- Berita
- Global
- Trak Pikap Chery KP11, Ada Versi Petrol, PHEV, REEV

Selain SUV Jaecoo J5 2024 Chery International User Summit (CIUS) turut menyaksikan Chery mempamerkan beberapa model prototaip dan konsep.
Antara yang dipamerkan oleh pembuat kereta berpangkalan di Wuhu itu ialah model trak pikap baharu yang menunjukkan bayangan pengeluaran trak pikap itu tidak lama lagi
Menurut CarNewsChina, trak pikap itu dikenali sebagai kod KP11 yang akan hadir dalam versi PHEV dan ‘Range Extender Electric Vehicle’(REEV).

Dari segi penampilanya, KP11 tergolong dalam kategori trak pikap bersaiz sederhana selain menampilkan isyarat reka bentuk yang sangat tersendiri.
.Ini kerana bahagian hadapannya dihiasi dengan gril hadapan besar yang menampilkan huruf Chery yang besar sertal diapit dengan sepasang lampu depan LED belah yang kelihatan sama seperti pada Mitsubishi Triton baharu.


Ia agak agresif kerana trap pikap ini hadir dengan fender selain dilengkapi dengan beberapa peralatan gaya hidup dan aksesori, seperti khemah yang dipasang di atas bumbung dengan awning sisi, ada tangga, penutup atas keras untuk katil rata, dan banyak lagi.
Di bahagian belakang, KP11 menampilkan reka bentuk lampu belakang LED yang dilihat cukup menarik serta tertera perkataan Chery yang besar.
CarNewsChina turut menyebut ada kemungkinan trak pikap ini akan hadir dengan versi petrol 2.4 liter yang dibina oleh Chery.

Apapun seperti kebanyakan trak pikap China yang lain, Chery KP11 mungkin akan menembusi beberapa pasaran antarabangsa seawal 2025.
Di Malaysia, beberapa trak pikap China yang baharu, seperti GWM Cannon dan JAC T9 sudah pun di bawa masuk, maka tidak hairanlah KP11 juga akan memasuki pasaran kita.
Jika ya, ia akan menjadi saingan kepada jenama, BYD Shark PHEV.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
