Link Copiedcheck_circle
Gaya Hidup

CSR: Proton, MY Clean Beach Kumpul 339KG Sampah

Suhana Veru

Kongsi melalui

PROTON-teamed-up-with-MY-Clean-Beach-to-tackle-pressing-environmental-issues-at-Pantai-Batu-Laut.JPG

Selain sibuk menjual kereta, Proton tidak lupa untuk menunaikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka dengan melibatkan diri dalam menjalankan kerja-kerja pembersihan di Pantai Batu Laut, Tanjung Sepat, Selangor, baru-baru ini.

Untuk program CSR itu, Proton menjalinkan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar tempatan, MY Clean Beach.

Aktiviti pembersihan pantai selama dua jam yang melibatkan 42 sukarelawan dari pengurusan PROTON, ahli Kelab Proton Edar, dan NGO memberi tumpuan kepada dua kawasan utama di pantai: kawasan bakau dan kawasan pelawat tempatan.

Mereka berjaya membersihkan 338.5 kilogram sampah, termasuk 263.95 kilogram sampah biasa, 38 kilogram barang besar, 3.5 kilogram tin/logam, 19.5 kilogram plastik, 14 kilogram kaca, dan 148 puntung rokok. 

42-volunteers-from-PROTON-management,-Kelab-Proton-Edar-members-and-the-NGO-took-part-in-this-beach-cleaning-activity.jpeg

Selain itu, 46 penyedut plastik telah dikutip, yang turut menyumbang kepada pemulihan keindahan semula jadi pantai tersebut.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, pihaknya menyokong pemeliharaan ekosistem yang lebih sihat serta mengeratkan hubungan antara kakitangan kami.

“Aktiviti ini dilihat dapat meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan perlindungan alam sekitar dan pengurusan sampah yang bertanggungjawab,” katanya.

The-team-successfully-removed-338.5-kilograms-of-waste.jpeg

Kerjasama antara PROTON dan MY Clean Beach menekankan pentingnya tanggungjawab alam sekitar dalam operasi perniagaan. 

Melalui inisiatif ini, PROTON terus melibatkan pekerjanya dalam aktiviti CSR yang bermakna dan  mengeratkan semangat berpasukan dan persahabatan, serta mempromosikan budaya syarikat yang positif. 

Tag:

Myclean
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Gaya Hidup

Aveta Care on Wheels Diperluas ke Seluruh Semenanjung—Ini Cara Dapat Bantuan Pantas

Program khidmat bantuan bergerak Aveta Care on Wheels diperluas bagi menyediakan khidmat lepas jualan yang lebih pantas.

26-03-2026
Gaya Hidup

Koleksi TokTi: Selepas Zeekr 7X & GWM G9, Adakah Xpeng X9 Pilihan Seterusnya?

Satu persoalan mula bermain di bibir netizen: Adakah MPV futuristik Xpeng X9 bakal melengkapkan koleksi mewah TokTi.

10-03-2026
Gaya Hidup

Yayasan PEKEMA Sumbang RM22,500 Ceriakan 150 Anak Tahfiz, Asnaf

Yayasan PEKEMA telah menjayakan Majlis Malam Seribu Keberkatan & Kerahmatan, sebuah inisiatif murni untuk menyantuni pelajar tahfiz dan anak-anak asnaf di dewan Masjid Raja Haji FI Sabilillah, Cyberjaya, pada minggu lepas.

09-03-2026
Gaya Hidup

“March Into Joy” Kembali, Pelbagai Tawaran Eksklusif Ditawar

BMW Malaysia kembali menyemarakkan keterujaan Sheer Driving Pleasure melalui acara jualan eksklusif seluruh negara, BMW March Into Joy, yang bermula dari 6 hingga 8 Mac ini di semua pengedar sah BMW di seluruh Malaysia.

04-03-2026
Gaya Hidup
Gaya Hidup

BYD Tech Discovery Kini Di Johor Bermula Hari Ini

BYD di Malaysia, membawakan pusingan kedua acara BYD Tech Discovery ke Johor Bahru.

22-01-2026
Gaya Hidup

PRO-NET Raikan Ulang Tahun Ke-2 Dengan smart Owners Club Malaysia

PRO-NET meraikan ulang tahun keduanya bersama smart Owners Club Malaysia, baru-baru ini.

24-12-2025
Gaya Hidup

Program CSR: Auto ConneXion-Ford Bantu Golongan Memerlukan

Auto ConneXion- Ford menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat dengan membantu 600 golongan yang memerlukan bantuan di empat negeri, baru-baru ini.

24-11-2025