Link Copiedcheck_circle
Global

Toyota Camry Tiba Di Thailand – 3 Varian Hibrid, Malaysia Juga Sama?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Camry-Smart-Front-End.jpg


Toyota Camry generasi ke-9 (XV80) dilancarkan di Thailand dalam versi hibrid (Foto: Headlightmag).


Baru-baru ini, Toyota Camry generasi kesembilan telah dilancarkan di Thailand dan hanya versi hibrid (HEV) ditawarkan. Dengan kod casis baharu XV80, model sedan mewah segmen D ini hadir dalam tiga varian iaitu Smart, Premium dan Premium Luxury.


Toyota-Camry-HEV-Smart-1-1.jpgToyota-Camry-HEV-Premium-1.jpgToyota-Camry-HEV-Premium-Luxury-1.jpg


Tiga varian ditawarkan iaitu Smart, Premium dan Premium Luxury (Foto: Headlightmag)


Untuk makluman pembaca, Toyota pertama kali memperkenalkan Camry generasi kesembilan di peringkat global hampir setahun lalu di Amerika Utara dengan trenkuasa hibrid. Namun di pasaran tertentu lain, Toyota melancarkan versi enjin petrol sebelum tiba di Singapura pada Ogos lepas dalam versi hibrid.


Baca: Toyota Camry Hanya Ditawarkan Dalam Versi ICE Di Beberapa Pasaran 


Malaysia Juga Bakal Terima Model Versi Hibrid


Keputusan Toyota memperkenalkan Camry generasi baharu di Thailand dengan trenkuasa HEV mungkin memberi petunjuk bahawa Malaysia juga bakal menerima trenkuasa yang sama. Ini mungkin bermaksud UMW Toyota Motor (UMWT) telah membatalkan rancangan untuk melancarkan Camry HEV generasi kelapan yang pernah dipertontonkan sebelum ini.


Spesifikasi Camry untuk Pasaran Thailand


Toyota-Camry-HEV-Engine.jpgToyota-Camry-HEV-Drive-Mode.jpg


Model hibrid ini didatangkan dengan empat mod pemanduan iaitu EV, ECO, Normal dan Sport (Foto: Headlightmag)


Seperti yang dinyatakan, bagi pasaran Thailand, Camry ditawarkan dalam tiga varian iaitu Smart, Premium dan Premium Luxury. Ketiga-tiga varian ini berkongsi sistem kuasa yang sama iaitu enjin petrol 2.5 liter 4 silinder kitaran Atkinson yang digandingkan dengan motor elektrik dan pek bateri kompak. Enjin petrol ini menghasilkan 186 hp dan 221 Nm tork, manakala motor elektrik menyumbang 136 hp dan 208 Nm.


Secara keseluruhannya, sistem hibrid ini menyalurkan kuasa penuh sebanyak 227 hp kepada roda hadapan melalui transmisi automatik e-CVT. Sistem trenkuasa ini secara keseluruhannya hampir sama dengan spesifikasi MPV Toyota Innova Zenix 2.0 HEV.


Dimensi dan Rekaan


Toyota-Camry-HEV-Smart-Platinum-White-1.jpgToyota-Camry-HEV-Premium-2.jpgToyota-Camry-HEV-Premium-Luxury-2.jpg


Camry generasi ke-9 masih menawarkan jarak roda sama, 2,825 mm (Foto: Headlightmag)


Dari segi saiz, Camry baharu ini berukuran 4,920 mm panjang, lebar 1,840 mm dan tinggi 1,445 mm, dengan jarak roda 2,825 mm. 


Dari segi rekaan, semua varian dilengkapi lampu nyalaan siang (DRL) LED automatik dan lampu depan jenis projektor serta lampu belakang LED penuh. Berbanding model Amerika Utara, Toyota mengurangkan penggunaan warna kontra pada aksen luaran, dan hanya menggunakan satu warna sama yang lebih ringkas.


Varian asas Smart menggunakan rim 18 inci dengan kemasan perak, manakala varian Premium dan Premium Luxury hadir dengan rim 18 inci dua tona.


Kemewahan dan Ciri Tambahan


Camry-Premium-Luxury-Interior-1.jpgToyota-Camry-Premium-Luxury-Seats-1.jpgToyota-Camry-Premium-Luxury-Seats-2.jpgToyota-Camry-Premium-Luxury-Seats-3.jpgToyota-Camry-Premium-Panoramic-Roof.jpg


Premium Luxury merupakan varian paling lengkap dan mewah (Foto: Headlightmag)


Ciri-ciri mewah seperti bumbung panoramik, pelindung matahari automatik, kluster instrumen TFT 12.3 inci dan papar pandu (HUD) disediakan untuk varian Premium dan Premium Luxury. Varian Premium Luxury turut menawarkan sistem audio JBL dengan 9 speaker, kawalan suhu automatik tiga zon, tempat duduk depan dengan ciri pengudaraan, serta tempat duduk belakang yang boleh direbahkan secara automatik. 


Toyota-Camry-Premium-12.3-Inch-Display.jpg


Dua varian tertinggi didatangkan dengan instrumen digital TFT berukuran 12.3 inci (Foto: Headlightmag) 


Sistem Keselamatan dan ADAS


Dalam aspek keselamatan, Toyota Camry generasi kesembilan di Thailand dilengkapi dengan sistem pemantauan titik buta, amaran lintasan trafik belakang dengan bantuan keluar daripada kenderaan dengan selamat, sistem keselamatan pra-pelanggaran, amaran keluar lorong dengan bantuan stereng dan pengesanan lorong, serta kawalan jelajah radar dinamik (DRCC) dengan pengurangan kelajuan ketika membelok.


