Link Copiedcheck_circle
EV

Sapura Industrial, Mili Tech Tubuh JV Untuk Bekal Produk, Perkhidmatan xEV

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sapura Industrial Bhd (SIB) melalui anak syarikat milik sepenuhnya, SIB Ventures Sdn Bhd memeterai perjanjian induk yang mengikat bersama Mili Tech Sdn Bhd untuk menubuhkan syarikat usaha sama (JV), SIB Mili Sdn Bhd, baru-baru ini.

Perjanjian strategik ini dimeterai bagi memacu matlamat pertumbuhan dan kemampanan kenderaan elekrik di negara ini.

Malah, kerjasama ini dimeterai berdasarkan hasil dari kejayaan kaji selidik yang dilaksanakan selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) pada 24 April lepas.

image.pngimage.png

Usaha sama itu bertujuan untuk menjadi sebahagian daripada pemain utama dalam pembekalan produk dan perkhidmatan kenderaan elektrik (xEV).

Lagipun, penubuhan SIB Mili adalah untuk memberi tumpuan kepada bidang kritikal yang akan secara langsung menyokong usaha Malaysia untuk memacu penerapan mobiliti mampan.

Ini termasuk perkhidmatan selepas jualan dan penyelenggaraan untuk xEV; pembaharuan, guna semula dan kitar semula (3R) bateri xEV bagi mengurangkan impak terhadap alam sekitar; serta latihan dan pensijilan yang bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran bakat tempatan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam bidang kepakaran berkaitan xEV.

image.png

Sementara itu, Presiden, Perniagaan Industri, Kumpulan SIB, Fazal Othman Mohd Ghazali berkata, pihaknya cukup yakin bahawa kerjasama itu akan memperkukuhkan komitmen mereka terhadap bidang inovasi dan kemampanan.

“Ia akan turut membantu membangunkan ekosistem yang kukuh dan memberangsangkan bagi xEV di Malaysia. Fokus kami dalam usaha kitar semula bateri dan pembangunan bakat merupakan kunci kejayaan jangka panjang dalam perjalanan kami menuju era eletrifikasi.” Katanya.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau berkata, hasil kerjasama yang dijalin itu bertepatan pada masanya memandangkan Malaysia sedang berusaha  mempertingkatkan ekosistem xEV.

“Lagipun, ia adalah tunjang kepada matlamat kerajaan untuk mencapai pengunaan sejumlah 15% kenderaan elektrik menjelang 2030. 

“Dengan memanfaatkan kekuatan gabungan Sapura Industrial Berhad dan Mili Tech Sdn Bhd, SB Mili Sdn Bhd kini siap sedia untuk memberikan sumbangan yang ketara terhadap sektor xEv di Malaysia dan agenda kemampanan yang lebih luas,”tambahnya

Dalam perkembangan sama, Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas Mili Tech Sdn Bhd, Mohd Farid bin Abd Manaf, pula berkata, beliau yakin bahawa kerjasama itu akan meningkatkan lanskap xEV di Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan inovatif, dan menyokong matlamat kemampanan negara. 

Usaha sama ini juga membolehkan kami menyumbang kepada ekonomi kitaran semula, yang akan memastikan bahawa peralihan kepada pengunaan kenderaan elektrik bukan sahaja berjalan secara cekap tetapi juga turut peka dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar,”katanya.

SIB Mili Sdn Bhd akan memulakan operasi di Kajang manakala tiga  buah pusat perkhidmatan yang menjadi mercu tanda akan dibuka dalam tempoh tiga tahun akan datang.


Gallery

Tag:

Mili Tech Sdn Bhd
xEV
Sapura Industrial Berhad (SIB)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

05-11-2024
Berita Auto

16-04-2025
Berita Auto
EV

07-03-2025

Berita Terkini

EV

UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

UPSI menjalinkan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.

25-02-2026
EV

Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Jenama kacukan Sino-Sweden ini baru sahaja mengumumkan strategi pengembangan produk yang cukup berani dengan empat model elektrik (EV) baharu bakal dilancarkan menjelang 2028.

20-02-2026
EV

Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

19-02-2026
EV

BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.

12-02-2026
EV

Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.

12-02-2026
EV

smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.

11-02-2026
EV

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
EV

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026