Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Projek ECRL Siap Hampir 73%, Terengganu Terpantas

Sofea Najmi

Kongsi melalui

ECRL-2026-(5).jpg


Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menghubungkan Lembah Klang dan Pantai Timur kini mencatatkan kemajuan memberangsangkan, mencapai 72.93% setakat September 2023. 


Projek Mengikut Jadual 


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, memaklumkan bahawa perkembangan ini selari dengan jadual penyiapan, dengan laluan ECRL dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2026. Sementara itu, jajaran dari Gombak ke Pelabuhan Klang dijadualkan siap pada penghujung 2027.  


ECRL.jpeg


"Terengganu telah mencatatkan peratusan kemajuan tertinggi iaitu 87.4 peratus setakat tempoh sama dan telah mendahului negeri lain iaitu Selangor, Kelantan dan Pahang di bawah projek mega ini...membabitkan jajaran, landasan dan stesen,” kata Loke. 


Loke menjelaskan bahawa beliau yakin projek ini akan berjalan mengikut perancangan. Perkhidmatan antara Kota Bharu dan Gombak disasarkan dapat bermula pada 1 Januari 2027.


Monsun Tidak Jejas Pembinaan 


ECRL_Paka_tunnel7_09042021.jpg


Mengulas mengenai musim tengkujuh yang dijangka melanda Terengganu berikutan Monsun Timur Laut pada November, Loke menegaskan bahawa risiko cuaca telah diambil kira oleh Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan rakan kongsi pembinaan, China Communications Construction Company Ltd (CCCC).  


"Semua telah diambil kira. Kita telah buat perancangan rapi. Mereka tahu bagaimana cuaca di pantai timur ini dan dengan pengalaman masing-masing, saya yakin kerja itu tidak akan terjejas...akan ikut jadual," katanya. 


Menurut Loke, sebahagian besar jajaran ECRL juga telah direka untuk berada di ketinggian yang mencukupi bagi mengurangkan risiko banjir, termasuk pembinaan jejambat di kawasan terdedah.


Sumber: Astro Awani

Tag:

ECRL
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)
Projek ECRL
Perkembangan ECRL
ECRL Terengganu
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Laluan Kereta Api Pasir Mas-Rantau Panjang Bernilai RM264 Juta Akan Dinaik Taraf, Tahun Depan

Projek naik taraf laluan kereta api Pasir Mas-Rantau Panjang bernilai RM264 Juta akan dilaksanakan selewat-lewatnya tahun depan.

30-10-2025
Berita Auto

Thailand Puji Pembangunan ECRL, Cadang Sambungan Hingga Ke Sempadan

Projek ECRL dijangka mampu memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Thailand jika ia dilanjutkan hingga ke sempadan Sungai Golok.

16-05-2025
Berita Auto

Projek ECRL Terengganu Capai Kemajuan Terpantas, Siap 86%

Tahap kemajuan projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu kini mencapai 86%.

05-09-2024
Berita Auto

ECRL Kelantan Siap Hampir 80 Peratus, Mula Operasi 2027

Pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kelantan capai kemajuan 79.81% setakat Mei lepas.

24-06-2024
Berita Auto

Sudah 64.01 Peratus Siap, Pemasangan Sistem Projek ECRL Mula Mei Ini

Projek pemasangan sistem elektrifikasi, semboyan dan telekomunikasi untuk operasi kereta api penumpang dan kargo di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bakal dimulakan Mei ini.

24-04-2024
Berita Auto

ECRL Bakal Mula Operasi 2027 Ini, Kota Bharu-KL Hanya 4 Jam!

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan selesai mengikut jadual pada Disember 2026.

04-04-2024
Berita Auto

Terowong Kuantan ECRL Dijangka Siap April Ini

Projek Terowong Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Kuantan yang dimulakan pada bulan Oktober tahun lalu dijangka akan siap pada hujung bulan April ini.

08-03-2023
Gaya Hidup

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026