Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Porsche Macan Elektrik, Ada 4 Varian, Harga Bermula Serendah RM430,000

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Setelah dipertonton dan dibuka untuk tempahan, Porsche Malaysia (Sime Darby Auto Performance – SDAP) akhirnya melancarkan secara rasminya,  SUV Porsche Macan elektrik  di ibu negara, hari ini.

Ia yang dibangunkan berdasarkan platform Premium Platform Electric (PPE) yang mampu menampung 800 volt didatangkan dalam empat varian.

image.png

Antaranya ialah:

Macan Base

Macan 4 

Macan 4S

Macan Turbo.

Keempat-empat varian ini adalah versi import sepenuhnya (CBU)  dari Leipzig, Jerman.

Kesemua varian ini juga dilengkapi bateri berkapasiti 95.0 kWh yang menyokong pengecasan pantas DC sehingga 270 kW. 

image.png

Apa yang menarik, tempoh pengecasan dari 10% hingga 80% hanya mengambil masa kira-kira 21 minit. 

MACAN BASE

Bermula dengan Macan base, ia dilengkapi dengan motor belakang  yang memacu roda belakangnya dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 355 hp dan tork 563 Nm.  Menerusi mod 'Overbboost', ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa  5.7 saat manakala kelajuan maksimum pula ialah  220 km/j. Varian ini didakwa mampu melakukan pergerakan sejauh 641 kilometer (km).

MACAN 4, MACAN d 4S.

image.pngimage.png

Kedua-dua varian ini agak bertenaga kerana menggunakan sistem  pacuan semua roda (AWD). 

Dengan adanya, motor berkembar, Macan 4  boleh menghasilkan kuasa  sebanyak 382 hp dan 650 Nm  manakala Macan 4S pula boleh menjana kuasa 442 HP dan 820 Nm .

Dengan 'Overbboost', kuasa Macan 4 boleh melonjak kepada 402 hp manakala Macan 4S pula setakat 510 hp . Ini membolehkan Macan 4 boleh memecut dari 0-100 km/j hanya dalam hanya 5.2 saat dan 4.1 saat (Macan 4S).

Selain Macan 4 boleh bergerak sejauh 613 km manakala Macan 4S sejauh 606km.

MACAN TURBO.

Namun berbeza dengan Macan Turbo dimana varian tertinggi ini yang disumbat dengan motor elektrik berkembar boleh menghasilkan kuasa 576 HP (630 HP dengan 'Overbboost') dan tok 1,130 NM .

Ini menjadikannya ia sebagai varian  paling berkuasa dan paling pantas memandangkan ia mampu memecut dari  0-100 km/j dalam 3.3 saat manakala kelajuan maksimum pula  260 km/j.

KABIN

Menjengah bahagian kabin, semua varian didatangkan dengan kluster instrumen digital 12.6 inci , skrin sentuh infotainmen 10.9 inci, paparan kepala (HUD) realiti tambahan (AR), pencahayaan ambien kabin, suite audio Burmester, dan banyak lagi.

image.png

Bagi sistem infotainmen , ia mempunyai Android Automotive OS serta menawarkan arahan bantuan suara "Hey Porsche".

Ia juga menawarkan but standard seluas 540 liter namun ruangnya boleh dibesarkan kepada 1,348 liter, jika kerusi belakang direbahkan. Ia  juga ditambah dengan ruang simpanan kecil di bahagian depan sebanyak 82 liter.

image.png

Menyentuh mengenai harga, Macan base bermula dari RM430,00, Macan 4 bermula dari RM445,000 dan Macan 4S (bermula dari RM525,000).

Sementara itu, Macan Turbo pula  RM635,000. Kesemua harga tidak termasuk insurans dan kos pendaftaran kereta.

image.png

Namun ia didatangkan dengan waranti 2 tahun dan pakej penyelenggaraan, serta jaminan bateri EV 8 tahun/160,000KM.

Gallery

Tag:

Porsche Macan EV
Porsche Macan EV SUV
Sime Darby Auto Performance (SDAP)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

30-11-2024
Kereta Baru

17-07-2024
EV

25-01-2024
EV

23-01-2024
EV

15-01-2024
Teknologi

12-12-2023
EV

17-11-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

Ini Dia Suzuki Fronx, Bakal Dilancar Tak Lama Lagi

Pengimport dan pengedar Suzuki Cars Malaysia (Naza Eastern Motors Sdn Bhd) menyiarkan model baharu mereka, Suzuki Fronx, baru-baru ini.

06-08-2025
Kereta Baru

Haval H6 HEV Kini Lebih Sporty Dengan Kabin Phantom Black

GWM Haval H6 HEV kini tampil lebih sporty dan elegan dengan tawaran kemasan dalaman baharu, Phantom Black.

01-08-2025
Kereta Baru

Lexus NX 350h Luxury 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – Varian Hibrid Terbaru, Dari RM395,888

Lexus Malaysia sekali lagi membuat kemas kini barisan produknya ‘dalam diam’ dengan memperkenalkan varian baharu SUV NX, iaitu Lexus NX 350h Luxury.

29-07-2025
Kereta Baru

Proton X50 Facelift 2025 Dilancar: Harga Bermula Serendah RM86K? Biar Betul?

Proton melancarkan secara rasminya, Proton X50 Facelift 2025 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

24-07-2025
Kereta Baru

BYD Atto 2 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM100,000

BYD Cars Malaysia secara rasmi telah melancarkan BYD Atto 2 untuk pasaran tempatan.

24-07-2025
Kereta Baru

Dilancar: Lexus RX 500h F Sport Special Edition-Harga RM512,888, HANYA Ada 50 Unit Di Malaysia!

Lexus Malaysia secara senyap-senyap melancarkan edisi terhad baharu SUV saiz sederhana mereka, dikenali sebagai Lexus RX 500h F Sport Special Edition.

22-07-2025
Kereta Baru

BMW iX xDrive45 Sport Baharu Dilancar, Harga RM425,800

Selain BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW Malaysia turut melancarkan BMW iX xDrive45 Sport Baharu ke pasaran tempatan.

21-07-2025
Kereta Baru

Dilancar: BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, HARGA RM487,800

BMW Group Malaysia melancarkan secara rasminya BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu versi pemasangan tempatan melalui pameran eksklusif di The Art of Driving 2025, sebentar tadi.

21-07-2025