Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Beruang Kena Rempuh, Malangnya Jabatan Perhilitan Tak Jumpa!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Rupa-rupanya seekor beruang matahari yang dirakam berguling-guling di atas jalan raya bukannya bermain tetapi sedang mengerang kesakitan akibat dirempuh kereta.

Kejadian dikatakan berlaku  Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) arah Kuantan, Pahang kelmarin.

Menerusi rakaman yang dikongsikan pengguna TikTok @wnurulhusna, terdapat luka dan darah pada badan serta muka beruang terbabit seolah-olah baru terlibat dalam kemalangan jalan raya.

image.png

Kelihatan serpihan kaca dan badan kenderaan bertaburan di atas laluan lebuh raya tersebut.

Sementara itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu mengesahkan pihaknya ada menerima laporan seekor beruang matahari dilanggar di Kilometer 422, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2), semalam.

Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata,  seramai enam kakitangan Perhilitan negeri yang bergegas di lokasi dimaksudkan gagal menemui beruang matahari terbabit.

“Usaha mencari haiwan liar itu sedang dilakukan. Saya juga berharap orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan haiwan itu segera lapor kepada pihak Perhilitan,” katanya.



Gallery

Tag:

LPT 2
Jabatan Perhilitan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Peserta RXZ Fighter Maut, Berlanggar Sesama Sendiri

Dua lagi parah selepas motosikal yang dinaiki mereka berlanggar sesama sendiri.

03-05-2025
Berita Auto

Penjawat Awam Maut Di LPT 2

Gara-gara terlanggar penghadang lebuh raya, seorang lelaki yang menaiki kereta Myvi maut di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Plaza Tol Kijal, Kemaman, pagi tadi.

26-11-2024
Berita Auto

Kali Ini, Seorang Bayi, Ibu, Nenek Terkorban

Seorang wanita yang baru lepas berpantang bersama bayi lelakinya dan ibunya terkorban dalam satu nahas di LPT 2 semalam.

26-07-2023
Berita Auto

2 Lagi Terkorban di LPT 2

Suami isteri warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) dinaiki mereka merempuh belakang sebuah treler.

19-06-2023
Berita Auto

Suami, Isteri, Anak Maut, 1 Anak Terselamat

Suami, isteri, anak maut di LPT2.

18-06-2023
Berita Auto

KKR: Jalan, Lebuh Raya Baharu Perlu Ada Terowong Hidupan Liar

Kerajaan mahu melaksanakan setiap jalan raya serta lebuh raya baharu dibina dengan terowong hidupan liar bagi mewujudkan laluan selamat untuk haiwan berkenaan.

13-05-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026