turbo, sistem AWD dan pakej estetik gelap.

04-12-2025