Semua ciri ini melengkapkan lagi ciri keselamatan Camry yang telah didatangkan standard dengan ciri asas seperti ABS, kawalan kestabilan kenderaan (VSC), kawalan cengkaman, serta beg udara hadapan, sisi, tirai dan lutut pemandu.


Harga dan Pelancaran di Malaysia


Toyota-Camry-HEV-Smart-Platinum-White-2.jpg

Di Thailand, Toyota Camry generasi baharu ini dijual pada harga THB1,455,000 (~RM187,193) untuk varian Smart, THB1,639,000 (~RM210,866) bagi varian Premium dan THB1,789,000 (~RM230,164) untuk varian Premium Luxury.


Di Malaysia, model terbaru ini dijangka akan dilancarkan tahun depan dengan pilihan hibrid yang terdiri daripada tiga varian, sama seperti di Thailand. 


Sumber & Foto: Headlightmag.com


Tag:

Toyota Camry
Toyota Camry Hybrid
Toyota Camry HEV
Toyota Camry Thailand
Toyota Camry Generasi Kesembilan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal Minyak, Kereta Pelanggan Terjatuh Dari Tingkat Tiga

Gara-gara tersilap tekan pedal minyak, seorang pekerja cuci kereta warga Afghanistan parah selepas kereta pelanggan yang dipandunya terjunam dari tingkat tiga.

16-06-2025
Berita Auto

Kerajaan Pulau Pinang Beli 15 Buah Toyota Camry Untuk Kegunaan Rasmi

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membeli 15 kenderaan baharu jenis Toyota Camry 2.5V (AT) (CBU) bernilai RM3,311,895 bagi menggantikan kereta rasmi yang dibeli pada 2020.

22-05-2025
Berita Auto

UMWT Serah Barisan Model xEV Kepada MoT

Penyerahan ini bertujuan membolehkan MOT menilai keupayaan sebenar teknologi elektrifikasi dalam penggunaan harian.

01-05-2025
Berita Auto

Tragedi Aidilfitri: Tayar Lori Pecah Punca 5 Nyawa Melayang!

Pemandu treler kontena ditahan untuk siasatan.

28-03-2025
Global

Toyota Camry Generasi Ke-9 Hadir Dalam Edisi Khas 'Glorious Edition' Di China – Lebih Canggih & Mewah

Keterujaan masih terasa sejak ketibaan Toyota Camry generasi kesembilan di acara automotif KLIMS 2024 pada awal bulan ini.

27-12-2024
Berita Auto

Toyota Camry 2.5V 2025 Dilancar, Harga Murah Sedikit Berbanding Camry Hybrid

Nampaknya, UMW Toyota Motor (UMWT) melancarkan secara senyap-senyap varian tanpa sistem hibrid, Toyota Camry 2.5V 2025.

23-12-2024
Berita Auto

Jualan UMWT Cecah 8,500 Unit Bulan Lepas

Hasil jualan yang positif ini juga menjadikan jumlah volum Tahun-ke-Tarikh (YTD) kini berada di sekitar 89,500 unit.

13-12-2024
Kereta Baru

Toyota Camry 2025 Kini Di Malaysia – Satu Varian, Dari RM248,800

Selepas diperkenalkan di Thailand dan Singapura, kini tiba giliran Malaysia menerima kehadiran Toyota Camry generasi kesembilan. Model ini sebentar tadi telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia oleh UMW Toyota Motor semasa Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024.

04-12-2024

Berita Terkini

Global

Chevrolet Corvette Stingray Dilancarkan Di Singapura – Dari RM2.1 Juta

General Motors (GM) kini kembali semula ke negara jiran kita dengan pendekatan berbeza melalui pelancaran jenama supercar, Corvette.

06-08-2025
Global

CFO Tata Motors, PB Balaji, Dilantik Jadi CEO Jaguar Land Rover

PB Balaji yang kini memegang jawatan sebagai CFO Tata Motors Group, diumumkan sebagai CEO baharu JLR berkuatkuasa November 2025 ini.

06-08-2025
Global

Neta Auto "Berjaya" Hadapi Krisis Kewangan, Mula Bayar Gaji Pekerja

Neta Auto telah membuat pembayaran gaji penuh kepada pekerjanya di kilangnya di Tongxiang pada Julai lalu.

06-08-2025
Global

Chery Kini Syarikat Automotif China Pertama Capai Eksport 5 Juta Unit, Lebih 17 Juta Pengguna

Chery muncul sebagai jenama automotif China pertama yang telah mengeksport lima juta kenderaan secara global. P

05-08-2025
Global

Imej Paten Toyota Hilux Generasi Baharu ‘Travo’ Bocor – Gabungan Land Cruiser Prado & RAV4

Baru-baru ini, lakaran paten jentera gagah ini tersebar. Berdasarkan imej tersebut, jelas memperlihatkan perubahan yang diberikan pada Hilux generasi akan datang itu.

05-08-2025
Global

SUV Ranggi iCaur V27 Diperkenalkan Di Dubai – REEV 449 HP

Jenama kenderaan elektrik (EV) di bawah Chery, iCaur, telah membuat kemunculan rasmi di Dubai dengan pengenalan model iCaur V27.

04-08-2025
Global

Wagon Paling Laju, BMW M3 CS Touring Catat Masa 7 Minit 29 Saat Di Litar Nurburgring

BMW M3 CS Touring memecahkan rekod sebagai wagon terlaju apabila mencatatkan masa 7 minit 29 saat di litar Nürburgring

01-08-2025
Global

Brabus 1000, Kuasa Enjin "Meroket"

Brabus 1000 mampu menghamburkan kuasa setakat 1,000 PS dan tork 1,620 Nm.

30-07-2025