Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

GLC43 4Matic Coupe, Harga Tak Mahal Sangat, Hanya RM498,888

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) turut melancarkan  Mercedes-AMG GLC 43 4MATIC Coupe pada acara eksklusif diadakan  di Cycle & Carriage Bintang Autohaus, Mutiara Damansara, Petaling Jaya semalam.

Ia yang dipasang secara tempatan di kilang MBM yang terletak di Pekan, Pahang dijual pada harga RM498,888. 

Bagimanapun, harga yang dinyatakan ini belum termasuk insurans, tetapi ditawarkan dengan waranti empat-tahun tanpa had perbatuan.

image.png

Berbalik kepada model ini, ia hadir dengan enjin 2.0 liter dimana ia mampu menjana kuasa setakat  421 PS dan tork 500 Nm pada 5,000 rpm. 

image.png

Ia turut dibantu dengan enjin mild hybrid RSG dimana ia mampu menyalurkan kuasa tambahan  sebanyak 10 kW (14 hp) namun apabila diperlukan.

Mercedes-Benz AMG GLC 43 Coupe ini mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 4.8 saat manakala kelajuan maksimum pula ialah 250 km/j.

image.pngimage.png

Selain itu, model ini turut didatangkan dengan  sistem suspensi AMG Ride Control dengan ciri redaman adaptif, kawalan stereng gandar belakang sehingga 2.5 darjah, dan pemanduan Dynamic Select.

image.png

Dari segi penampilannya, GLC 43 ini  hadir denan gril radiator Panamericana, rekaan sayap jet dan liang intake yang besar pada apron depan, skirt sisi AMG dan rim AMG Y-spoke berukuran 21 inci.

Ia juga didatangkan dengan lampu Digital Light dan AMG Night Package.

image.png

Menjengah bahagian kabinnya pula, jentera ini dilengkapi dengan kerusi AMG yang dibalut kulit buatan manusia Artico dan Microcut, trim gentian karbon dan tali pinggang Manufaktur berwarna merah.

image.pngimage.png

Antara ciri lain yang terdapat pada jentera ini ialah sistem MBUX , paparan Supersport pada skrin sentuh multimedia dan head-up display sistem audio Burmester, navigasi realiti terimbuh (AR), Keyless-Go Comfort Package, sistem kawalan iklim Thermotronic dan sebenar ada banyak lagi.

image.png

Bagi yang berminat, jentera ini sudah sedia untuk ditempah. Apa pula pandangan anda? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini! 

Gallery

Tag:

MBM Pekan
Mercedes-Benz Malaysia (MBM)
Mercedes-AMG GLC 43 4Matic+ Coupe
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Mercedes-Benz Lakar Sejarah

MBM baru sahaja melancarkan unit ke-100,000, baru-baru ini.

03-11-2023
Berita Auto

Ini CEO Baharu Mercedes-Benz Malaysia Yang Bakal 'Tapau' 4 Pasaran Serentak

Mercedes-Benz Malaysia (MBM), secara rasmi mengumumkan pelantikan Martin Schulz sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa 1 Februari 2026.

04-02-2026
Kereta Baru

Mercedes-Benz GLE 400 e 4Matic Kini Rasmi Di Malaysia – PHEV, Dari RM498,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan GLE 400 e 4Matic PHEV untuk pasaran Malaysia. SUV hibrid plug-in ini menjanjikan prestasi tinggi cecah 375 hp dan 600 Nm, serta jarak pemanduan elektrik sehingga 108 km.

09-12-2025
Kereta Baru

SUV Mercedes-Benz GLC 200 4Matic – Hanya Dari RM329,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan varian asas, GLC 200 4Matic (X254) di Malaysia. SUV CKD baharu ini menawarkan enjin 2.0L turbo berkuasa 201 hp dan tork 320 Nm.

09-12-2025
Kereta Baru

Maybach S580 Night Series 4Matic Dilancarkan Di Malaysia – 'Hanya' Dari RM2.4 Juta

Mercedes-Benz Malaysia rasmi melancarkan Maybach S580 Night Series (CBU) berharga RM2.4 juta. Tampil memukau dengan enjin V8 turbo, sistem AWD dan pakej estetik gelap.

04-12-2025
Berita Auto

Stars@Mercedes-Benz Ketiga Dunia Dibuka Di Bangsar – Pengalaman Imersif & Eksklusif

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dan pengedar rasmi, NZ Wheels Sdn Bhd (anak syarikat Naza Auto Group), semalam melancarkan secara rasmi bilik pameran di Bangsar setelah diubah suai sepenuhnya.

12-11-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz GLC 200 4Matic Bakal Tiba Di Malaysia

Seperti yang dijangkakan, Malaysia bakal menjadi antara pasaran penting yang bakal menerima kemasukan varian baharu peringkat asas bagi model SUV crossover premium, Mercedes-Benz GLC 200 4Matic.

07-11-2025
EV

Mercedes-Benz Malaysia, DC Handal Bekerjasama Perluas Rangkaian Pengecasan EV

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) memperkukuhkan jaringan pengecasan kenderaan elektrik (EV) di negara ini menerusi kerjasama dengan pengendali stesen pengecasan tempatan, DC Handal.

07-10-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888

Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut

Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Kia ‘Gegar’ MITEC, Tayang Kia K4 GT-Line & Trio EV Canggih

Bukan Biasa-Biasa! Kia Mengganas di KLIMS 2026 Bawa Masuk 4 Model Global Sekaligus.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Zeekr ‘Mengganas’ di Malaysia, Dedah Zeekr 009 Grand, 9X: RM600K-RM800k

Zeekr Malaysia dedah Dua Model Ultra-Mewah: Zeekr 009 Grand dan Zeekr 9X.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Legenda Kini Kembali! Honda Prelude Serba Baharu Rasmi Di Malaysia, Ada DNA Type R, Harga RM278k

Lupakan Sekejap Civic, Honda Prelude Generasi Ke-6 Dah Tiba Di Malaysia! Apa Yang Best Sangat?

12-06-2026
Kereta Baru

Jangan Beli SUV Kompak Dulu! Ini 3 Pertaruhan Baharu Suzuki di Malaysia Yang Sedia Gugat Pasaran

Naza Eastern Motors Kembangkan Rangkaian Suzuki: Tiga Varian Baharu SUV Gaya Hidup Kini Tiba.

05-06-2026
Kereta Baru

Bukan Biasa-Biasa! Ford Everest Platinum 3.0L V6 Kini Di Malaysia, SUV Paling Berkuasa Dalam Kelasnya

Ford Peluas Rangkaian Everest Di Malaysia: Tiga Varian Baharu, Tawaran 'Early Bird' Menanti Pembeli Jun.

05-06-2026
Kereta Baru

BYD Atto 3 Rasmi Di Malaysia: Harga Bermula RM125,800, Ada Dua Varian

Jangan Terlepas! 500 Pelanggan Pertama BYD Atto 3 Terima Diskaun Overtrade RM10,000 & Wallbox Percuma.

05-06-2026