Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton e.MAS 7 Kini Jelajah Ke Negeri Utara

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kereta EV pertama PROTON, Proton e.MAS 7 sudah menempuh jarak sejauh 894km merentasi negeri-negeri di selatan Malaysia, baru-baru ini. 

Jelajah Proton e.MAS 7 yang bermula dari PROTON Center of Excellence (COE), Shah Alam menghala selatan dengan menuju ke perhentian di Muzium Minangkabau Negeri Sembilan dan seterusnya negeri Melaka.

Jelajah e.MAS 7 juga telah membuat 23 perhentian termasuk empat pratonton eksklusif di pengedar untuk mempamerkan PROTON EV kepada ribuan penonton yang hadir.

Jelajah EV ini sebenarnya salah satu persiapan untuk pelancaran besar bagi penghujung tahun nanti.

Sepanjang pengembaraan, e.MAS 7 ini telah menempuhi pelbagai cuaca dan keadaan jalan raya di Malaysia, manakala jurutera PROTON telah bekerja keras dan yakin untuk memastikan e.MAS 7 memenuhi kepuasan rakyat terhadap kereta elektrik ini.

image.png

Setiap hentian di dalam jelajah ini,  orang ramai berpeluang berinteraksi dan melihat sendiri kereta EV yang menuju ke era mobiliti lestari di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, jelajah e.MAS 7 bukan sahaja mempamerkan keupayaan dan ciri-ciri baharu EV tetapi  meningkatkan lagi  interaksi dengan rakyat setempat.

“Maklum balas positif yang kami terima daripada orang ramai mengenai keluasan dalaman kereta ini dan reka bentuknya yang unggul walaupun dipamerkan dalam corak pelekat pembalut kereta menekankan potensi e.MAS 7 dalam menetapkan piawaian baharu dalam pasaran EV,” katanya dalam satu kenyataan tadi.

image.png

Difahamkan, setelah menamatkan fasa pertama di selatan, Jelajah Proton e.MAS 7 akan beralih  ke utara dengan melawati negeri-negeri seperti Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, bermula esok sehingga 14 Oktober ini.

Jelajah Proton e.MAS 7 akan hadir di setiap negeri pada tarikh berikut:

11 Oktober 2024 – Perak dan Penang

12 Oktober 2024 – Penang

13 Oktober 2024 – Kedah dan Perlis

14 Oktober 2024 – Perlis

Untuk keterangan lanjut, layari laman web Proton e.MAS dan akaun media sosial rasmi di bawah nama pengguna Proton e.MAS Cars untuk Facebook dan Xiaohongshu, serta protonemasofficial untuk Instagram dan TikTok.


Gallery

Tag:

Proton e.MAS EV SUV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Proton e.MAS Mengganas Di Awal 2026! Serah Lebih 100 Unit Sehari

Jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) nasional, Proton e.MAS, memulakan kalendar 2026 dengan langkah kanan apabila mencatatkan angka penyerahan kenderaan yang cukup luar biasa bagi bulan Januari.

02-02-2026
EV

Tun Mahathir Pandu Uji Proton e.MAS 7 Pada Usia Hampir 100 Tahun

Walaupun usia hampir menjengah 100 tahun pada bulan depan, namun itu tidak menjadi penghalang buat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memandu uji Proton, e.MAS 7.

22-06-2025
EV

Proton e.MAS 7 Buktikan Mampu Harungi Perjalanan Lebih 10,000KM, Rentas 9 Negara

Proton e.MAS 7 telah berjaya menamatkan perjalanan bersejarah sejauh 10,432km dengan merentasi sembilan buah negara ASEAN baru-baru ini.

29-05-2025
EV

PRO-NET Raikan Hari Ibu Dengan Anjur Program "THE REAL e.MAS DRIVE"!

Media berpeluang memandu uji Proton e.MAS 7 sempena Hari Ibu, baru-baru ini.

19-05-2025
Berita Auto

PRO-NET Ajak Pengedar Sertai Keluarga Proton e.Mas 7

Pro-Net kini sedang giat merekrut rakan kongsi di seluruh Malaysia.

28-04-2025
EV

Proton e.MAS 7 Paling Laris, Lebih 1,800 Unit Terjual Pada Suku Pertama 2025

Ada tiga sebab mengapa Proton e.MAS 7 laris di Malaysia.

08-04-2025
EV

Proton e.MAS 7 Masuk Nepal, Ada 2 Varian, Harga Bermula Serendah RM183K

Buat masa ini, hanya 50 unit e.MAS 7 telah dihantar ke Nepal pada bulan Februari lalu.

24-03-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026