Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

KLIMS 2024: GWM Dedah Model Terbaharunya, GWM Tank 500, GWM WEY 80

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Great Wall Motor (GWM) mendedahkan dua model baharunya, GWM Tank 500 dan GWM WEY 80 di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIMS 2024) yang sedang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur.

GWM TANK 500 ialah model TANK kedua yang diperkenalkan selepas GWM TANK 300 di mana kenderaan utiliti sukan (SUV) 'off-road' tujuh tempat duduk itu menggabungkan reka bentuk moden dengan keupayaan 'off-road'.

image.pngimage.png

Difahamkan model GWM TANK 500 dijangka memasuki pasaran Malaysia pada 2025

Dari segi dimensi, GWM 500 Tank memiliki ukuran  5,078 mm panjang, 1,934 mm lebar dan 1905 mm tinggi serta jarak roda 2,850 mm.

image.pngimage.png

Melihat luarannya sahaja, ia cukup sasa, tampan dan gagah.

image.pngimage.png

GWM Tank 500 ini disumbat dengan  enjin empat silinder turbo 2.0 liter sistem hibrid dan transmisi automatik sembilan kelajuan hibrid.

Ini bermakna jentera ini mampu  mampu menghasilkan kuasa gabungan sebanyak 342 PS dan tork 648 Nm.

GWM WEY 80:

Beralih GWM WEY 80  pula, ia juga menawarkan tujuh tempat duduk dimana ia dilihat lebih sesuai kepada pelanggan yang mempunyai keluarga besar.

image.pngimage.png

WEY 80 menggunakan sistem 'plug-in' hybrid elektrik yang menggunakan 'dedicated hybrid technology' (DHT).


Jentera ini pula mampu menghasilkan kuasa setakat  358 kilowatt (kW) dan tork 762 Nm.

Dari segi dimensi, ia memiliki ukuran panjang 5,045 mm , 1,960 mm lebar dan 1,900 mm tinggi manakala jarak roda 3,085 mm.

Melihat kepada ukurannya, ia adalah sebuah MPV yang cukup serta premium dan dilengkapi dengan pelbagai ciri canggih.


Menjengah bahagian kabinnya, ia didatangkan dengan  tempat duduk premium berlapik kulit dengan fungsi graviti sifar..

Antara kelengkapan lain ialah, ia juga didatangkan dengan  meja lipat di belakang tempat duduk barisan, 16 pembesar suara 'Harman Kardon', dan banyak ciri lain.

Buat masa ini, GWM tidak mendedahkan sebarang butiran harga namun kedua-dua model itu mungkin berharga dari RM100,000 hingga RM400,000.

Gallery

Tag:

GWM TANK500
GWM Wey 80
KL International Motor Show (KLIMS)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

GWM Tank 500 PHEV Bakal Dilancar Di China

Sub jenama SUV off-road GWM, Tank, baru sahaja memperkenalkan versi terkini SUV plug-in hybrid , GWM Tank 500 PHEV.

28-07-2025
Global

GWM Perkenal GWM Tank 500 Diesel Di Thailand, Selepas Ini Mungkin Malaysia Pula Terima Model Ini?

GWM Tank 500 kini hadir dengan varian diesel baharu di Thailand.

23-07-2025
Kereta Baru

SAH: GWM Tank 500 HEV Bakal Dilancar Di MAS 2025, Pada 8 Mei Ini

GWM Malaysia mengesahkan GWM TANK 500 HEV akan dilancarkan secara rasminya di MAS 2025.

02-05-2025
Kereta Baru

Ditayang: GWM Tank 500 HEV, Tempahan Sudah Dibuka, Harga Anggaran RM350K

GWM Malaysia telah membuka tempahan awal untuk GWM TANK 500 HEV, dengan harga anggaran di bawah RM350,000.

15-04-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.

20-01-2025
Berita Auto

GWM Cipta Rekod Tersendiri, Catat Jualan 331% Tahun Lepas

reat Wall Motor (GWM) Malaysia meraikan pertumbuhan tahunan sebanyak 331% pada tahun lepas.

10-01-2025
Berita Auto

EPMB Pasang GWM Haval Jolion HEV, WEY 80 PHEV Di Melaka

EPMB akan memasang secara tempatan Jolion HEV dan WEY 80 di kilangnya yang terletak di Pegoh, Melaka.

17-12-2024
EV

Perodua, Bufori Meterai Kerjasama Untuk Bangunkan eMO-II, Pasti Kereta Elektrik Perodua Nampak Gah!

Pengeluar kereta mewah buatan tangan yang berpangkalan di Malaysia, Bufori mengumumkan pihaknya akan berkerjasama dengan Perodua dalam pembangunan kereta konsep EV eMO-II.

09-12-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Imej Teaser Disiar: Tempahan Subaru Forester Gen Ke-6 Sudah Dibuka

Pengimport dan pengedar rasmi Subaru, Motor Image Malaysia Sdn Bhd, menyiarkan gambar Subaru Forester generasi keenam yang baharu di media sosial, baru-baru ini.

22-09-2025
Kereta Baru

Nissan Navara X-Tremer 2025 Sudah Berada Di Bilik Pamera, Harga Bermula Daripada RM134,800

Nissan Navara X-Tremer 2025 kini sudah berada di semua bilik pameran Nissan di seluruh negara.

19-09-2025
Kereta Baru

Suzuki Fronx Ditayang Lagi, Tempahan Sudah Dibuka

Suzuki Fronx di bakal dilancarkan di pasaran tempatan, tidak lama lagi.

18-09-2025
Kereta Baru

Dilancar: Chery O5 Selamat Mendarat Ke Malaysia, Hanya 1 Varian, Harga Cuma RM116,800

Chery Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya Chery O5 yang merupakan nama baharu bagi Omoda 5 facelift, sebentar tadi.

10-09-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz C200 AMG Line 2025 Kini Di Pasaran – Harga Sama Tetapi Lagi Bergaya, Dari RM292,800

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) membuat pelancaran ‘mengejut’ model ketiga hari ini iaitu Mercedes-Benz C200 AMG Line 2025.

10-09-2025
Kereta Baru

Mercedes-AMG CLA 45 S 4Matic+ Coupe Final Edition Kini Di Pasaran – Dari RM538,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan varian edisi terhad, Mercedes-AMG CLA 45 S 4Matic+ Coupe Final Edition, sebagai 'lambaian terakhir' kepada model CLA generasi kedua (C118).

10-09-2025
Kereta Baru

Mercedes-AMG CLE 53 4Matic+ Coupe Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM722,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini secara rasmi telah melancarkan model terbaru dalam ‘keluarga’ coupe AMG, iaitu Mercedes-AMG CLE 53 4Matic+ Coupe.

10-09-2025
Kereta Baru

VCM Dedah Volvo XC60 2025 Sudah Masuk Malaysia, Harga Bermula Dari RM333,888

Volvo Car Malaysia (VCM) secara rasmi mengumumkan ketibaan model paling laris secara global yang sudah diperbaharui lagi iaitu Volvo XC60 2025.

10-09-2025