Link Copiedcheck_circle
EV

Geely: Sekali Guna EV, Pemandu Tidak Akan Kembali Guna Kereta Petrol, Betul Ke?

Suhana Veru

7-11-2024

Kongsi melalui

image.png

Pengerusi BERNAMA, Datuk Seri Wong Chun Wai bersama delegasi media Malaysia ketika mengadakan lawatan ke ibu pejabat Geely di Hanzhou - Foto BERNAMA

Percaya atau tidak, pembuat kereta terbesar di China, Geely mendakwa bagi mereka yang sudah menggunakan kenderaan elektrik, golongan itu dilihat tidak akan kembali kepada kereta yang menggunakan petrol.

image.png

Itu kata Ketua Komunikasi Global, Geely Holdings Group, Ashley Sutcliffe kepada delegasi media Malaysia ketika mengadakan lawatan ke ibu pejabat Geely di Hanzhou, China baru-baru ini.

Memetik kenyataan Sutcliffe di laporan berita Bernama, sebagai berkata:

"Seperti membeli kereta tetapi kembali (menggunakan) kuda, sudah tentu tidak selesa. Saya dengan selesa memandu sejauh 3,000 kilometer di jalan raya, dan bil elektrik sebanyak 415 yuan (kira-kira RM255). Sekiranya menggunakan kereta berkuasa petrol, kosnya membabitkan sekurang-kurangnya 1,500 yuan.

image.png

"Harga petrol di sini sekali ganda lebih mahal daripada harga di Malaysia, menjadikannya sangat mahal untuk digunakan di sini," katanya.

Bagaimanapun beliau mengakui pada masa ini, pasaran EV Malaysia masih di peringkat awal namun mempunyai potensi cerah.

“Sumber tenaga boleh baharu di Malaysia seperti solar, angin dan hidro akan memudahkan pembangunan infrastruktur EV.

"Saya percaya Malaysia akan menjadi peneraju tenaga baharu pada masa hadapan," katanya, merujuk kepada potensi tenaga boleh baharu Malaysia.

Di sebalik populariti EV yang semakin meningkat,ia bukan sahaja sebagai simbol kemajuan teknologi moden tetapi untuk kelestarian alam sekitar, selain menjimatkan kos.

Namun persoalannya adakah berbaloi untuk kita beralih daripada kenderaan menggunakan enjin pembakaran dalaman memandangkan sudah ramai yang tahu bahawa hakikatnya EV sememangnya tiada nilai jualan semula?



Gallery

Tag:

#geely
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Teknologi

Geely Perkenal G-Pilot: ADAS Canggih Dengan Navigasi Pintu-ke-Pintu

Gergasi automotif China, Geely, telah memperkenalkan versi terkini sistem bantuan pemanduan (ADAS) G-Pilot.

05-03-2025
EV

Jenama EV, Zeekr, Lynk & Co Bersatu – Kini Zeekr Group

Jenama kenderaan elektrik (EV) premium dari China, Zeekr, kini secara rasmi bergabung dengan jenama Lynk & Co.

16-02-2025
Berita Auto

Proton Saga MC3 Dikesan Dengan Kamera ADAS, Teknologi Keselamatan Lebih Canggih?

Kelibat terbaru model Proton ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook.

19-01-2025
Berita Auto

DRB-HICOM, GEELY, Meterai Kerjasama Untuk Bangunkan AHTV Di Tanjung Malim

DRB-HICOM dan Geely menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MoU) pada pelancaran kenderaan elektrik pertama Proton, e.MAS 7, di ibu negara semalam.

17-12-2024
EV

PROTON e. MAS 7 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM110K

Pengeluar kereta nasional, Proton akhirnya melancarkan secara rasminya kenderaan elektrik pertama Malaysia, Proton e.MAS 7 di ibu negara sebentar tadi.

16-12-2024
EV

36 Pengedar e.MAS, Semakin Ramai Minat Jadi Pengedar Selepas Lawatan R&D Geely Di China

Anak syarikat pembuat kereta nasional PROTON, PRO-NET mengumumkan pelantikan sebanyak 36 pengedar Proton e.MAS yang dibuat baru-baru ini.

01-10-2024
EV

Pengedar Proton e.MAS Dibawa Lihat Geome Xingyuan di China – Mungkinkah Ini e.MAS 5?

Jenama kenderaan elektrik (EV) nasional, Proton e.MAS, menganjurkan satu kunjungan rasmi ke China bersama beberapa pengedarnya..

27-09-2024
EV

Ini Dia Pencabar Vellfire, Alphard, Zeekr 009, Pengecasan Bateri Paling Laju, SAH Masuk M'sia

Geely melancarkan secara rasminya MPV elektriknya, Zeekr 09 di pasaran Thailand, baru-baru ini.

24-09-2024

Berita Terkini

EV

EV Bajet TQ Wuling Bingo Bakal Dilancarkan Di Malaysia – CKD, Bawah RM100,000?

Tan Chong Motor Holdings (TCMH) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama pengeluar kenderaan elektrik (EV) terkemuka China, SAIC-GM-Wuling (SGM Wuling).

05-05-2025
EV

Perak Mahu Perluas Stesen Cas EV, 500 Pengecas Akan Dibina Tahun Ini

Langkah itu sejajar dengan trend global ke arah pengurangan pelepasan karbon dioksida.

05-05-2025
EV

Thailand Laksana Cukai 'Mesra' PHEV, Malaysia Bila Lagi?

Kerajaan Thailand meluluskan penstrukturan semula cukai kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) yang akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2026.

05-05-2025
EV

Lebih 6,000 Tempahan di Malaysia, Kini e.MAS 7 Uji Pasaran Singapura

Selepas lebih sedekad, jenama automotif kebanggaan Malaysia, Proton, kini kembali ke pasaran Singapura.

05-05-2025
EV

Kena Intip: Perodua e.MO-II Sedang Diuji Di DUKE

Perodua e.MO-II sedang diuji di DUKE, baru-baru ini.

05-05-2025
EV

Jualan,Pengecasan EV Semakin Melonjak, Bagaimana Pula Langkah Lupuskan Bateri EV?

Biarpun, masih awal untuk bimbang mengenai pelupusan bateri, namun sudah tiba masanya, kerajaan sudah mula mewujudkan loji kitar semula bateri EV yang khusus.

03-05-2025
EV

Bateri CATL Tidak Boleh Terbakar, Meletup

CATL mengesahkan bahawa baterinya tidak boleh terbakar atau meletup, walaupun berlaku kegagalan haba dalaman .

02-05-2025