ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Pandu Uji Mitsubishi Xpander 2024: Jimat Minyak, Patutlah Laku Semacam

Suhana Veru

30-9-2024

Kongsi melalui

image.png

Pada minggu lepas, penulis dan beberapa media lain berpeluang memandu uji secara ringkas Mitusbishi Xpander 2024.

Sebelum pandu uji, kami diberi taklimat ringkas mengenai Mitsubishi Xpander 2024 dan kemudian dibahagikan tiga orang dalam satu kereta.

image.png

Majlis 'flag off' peserta telah disempurnakan oleh  Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia, Shinya Ikeda di Bamboo Hills, Kuala Lumpur pada Rabu lepas.

image.png

Kali ini, penulis sedikit kecut perut kerana diberi peluang pandu uji secara bergilir-gilir dengan bekas juara Rali Malaysia lima-kali, YS Khong dan seorang lagi sifu kereta, Lee Pan Seng atau lebih dikenali sebagai Uncle Leeps.

Kedua-duanya memang sifu dan cukup arif dengan dunia kereta.

Pada mulanya, saya sedikit gabra apabila nama saya disenaraikan dengan mereka dan berkongsi satu unit Mitsubishi Xpander 2024.

Namun walaupun mereka otai dalam bidang automotif, ia tidak menghalang saya untuk memandu uji Xpander secara santai bersama mereka.

Nama pun otai, mereka berdua kelihatan cukup relaks apabila saya yang memandu kereta.

Al-maklumlah, Lady Driver. 

Pada kebiasannya, apabila perempuan yang memandu, kebanyakan lelaki akan segar mata sebab 'takut' akan kadar kelajuan yang dipandu wanita.

WhatsApp-Image-2024-10-01-at-10.57.16.jpeg

Namun lain pula dengan kedua-dua uncle ini kerana setiap kali saya menekan  pedal minyak, sempatlah menoleh ke tepi dan melihat cermin pandang belakang, nyata kedua-dua mereka kelihatan cukup relaks.

Untuk sesi pertama, saya diberi peluang untuk memegang stereng. 

Ini adalah pertama kali saya sempat berkenalan dengan YS Khong dan Uncle Leeps dan dapatlah menimba ilmu mengenai selok-belok tentang kereta dengan lebih mendalam.

PANDU UJI:

Untuk makluman anda, sesi pandu uji ini bermula dari Bamboo Hills, Kuala Lumpur dan kemudian kami berhenti seketika di kaki bukit Hulu Langat sebelum menukar kepada pemandu kedua.

Untuk sesi kedua, ia dipandu oleh Uncle Leeps untuk melalui jalan-jalan berliku di sekitar Hulu Langat.

68_NEW-EXPANDER-MEDIA-DRIVE_20240925-(1).jpg

Kami kemudian ke sebuah kolam memancing di Hulu Langat, untuk merakam sesi penggambaran gambar dan video dengan team Mitsubishi.

80_NEW-EXPANDER-MEDIA-DRIVE_20240925.jpg79_NEW-EXPANDER-MEDIA-DRIVE_20240925.jpg

Sebelum tukar pemandu ketiga, kami sempat menikmati kopi di tepi sungai berhampiran kolam berkenaan.

Selepas beristi rehat seketika, kami kemudian menghala ke sebuah tapak perkhemahan yang turut terletak di Hulu Langat.

Lokasi dari kolam memancing mengambil masa dalam 20 minit untuk menuju tapak perkhemahan yang terletak di lokasi yang agak terpencil dari jalan utama.

Untuk sesi terakhir, kereta diserahkan kepada Uncle YS Khong. Memang padulah kalau uncle YS Khong yang pandu kereta.

image.png

Dari situ kami kemudian menghala ke sebuah tapak perkhemahan yang terletak jauh dari jalan utama di Hulu Langat.

Lokasinya agak terpencil namun sempatlah kami merasai pemanduan di kawasan berbatu kelikir, selekoh tajam, permukaan tidak rata dan kawasan berbukit serta kawasan kampung.

