Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pusat 3S Ketiga Mitsubishi Motors Dibuka di Terengganu

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Visual-1.JPG


Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) terus memperkukuh kehadirannya di negeri Terengganu dengan pembukaan Pusat 3S (Jualan, Servis & Alat Ganti) baharu di Jerteh. Dikendalikan oleh pengedar Lajina Motors Sdn Bhd, ini merupakan Pusat 3S ketiga Mitsubishi di negeri tersebut.


thumb_Mitsubishi-Triton-Open-For-Bookings.jpg


Dengan penambahan Pusat 3S baharu ini, MMM kini mempunyai 61 pusat pengedaran di seluruh negara. Cawangan MMM terbaru yang berkeluasan 3,600 kaki persegi ini terletak strategik di Lot 3309-3310, Jalan Padang Luas, Taman Pelangat 2, Jerteh, laluan utama antara Kota Bharu dan Kuala Terengganu, yang mudah untuk diakses oleh pelanggan di kawasan sekitar.


Moden & Selesa


Pengunjung dapat menikmati suasana moden dan selesa dengan ruang rehat pelanggan yang dilengkapi sambungan Wi-Fi serta sudut khas untuk kanak-kanak. Selain itu, pusat ini turut mempunyai bengkel yang lengkap dengan beberapa ruang servis untuk memastikan penyelenggaraan semua model Mitsubishi dapat dijalankan dengan efisien.


Komitmen MMM dalam Memperluas Rangkaian


Dengan pelancaran model-model Mitsubishi baharu di Malaysia, MMM komited dalam usaha untuk memperluaskan cawangan bilik pameran dan pusat servis ke seluruh negara untuk memudahkan pelanggan.



Visual-2.JPG


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda, pembukaan Pusat 3S di Jerteh ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan syarikat untuk menembusi kawasan yang belum diterokai dan menawarkan liputan perkhidmatan yang lebih menyeluruh.


Beliau juga menambah, "Lajina Motors, rakan kongsi Mitsubishi sejak 2015, kini bersedia untuk memberikan sokongan berkualiti tinggi kepada pelanggan di Jerteh melalui Pusat 3S kedua mereka di Terengganu."


Waktu Operasi Pusat 3S Lajina Motors


Pusat 3S Lajina Motors beroperasi setiap hari Sabtu hingga Khamis, bermula 8.45 pagi hingga 5.15 petang, dan ditutup pada hari Jumaat. 

Tag:

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM)
Pusat 3S MMM
Pusat 3S MMM Terengganu
Pusat 3S MMM Jerteh
Mitsubishi Motors
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Mitsubishi Motors Malaysia Naik Taraf Pusat 4S Di Miri

MMM bersama rakan pengedar setianya, Auto Pacifica, mengumumkan bahawa Pusat 4S yang terletak di Miri, Sarawak telah dinaik taraf, baru-baru ini.

20-04-2026
Kereta Baru

Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan

Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!

08-04-2026
Kereta Baru

Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.

08-04-2026
Kereta Baru

Mitsubishi Triton Championship Edition Bakal Dilancar, Edisi Terhad AXCR, Harga Bermula - RM155,980

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasmi bakal menggegarkan pasaran trak pikap tempatan dengan pelancaran Mitsubishi Triton Championship Edition pada 11 Mac ini.

06-03-2026
Berita Auto

1,000 Tempahan Mitsubishi Xforce Diterima Selepas Seminggu Pra-Pelancaran

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia menerima 1,000 Mitsubishi Xforce dalam masa seminggu selepas pra-pelancaran dan pembukaan tempahan.

16-02-2026
Kereta Baru

Tempahan Mitsubishi Xforce Kini Dibuka – CKD, Dari RM105K Dengan Rebat RM5,000

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kembali menggegar pasaran SUV kompak tempatan dengan model Mitsubishi Xforce Serba Baharu (2026).

05-02-2026
Berita Auto

Mitsubishi Xforce Dipasang Di Pekan, 800 Unit Dijangka Dihantar Pada April Ini

Pengeluaran Mitsubishi Xforce sudah pun dijalankan secara besar-besaran di kilang pemasangannya yang terletak di Pekan, Pahang.

03-02-2026
Berita Auto

ROI Mitsubishi Xforce Sudah Dibuka, Jika Minat Sangat Boleh Tempah Pada Feb Nanti

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya akan membuka tempahan untuk Mitsubishi Xforce bermula awal Februari ini.

12-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026