Link Copiedcheck_circle
EV

Pandangan Pertama: SUV Elektrik Pertama Suzuki, eVitara!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya, pembuat kereta Jepun, Suzuki juga akhirnya menembusi pasaran kenderaan elektrik selepas menayangkan Suzuki eVitara, di Milan, Itali baru-baru ini.

SUV elektrik pertama Suzuki itu  sebenarnya adalah versi pengeluaran Suzuki eVX Concept yang pernah ditayangkan sebelum ini.

Dari segi dimensi, Suzuki eVitara mempunyai ukuran 4,275 mm panjang, 1,800 lebar, 1,653 mm tinggi manakala jarak roda pula 2,700 mm.

image.png

Suzuki eVitara juga diberikan jarak kelegaan setinggi 180mm. 

Ini bermakna, ia boleh melakukan perjalanan di laluan off-road dengan mudah selain hadir dengan pilihan pacuan roda depan (FWD) atau pacuan empat roda 4WD.

Malah, Suzuki e Vitara ditawarkan dalam dua pilihan bateri litium besi-fosfat (LFP) 49 kilowatt-jam (kWj) dan 61 kWj.

Varian eVitara yang disumbat dengan bateri berkapasiti 49kWj menggunakan motor tunggal dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 144 PS  (106 kW) dan 189 Nm.

image.pngimage.png

Varian ini juga hanya hadir dengan tetapan FWD. Bagaimanapun, varian yang menggunakan bateri 61kWj , ia boleh menghasilkan kuasa 174 PS (128 kW) .

Model dua motor lebih berkuasa dengan motor depan menghasilkan 128 kW dan 48 kW (65 ps) dari motor belakang atau 135 kW (184 ps) dan 300Nm secara keseluruhan.

Ketika artikel ini ditulis, Suzuki masih belum mendedahkan tahap kelajuan  pengecasan EV SUV ini. Sebaliknya, Suzuki cuma berkongsi bahawa  eVitara boleh bergerak sejauh  400 KM dan menyokong  input DC pada paras 150 kW.

image.pngimage.png

Susulan penampilan sulungnya,  Suzuki eVitara bakal menembusi pasaran Eropah, Eropah, India dan Jepun seawal musim panas (Jun-September)  tahun depan. 

Pengeluaran bakal dimulakan di Suzuki Motor Gujarat di India pada 2025 nanti.

Gallery

Tag:

Suzuki eVitara
Suzuki Vitara
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV
SUV Elektrik: Khabar Angin Suzuki eVitara Bakal Dilancar Semakin Kencang

SUV Elektrik: Khabar Angin Suzuki eVitara Bakal Dilancar Semakin Kencang

Suzuki eVitara pula dikatakan akan dilancar tidak lama lagi.

20-08-2025

Berita Terkini

EV
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas  Gentari Melalui Aps ChargeSini

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026