Link Copiedcheck_circle
Global

Hyundai Perkenal Hypercar Genesis GMR-001 – Bakal Beraksi Dalam Perlumbaan Ketahanan WEC 2026

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Genesis-GMR001-Hypercar-5.jpg


Hyundai, melalui jenama mewahnya Genesis, telah mengesahkan penyertaan mereka dalam FIA World Endurance Championship (WEC) 2026. Untuk merealisasikan hasrat ini, Hyundai memperkenalkan Genesis GMR-001, hypercar pertama yang direka khas untuk kategori perlumbaan Le Mans Daytona Hybrid (LMDh).


Hypercar ini akan bertanding di bawah pasukan baharu Genesis Magma Racing, yang mendapat sokongan penuh daripada bahagian sukan permotoran Hyundai. 


Reka Bentuk Inovatif GMR-001


Genesis-GMR001-Hypercar-1.jpg


GMR-001 banyak meminjam elemen rekaan daripada model konsep Genesis X Gran Berlinetta dan X Gran Racer Vision GT, tetapi dengan sedikit pengubahsuaian untuk mengikut peraturan yang ditetapkan LMDh. Antara ciri menarik termasuk lampu LED dua lapis, seperti model Genesis Magma, garis bahu yang melengkung untuk penampilan dinamik, fender besar,  kanopi pusat berbentuk kapsul, spoiler aktif di bahagian belakang dan elemen aerodinamik khas G. 


Genesis-GMR001-Hypercar-4.jpgGenesis-GMR001-Hypercar-2.jpg


Walaupun belum didedahkan, pasukan ini dijangka akan menggunakan gabungan warna jingga Magma sebagai warna tema di samping logo baharu Genesis Magma Racing. 


Trenkuasa Hypercar


Menurut peraturan LMDh, hypercar perlu menggunakan sistem hibrid separa elektrik dengan kuasa maksimum 671 hp (500 kW), termasuk 67 hp (50 kW) daripada sistem hibrid. Jentera ini wajib mematuhi berat minimum 1,030 kg dan hanya menggunakan sistem pacuan roda belakang (RWD). 


Barisan Pemandu Yang Berkaliber 


Genesis-GMR001-Hypercar-6.jpg


Genesis turut memperkenalkan pemandu mereka untuk perlumbaan musim 2026:

  • Andre Lotterer: Pemenang Le Mans sebanyak tiga kali dan juara WEC sebanyak dua kali.
  • Luis Derani: Juara IMSA dan pemenang perlumbaan 24 Hours of Daytona. 

Pembangunan Di Perancis


Genesis-GMR001-Hypercar-3.jpg


Walaupun jenama ini berasal dari Korea, pembangunan teknikal GMR-001 akan dilakukan di Litar Paul Ricard, Perancis, bermula tahun depan. Selain WEC, Genesis juga merancang untuk menyertai IMSA SportsCar Championship 2027 dalam kategori Grand Touring Prototype (GTP).


Persaingan Yang Sengit Bakal Tiba


Genesis bukan satu-satunya jenama yang terlibat dalam perlumbaan ketahanan. Mercedes-Benz telah mengesahkan penyertaan dalam kelas LMGT3 tahun depan, sementara Aston Martin akan mempertandingkan Valkyrie Hypercar dalam kategori Le Mans Hypercar.

Genesis-GMR001-Hypercar-8.jpg

Tag:

FIA World Endurance Championship (WEC) 2026
WEC
WEC 2026
Genesis GMR-001
Genesis GMR-001 Hypercar
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Ferrari Bersedia Bersaing Dalam Perlumbaan Le Mans Dengan Hypercar 499P

Ferrari telah mendedahkan hypercar yang bakal digunakan dalam Kejohanan Ketahanan Dunia (WEC) FIA 2023.

01-11-2022
Berita Auto

Pasukan Virage Beraksi Musim Pertama LMP2 Pada Tahun Ini

Jazeman Jaafar akan kembali menyertai Pasukan Virage untuk bersaing dalam Siri Le Mans Eropah 2022.

21-02-2022

Berita Terkini

Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026
Global

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026
Global

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026