- Berita
- Kereta Baru
- KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut
KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut

Jenama EV No. 1 Malaysia, Proton e.MAS, sekali lagi mencuri tumpuan di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026 dengan pelancaran varian terbaharu mereka, Proton e.MAS 7 Premium Plus.
Varian terbaharu ini bukan biasa-biasa. Ia hadir dengan bateri yang lebih besar, jarak pemanduan yang lebih jauh, dan paling menarik mengenai ciri premium seperti fungsi urutan pada tempat duduk yang jarang-jarang ada pada segmennya!

Apa Yang Padu SANGAT Dengan Varian Premium Plus Ini?
Jika sebelum ini e.MAS 7 sudah cukup popular, varian Premium Plus ini direka khas untuk mereka yang mahukan keselesaan tahap maksimum, terutamanya untuk perjalanan jarak jauh (balik kampung tanpa 'anxiety').

Jarak Pemanduan 450km (WLTP)
Dilengkapi dengan Bateri AEGIS Short Blade berkapasiti 68.39kWh, anda kini boleh memandu sehingga 450km dengan sekali pengecasan penuh. Lapar charging? Jangan risau, dengan pengecasan pantas DC 115kW, bateri boleh dicas dari 30% hingga 80% dalam masa 20 minit sahaja!
Keselesaan Tahap 'First Class'
Lupakan lenguh-lenguh badan semasa tersangkut dalam kesesakan jalan raya. Varian ini dilengkapi dengan:


- Tempat duduk hadapan berkembar dengan fungsi urutan.
- Pelarasan kuasa 4-hala beserta fungsi memori untuk penumpang hadapan.
- Penyandar kaki (leg rest) ekstra untuk keselesaan maksima.
- Kuasa e.MAS Menggila di KLIMS 2026
Bukan setakat melancarkan model baru, ruang pameran Proton e.MAS di KLIMS 2026 (bertemakan Kuasa e.MAS, Memacu Malaysia ke Hadapan) turut mempamerkan ekosistem elektrifikasi mereka yang serba canggih.
Pengunjung boleh melihat sendiri 5 teknologi teras mereka termasuk Global Modular Architecture (GMA), teknologi Cell-to-Body (CTB), dan Sistem Pacuan Elektrik 11-dalam-1. Lebih menarik, jentera lain seperti Proton e.MAS 5 dan Proton e.MAS 7 PHEV (yang kini memegang takhta PHEV No. 1 Malaysia dengan 2,936 unit serahan) turut dipamerkan!
Harga Runtuh & Pakej 'Power Pack Plus' (Masa Terhad!)

Sempena pelancaran ini, Proton e.MAS menawarkan Rebat Pelancaran Khas sebanyak RM7,000 bersama pakej Power Pack Plus yang sangat berbaloi:
- Power Exchange: Percuma yuran tukar beli + insentif RM5,000 untuk pemilik Proton sedia ada.
- Power Home: Pengecas Rumah 7kW percuma (bernilai RM1,500).
- Power Plus: Adaptor V2L percuma (bernilai RM500).
- Power Online: Data internet tanpa had selama 5 tahun (bernilai RM1,800).
- Power Thru: Jaminan kenderaan tanpa had perbatuan selama 6 tahun + jaminan bateri 8 tahun/160,000km.
Struktur Harga (Selepas Rebat RM7,000):
| Varian | Semenanjung Malaysia | Sabah & Sarawak |
| Premium Plus (Baharu) | RM118,800 (Asal: RM125,800) | RM121,800 (Asal: RM128,800) |
| Premium | RM112,800 (Asal: RM119,800) | RM115,800 (Asal: RM122,800) |
| Prime | RM96,000 (Asal: RM103,800) | RM99,800 (Asal: RM106,800) |
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/