88_NEW-EXPANDER-MEDIA-DRIVE_20240925.jpg

Selain itu, mungkin ada yang tertanya-tanya boleh ke Xpander masuk ‘offroad’? 

Jawapannya ya tetapi pada tahap mininum seperti meredah jalan kampung, yang kadang ada jalan biasa dan laluan berbatu kelikir.

image.pngimage.png

Dari situ, kami sudah dapat merasai pemanduan Mitsubishi Xpander 2024. Di sebalik melayani selekoh-selekoh tajam di Hulu Langat, saya berasa Mitsubishi Xpander sebenarnya larat je nak potong kenderaan.

Faktor jalan ini agak mencabar sebenarnya sebab selain jalan dua lorong, ia banyak digunakan kenderaan berat selain terdapat banyak laluan selekoh tajam.

122_NEW-EXPANDER-MEDIA-DRIVE_20240925.jpg122_NEW-EXPANDER-MEDIA-DRIVE_20240925.jpg

Ada ketikanya, YS Khong memotong kenderaan lain, dengan daya tork 141 Nm, Xpander ini sebenarnya mampu sangat melaksanakan tugasan itu dengan mudah.

image.png

Sehinggakan pemandu lain pun pandang slek apabila team kami memotong mereka, tidak kurang ada yang melemparkan senyuman apabila Nissan Navara kena potong secara bersahaja dengan Mitsubishi Xpander.

Fuhh, pendek kata, Mitsubishi Xpander 2024 versi facelift ini sebenarnya tidak mempunyai sebarang masalah jika anda mahu melayan selekoh.

Untuk makluman,  stereng Xpander ini juga menawarkan radius pusingan 5.2 meter sekali gus membolehkan anda membuat pusingan-U dengan mudah walaupun ia sekadar MPV.

PEMANDUAN SEMENYIH – ALOR GAJAH, MELAKA

image.png

Setelah menikmati makan tengah hari, kami kemudian diarahkan terus ke Hotel Park Royal, Alor Gajah, Melaka.

Kami kemudian menukar lagi pemandu, bagi membolehkan ketiga-tiga daripada kami merasai pemanduan di semua permukaan jalan raya.

104_NEW-EXPANDER-MEDIA-DRIVE_20240925-(1).jpg105_NEW-EXPANDER-MEDIA-DRIVE_20240925.jpg

Kali ini, penulis pula yang memandu untuk ke hotel Park Royal. Secara jujurnya, ini  adalah pertama kali menulis memandu Mitsubishi Xpander.

Pada mulanya, selepas melalui laluan tol SmartTag, saya berasa sedikit janggal dengan pemanduan Xpander.

Ini kerana penukaran gearnya sedikit lemau kerana ia mengambil sedikit masa untuk penukaran gearnya. Pada mulanya, saya tersilap meletakkan tombol pada gear manual, rupa-rupanya tidak.

Sebenarnya ada logiknya mengapa ia sedikit lemau memandangkan beratnya adalah 1,275 kilogram(kerb). 

image.png

Lagipun,  Xpander 2024 masih dibekalkan dengan enjin 1.5L empat silinder MIVEC DOHC dimana ia dapat menghamburkan kuasa setakat  105 PS pada 6,000 rpm dan tork 141 Nm pada 4,000 rpm. Ia dipadankan dengan kotak gear automatik empat-kelajuan (4AT).

Maka, tidak hairanlah mengapa pada mulanya saya berasa ia sedikit semput.

image.png

Di atas kertas, ia kelihatan lemah namun sangkaan saya akhirnya meleset apabila saya memandu secara perlahan dan laju.

Apabila saya mula main speed laju dan perlahan, barulah saya rasa walaupun ia cuma 4-kelajuan namun ia memainkan peranannya sebagai MPV dengan begitu baik.

Walaupun pedal minyak ditekan, Xpander sebenarnya boleh memecut dengan begitu bersahaja di atas lebuh raya sehinggakan anda tidak akan merasai bahawa meternya sudah melebihi had laju lebuh raya.

