Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pertandingan Electrifying The Future, Kumpulan 2 Fast 2 Smart Bawa Pulang RM5,000

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kumpulan 2 Fast 2 Smart dinobatkan sebagai pemenang Pertandingan "'Electrifying The Future" yang dianjurkan oleh smart Malaysia, baru-baru ini.

Mereka  membawa pulang hadiah utama yang berupa wang tunai sebanyak RM5,000 berikutan penghasilan video kreatif mereka yang  berjaya menonjolkan ciri-ciri unik smart #1 sekali gus membezakannya dalam pasaran kenderaan elektrik.

image.pngimage.png

Tempat kedua dimenangi, kumpulan JSL dengan penceritaan perjalanan di jalan raya yang sangat menyentuh hati.

JSL memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM4,000 manakala kumpulan SJY Studio mendapat tempat ketiga yang mengetengahkan visi inspirasi kenderaan elektrik untuk masa depan yang lestari.

Tempat ketiga pula membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000. 

image.png

Selain itu, Hadiah Penghargaan turut diberikan sebanyak RM1,000 dimana ia dimenangi kumpulan Jus Mad manakala  hadiah 'Most Likes and Shares’ berupa wang tunai sebanyak RM1,000 disapu oleh kumpulan BCM.

Pertandingan itu mendapat kerjasama daripada Universiti Wollongong Malaysia (UOW Malaysia). 

image.pngimage.png

Untuk makluman, pertandingan ini mempamerkan video-video pendek yang kreatif hasil daripada bakat para pelajar berakhir dengan acara tayangan video di kampus UOW Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Smart Malaysia,  Zhang Qiang berkata, kemahiran dalam bidang STEAM dilihat semakin relevan untuk masa akan datang.

image.png

“Pertandingan  ini  membolehkan para pelajar mencungkil bakat kreatif mereka selaras dengan matlamat kami untuk membayangkan semula masa depan kenderaan EV di Malaysia. 

“Konsep penceritaan dan idea-idea daripada para pelajar ini sangat kreatif, dengan elemen komedi yang dibawakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, para pemenang berkongsi pandangan dan motivasi mereka dengan barisan juri serta pihak pengurusan dari smart Malaysia dan UOW Malaysia sepanjang tempoh pertandingan berlangsung bermula dari pada 31 Mei lalu.


Gallery

Tag:

smart #1 Malaysia
#smart#1
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Gaya Hidup

PRO-NET Raikan Ulang Tahun Ke-2 Dengan smart Owners Club Malaysia

PRO-NET meraikan ulang tahun keduanya bersama smart Owners Club Malaysia, baru-baru ini.

24-12-2025
EV

Smart #1, #3 Dipamer Di AEON Tebrau, Orang Tebrau Boleh Datang Jenguk

smart Malaysia mengadakan smart Tour Roadshow di pusat beli-belah Aeon di Tebrau, Johor bermula hari ini hingga 17 November.

13-11-2024
Berita Auto

Lagi Pusat Pengedar Kereta smart di JB

smart Malaysia bakal membuka pusat pengedar kedua di Johor Bahru pada suku keempat tahun ini.

14-08-2024
EV

Jom Test Drive smart di Pusat Beli Belah Bangsar

smart Malaysia telah menambah lokasi baharu iaitu di Bangsar untuk smart Tour Brand Roadshow.

29-07-2024
EV

SmartCare: Tawar Perkhidmatan Selepas Jualan

smart Malaysia melancarkan program perkhidmatan selepas jualan, smartCare, baru-baru ini.

20-06-2024
EV

Boleh 'Trade-In' Kereta Untuk Dapatkan EV Sempena Kempen ‘Go Green with smart’

smart Malaysia (PRO-NET) telah melancarkan kempen 'Go Green Go smart.' Banyak yang menarik sepanjang kempen ini berlangsung!

17-05-2024
EV

Demi Pelanggan, PRO-Net Tambah Pengecas

RO-NET meluaskan rangkaian pengecasan bagi memenuhi permintaan pemilik yang menggunakan NEV.

07-05-2024
EV

Ada Berita Baik Buat Yang Nak Belajar Tentang EV!

Smart Malaysia kini menawarkan laluan kerjaya bagi mereka yang meminati mobiliti lestari.

02-05-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026