Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Projek MRT3 Bermula 2027, Sebab Banyak Proses Belum Selesai

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pembinaan di tapak projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) hanya akan bermula pada tahun 2027 selepas Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menyelesaikan proses pemerolehan tanah.

Itu kata Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Mohd Zarif Hashim. Menurutnya, ketika ini proses berkenaan sedang berjalan dengan pemeriksaan awam akan dilaksanakan hingga 2 Dis ini.

image.png

Selepas itum baru MRT boleh memuktamadkan laluan dan memulakan proses pemerolehan tanah yang dijangka mengambil masa 24 bulan iaitu hingga 2026.

"Kami (MRT Corp) berharap menjelang 2027, kerajaan akan mempunyai cukup kapasiti untuk meneruskan projek ini. Itu sasaran peribadi saya tetapi ia bergantung kepada keadaan ekonomi.

"Seperti yang kita tahu ekonomi semakin pulih, jadi beri masa beberapa tahun lagi dan saya rasa ia akan jadi landasan kukuh untuk kita memulakannya," katanya.

image.pngimage.png

Untuk makluman MRT3, yang juga dikenali sebagai Laluan Lingkaran akan menjadi komponen terakhir bagi rangkaian MRT Lembah Klang, menghubungkan pelbagai stesen transit aliran massa dan aliran ringan (LRT) dalam kawasan ibu negara bagi membentuk rangkaian yang menyeluruh.

image.png

Laluan rel sejauh 51 kilometer itu mampu menampung 25,000 penumpang sejam bagi setiap arah, dengan perjalanan penuh di MRT3 mengambil masa lebih kurang 73 minit atau di bawah satu jam 15 minit.


Gallery

Tag:

Mass Rapid Transit 3 (MRT3)
Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Skim Rel Akhir Laluan Lingkaran MRT 3 Diluluskan

Skim Rel Akhir bagi Projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) Laluan Lingkaran diluluskan secara rasmi.

18-07-2025
Berita Auto

Prasarana Jangka Trafik Naik, 1.2 Juta Penumpang Guna Rel, Bas

Prasarana Malaysia Bhd mengunjurkan peningkatan purata penumpang harian di seluruh perkhidmatan rel dan basnya kepada 1.2 juta pada 2023.

11-01-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026