Itu antara perkara yang saya lalui ketika memecut di lebuh raya Plus menghala Seremban. Mujur mata saya melirik ke meter, dimana meter menunjukkan kelajuan sudah mencecah 140 kilometer sejam.

WhatsApp-Image-2024-09-30-at-13.36.33.jpeg

Bagi Mitsubishi Xpander, ia berupaya mendapatkan prestasi yang agak baik daripada transmisi 4 kelajuan automatik ini. 

Cuma ketika kami melalui kawasan angin melintang di sekitar Pajam, MPV ini sedikit terbuai. Ini mungkin disebabkan hujan lebat dan angin yang terlalu kuat.

Secara keseluruhan, pada hemat saya, Mitusbihi Xpander boleh memecut dengan agak cemerlang. Ia sebenarnya boleh memecut dengan begitu bersahaja sehinggakan anda sendiri tidak sedar bahawa anda memandu melebihi had laju.

Setiap kali pecutan dibuat, penulis dapat rasakan gear automatik turun daripada gear 4 kepada gear 3 dengan lancar.

Lazimnya, transmisi 4 kelajuan automatik ialah 4 ratio yang  sebenarnya tidak mencukupi untuk semua keadaan pemanduan.

Namun lain pula, Mitsubishi Xpander. Ini kerana ia berupaya mendapatkan prestasi yang agak baik daripada transmisi 4 kelajuan automatiknya.

Selain bercakap mengenai sesi pandu uji, saya ingin tekankan jika anda mencari-cari sebuah MPV untuk keluarga besar, mungkin jawapannya adalah Mitsubishi Xpander.

JIMAT MINYAK

Seperti mana diketahui, MPV sememangnya cukup sesuai untuk si pembeli yang mempunyai anak ramai.

Jika tiada anak ramai, ia bukan penghalang besar kerana bagi mereka yang menjaga ibu bapa yang menggunakan kerusi roda juga adalah disyorkan untuk membeli MPV ini.

Bukan apa, cara merebahkan kerusinya juga dilihat cukup mudah. Ia tidaklah sesusah mana jika dibandingkan dengan MPV lain.

58_NEW-EXPANDER-MEDIA-DRIVE_20240925-(1).jpg

Sebenarnya selain bercakap mengenai enjinnya, saya sebenarnya cukup tertarik dengan penggunaan bahan minyaknya kerana jika anda memandu secara berhemah, saya berasa ini adalah MPV paling sesuai untuk anda.

Tambahan pula, kos petrol kini dilihat semakin turun dan naik.

Maka, tidak hairanlah mengapa MPV tujuh tempat duduk ini yang dilancarkan ke pasaran tempatan sejak November 2020, cukup laris sehingga hari ini.

Bayangkan dalam empat tahun, sudah 40,000 unit Mitsubishi Xpander terjual.

Selain kerana kabin yang luas, penggunaan bahan api yang cukup menjimatkan menyebabkan ramai orang Malaysia turut tertarik dengan Mitsubishi Xpander.

Malangnya, penulis tidak sempat menggali lebih mendalam mengenai bacaan penggunaan minyaknya namun mungkin perkara ini akan diselidik sebaik kami mendapat unit pandu uji nanti.

Pada masa itulah, saya dapat menerangkan dengan lebih lanjut mengenai penggunaan bahan apinya.

Pendek kata, jentera ini bukan sahaja sesuai untuk mereka berkeluarga tetapi ideal juga bagi orang bujang.

image.png

Dengan memandu Mitsubishi Xpander untuk jarak jauh, ia bukan sahaja cukup selesa malah lebih daripada itu.

Bagi yang berminat, Mitisubishi Xpander 2024 tujuh tempat duduk ini didatangkan dalam 2 varian:

Xpander Plus – RM109,980.

Xpander – RM 99,980.

Apa yang cukup menarik ialah 500 pelanggan terawal yang menempah Mitsubishi Xpander 2024 akan menerima ganjaran Istimewa berupa sebuah beg Naturehike Camping Wagon bernilai RM400. 


