Link Copiedcheck_circle
EV

Avatr 06 Didedahkan Di China – Kolaborasi Changan, CATL & Huawei

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Changan-Avatr-06-China-1.jpg


Baru-baru ini, syarikat automotif dari negara China, Changan Automobile, telah memperkenalkan sebuah model elektrik,  Avatr 06, sebagai pesaing baharu kepada Tesla Model 3.

 

Kolaborasi Beberapa Syarikat Gergasi Teknologi


Changan-Avatr-06-China-6.jpg


Pembangunan model terbaru ini dibuat hasil kerjasama dengan dua syarikat gergasi teknologi lain, CATL dan Huawei yang masing-masing memegang kepentingan kedua dan ketiga terbesar dalam jenama EV ini, sementara Changan kekal sebagai pemegang saham utama. 


Ciri Mekanikal


Dibangunkan di atas platform CHN, sama seperti model Avatr 07. Model terbaru, Avatr 06 ditawarkan dalam dua versi iaitu EV bateri (BEV) dan EV penambah jarak (REEV). Versi BEV menggunakan motor tunggal dengan sistem pacuan roda belakang (RWD) atau dua motor dengan sistem pacuan semua roda (AWD), masing-masing menyalurkan kuasa sehingga 338 hp (252 kW) dan 590 hp (440 kW).


Changan-Avatr-06-China-5.jpgChangan-Avatr-06-China-4.jpgChangan-Avatr-06-China-7.jpgChangan-Avatr-06-China-9.jpg


Kedua-duanya menggunakan bateri LFP berkapasiti 82 kWj daripada CATL, yang memberikan jarak pemanduan sehingga 650 km, berdasarkan piawaian CLTC. 


Reka Bentuk Futuristik


Changan-Avatr-06-China-3.jpg


Avatr 06 mempamerkan reka bentuk sporty dengan bahasa rekaan Avatr 2.0 yang sama seperti Avatr 07. Antara ciri visual yang menonjol pada sedan bersaiz sederhana ini ialah lampu LED dalam rekaan dual-stack, kamera sisi digital yang menggantikan cermin sisi biasa dan pemegang pintu jenis terbenam. 


Dari segi ukuran, Avatr 06 lebih besar berbanding Tesla Model 3, dengan panjang 4,855 mm, lebar 1,960 mm dan tinggi 1,450 mm. Ini meletakkannya dalam kategori sedan EV sederhana premium seperti Zeekr 007.


Teknologi Huawei di Sebalik Kokpit Digital


Changan-Avatr-06-China-8.jpg


Huawei memainkan peranan penting dalam pembangunan sistem operasi Harmony OS untuk kokpit digital Avatr 06. Teknologi keselamatan pula dikuasakan oleh pakej keselamatan Huawei Qiankun, lengkap dengan radar, sensor dan LiDAR yang memberikan kenderaan pelbagai fungsi ADAS serta keupayaan pemanduan separa autonomi.


Pelancaran 2025 Nanti


Avatr 06 dijangka dilancarkan di pasaran China pada awal 2025, lebih lewat daripada masa yang ditetapkan. Penangguhan ini memberi ruang kepada Changan dan Avatr untuk memperbaiki strategi mereka, terutamanya selepas model Avatr 11 dan 12 gagal mencapai sasaran jualan.


Tag:

Changan Automobile
Avatr 06
tesla model 3
CATL
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global
Global
Global
EV

10-12-2024
EV

10-12-2024
EV

20-04-2026
EV

08-10-2025
Kereta Baru

Berita Terkini

EV

Rekod Baharu Sepang! Lotus Emeya R Catat Masa 2:20.317, EV Terpantas dalam Sejarah

Lotus Emeya R Catat Rekod Pusingan EV Terpantas di Litar Sepang.

20-07-2026
EV

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV