Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

SAH, Perodua Aruz Black Edition Bakal Dilancar!

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Perodua bakal melancarkan Perodua Aruz Black Edition selepas syarikat pengeluar kereta nasional itu menyiarkan imej teaser di halaman rasmi Facebooknya, semalam.

Walaupun, tiada nama model didedahkan namun Perodua ada menyebut mengenai Aruz 'khas'' akan hadir dalam warna hitam.

Tertera kapsyen: Jika warna kegemaran anda adalah hitam….

Jadi, kami menjangkakan Perodua akan menawarkan Aruz Black Edition.

image.pngimage.png

Apapun, ketibaan model ini menandakan bahawa ia adalah kali pertama Perodua menampilkan warna baharu untuk Aruz memandangkan kali terakhir Aruz menerima pengemaskinian ialah pada tahun 2021.

Ketika itu,  Perodua menawarkan beberapa ciri baharu seperti pemijak sisi dan fungsi auto-lock selain warna baharu iaitu Passion Red Metallic yang menggantikan warna Amazon Green.

image.pngimage.png

Dari segi mekanikal, Perodua Aruz masih menggunakan enjin yang sama sejak penampilan pertamanya pada tahun 2017.

Untuk makluman, Perodua Aruz masih menggunakan enjin 1.5 liter sekali gus membolehkan ia  menghasilkan kuasa setakat 101 hp dan tork 103Nm.

Enjinnya dipadankan dengan transmisi automatik empat kelajuan yang memudahkan penghantaran kuasa ke roda hadapannya (FWD), menjadikan Aruz sebagai salah satu daripada dua model Perodua  yang masih ditawarkan dengan unit 4AT dan bukannya kotak gear D-CVT.

Buat masa ini, masih belum pasti, sama ada  warna hitam  ini akan menggantikan warna-warna lain yang ditawarkan untuk  Aruz sekarang, iaitu Garnet Red, Electric Blue, Glittering Silver, Ivory White dan Granite Grey.

Apapun, kita tunggu pengumuman rasmi Perodua nanti!

Gallery

Tag:

Perodua Aruz 'Black Edition'
Perodua Aruz Black Teaser
Perodua Aruz
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Perodua Aruz Kini Ada Warna Hitam, Harga Tetap Sama!

Perodua membawa masuk warna baharu untuk Perodua Aruz.

14-10-2024
Berita Auto

Video Tular: Detik Pemandu Aruz Rempuh TembokTol

Seorang lelaki warga Pakistan maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dia pandu terbabas lalu melanggar tembok Plaza Tol Sungai Dua, Lebuh Raya Utara Selatan di Kepala Batas, Seberang Perai, malam tadi.

12-01-2026
Berita Auto

Perodua Aruz Kini Ada Warna Baharu, Vintage Brown, Jangan Risau, Harga Aruz Masih Kekal!

Walaupun menerima warna baharu, namun tiada perubahan spesifikasi untuk Aruz.

05-08-2025
Berita Auto

Perodua Ativa & Aruz Kini Dengan Rebat Cecah RM4K, Masa Terhad

Sempena akhir tahun, Perodua menawarkan promosi rebat istimewa mencecah RM4,000 bagi dua model terlarisnya, Ativa dan Aruz hingga 31 Disember akan datang.

21-11-2024
Berita Auto

Isu Teknikal: JPJ Panggil Balik Alza, Aruz, Honda CB350RS

JPJ panggil semula 3,722 kereta Perodua Alza, Aruz, motosikal Honda CB350RS.

04-11-2024
Berita Auto

Semua Model Terjejas Sebenarnya Ikut Piawaian, - LOKE

Kementerian Pengangkutan mengesahkan bahawa semua model Perodua dan Toyota mematuhi sepenuhnya piawaian keselamatan Peraturan UN.

28-05-2024
Global

4 Model Perodua Dipasang Secara CKD

Sah, Perodua telah memasuki pasaran Bangladesh, baru-baru ini.

10-05-2024
Berita Auto

"Kami Akan Kongsi Hasil Perbincangan Dalam Tempoh Terdekat,"' CEO PERODUA

Buat masa ini, tiada sebarang komen mengenai pengeluaran dan penghantaran model Perodua.

20-12-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026