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPB6823

SELANGOR

BSE3819

JOHOR

JXW3362

PULAU PINANG

PRQ2639

PERAK

ANV2504

PAHANG

CFB6374

KEDAH

KGA3928

NEGERI SEMBILAN

NEF6675

KOTA KINABALU

SJK6701

KUCHING

QAB2775L

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.18

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.88

EURO 5 B7

RM 3.08

Terakhir Kemas Kini 24 Apr, 2025

Berita Berkaitan

Kereta Baru
Varian Asas Mitsubishi Xpander 2025 Kini Dilengkapi Ciri Premium – Terhad 200 Unit, Dari RM104K

Varian Asas Mitsubishi Xpander 2025 Kini Dilengkapi Ciri Premium – Terhad 200 Unit, Dari RM104K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini telah melancarkan peningkatan kecil pada varian asas model Xpander. Hanya 200 unit disediakan, Xpander edisi terhad ini dilengkapi dengan pelbagai aksesori yang sebelum ini ditawarkan sebagai pilihan tambahan.

10-01-2025
Berita Auto
Mitsubishi Motors Malaysia Buka Lagi Pusat 4S Di Sarawak

Mitsubishi Motors Malaysia Buka Lagi Pusat 4S Di Sarawak

MMM dan pengedar sah Auto Pacifica Sdn Bhd, membuka Pusat 4S Mitsubishi Motors kedua di Kota Samarahan, Sarawak.

19-11-2024
Berita Auto
Minat Dengan Mitsubishi Triton? Jom Pandu Uji Triton Di MRANTI, Bukit Jalil

Minat Dengan Mitsubishi Triton? Jom Pandu Uji Triton Di MRANTI, Bukit Jalil

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) menganjurkan acara pandu uji awam Mitsubishi Triton generasi keenam selama dua hari, bermula esok di MRANTI, Bukit Jalil.

18-10-2024
Berita Auto
Mitsubishi Triton Laku Keras, Orang Malaysia Minat Triton Sebab Serba Boleh

Mitsubishi Triton Laku Keras, Orang Malaysia Minat Triton Sebab Serba Boleh

Mitsubishi Motors Malaysia mengakui bahawa jualan dan sambutan terhadap model Mitsubishi Triton cukup menggalakkan di negara ini.

17-10-2024
Berita Auto
Pusat 3S Ketiga Mitsubishi Motors Dibuka di Terengganu

Pusat 3S Ketiga Mitsubishi Motors Dibuka di Terengganu

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) terus memperkukuh kehadirannya di negeri Terengganu dengan pembukaan Pusat 3S (Jualan, Servis & Alat Ganti) baharu di Jerteh.

15-10-2024
Kereta Baru
Mitsubishi Xpander Plus 2024 Berwajah Baharu: Harga RM115K

Mitsubishi Xpander Plus 2024 Berwajah Baharu: Harga RM115K

Harga pengenalan untuk Mitisubishi Xpander pemasangan tempatan ini adalah cuma RM115,000 namun tempoh penawaran harga itu adalah terhad.

12-09-2024
Berita Auto
MMM Serahkan Xpander Yang Ke-40,000 Kepada Pemilik Bertuah

MMM Serahkan Xpander Yang Ke-40,000 Kepada Pemilik Bertuah

Pemilik bertuah unit pengeluaran Xpander yang ke 40,000 adalah seorang guru dari Kelantan.

27-08-2024
Berita Auto
Mitsubishi Xpander Facelift Dikesan Di Malaysia – Pelancaran Tidak Lama Lagi?

Mitsubishi Xpander Facelift Dikesan Di Malaysia – Pelancaran Tidak Lama Lagi?

Foto Xpander Facelift yang sedang diangkut di atas treler itu telah dikongsikan di Facebook. Ini yang dapat kita jangkakan semasa pelancaran nanti...

21-08-2024

Berita Terkini

Pandu Uji
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025
Pandu Uji
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.

18-03-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.

28-02-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...

26-02-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa,  Harga Pun Boleh Tahan!

Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!

Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.

03-02-2025
Pandu Uji
Pandu Uji  BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.

27-01-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.

24-01-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.

20-01-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2024 CariCarz.com. All Rights Reserved.