Link Copiedcheck_circle
EV

KLIMS 2024: Perodua Dedah eMO-II, Bakal Menjadi EV TERMURAH Di M'sia, Harga Tidak Lebih RM90,000

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Pengeluar kereta nasional kedua, Perodua akhirnya melangkah dua tapak ke hadapan apabila mendedahkan kereta konsep elektrik, eMO-II pada pameran Kuala Lumpur International Mobility Show 2024 (KLIMS 2024), pagi tadi. 

image.png

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri  Zainal Abidin Ahmad berkata, eMO-II adalah kesinambungan perjalanan pembuatan kereta elektrik dengan teknologi yang dicipta sendiri.

image.png

eMO-II sebenarnya telah ditambah baik daripada model prototaip terdahulu dari segi luarannya,” katanya kepada media selepas mendedahkan eMO-II di KLIMS 2024.

Ketika ditanya mengenai harganya setelah siap dibangun, beliau berkata, ia tidak akan dijual dijual kurang daripada RM50,000 dan tidak lebih daripada RM90,000.

Difahamkan, jentera itu tidak akan dihasilkan di kilang Perodua di Rawang, Selangor sebaliknya dibina di kilang Perodua yang baharu nanti.

image.pngimage.png

Mengulas lanjut, beliau berkata, EV itu akan  menggunakan bateri jenis lithium iron phosphate (LFP) dimana ia mampu melakukan perjalanan sejauh  antara 400 ke 410km

“Ini sebenarnya model prototaip, jadi ada banyak ciri-ciri dan penambahbaikan yang akan dimasukkan pada produk akhir kami yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi,” ujarnya.

Projek EV berkenaan dibangunkan sepenuhnya secara dalaman oleh Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Perodua pada 2023.

Tambah beliau, walaupun proses pembelajaran yang dilalui agak singkat, pihaknya dapat menguasai pembuatan EV dengan lebih baik.

Ia susulan daripada hasil kerjasama beberapa perunding yang dilantik. 

“Kami telah berjaya memenuhi garis masa yang ditetapkan, seterusnya boleh meneruskan penceritaan mengenai EV kami di sini.

“Paling penting, saya ingin berterima kasih kepada kerajaan, terutamanya Perdana Menteri dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) kerana menyokong projek ini, seterusnya menyokong ekosistem automotif negara dalam meneroka dunia EV,” katanya.

image.pngimage.png

Menjengah bahagian luaran, model emo ini dilihat lebih agresif dan cukup canggih kerana menggunakan pengcahayaan yang agak unik di bahagian depan dan kabinnya.

image.pngimage.png

Dari segi dimensi,  eMO-II sebenarnya sama sahaja dengan Perodua Myvi walaupun Perodua menegaskan model EV mereka adalah lebih kecil 2-3 % berbanding dengan model konsep ini.

Antara kelengkapan lain ialah model emo ini hadir bampar hadapan berbentuk X dengan gril LED manakala lampu nyalaan siang harinya agak lebar.

image.pngimage.png

Malah, logo Perodua juga dilihat bercahaya manakala rodanya jenis tutup separuh. Selain itu, ia juga hadir dengan pintu tanpa bingkai serta pemegang pintunya jenis tersembunyi.

image.png

Malah, bahagian belakangnya juga tampil lebih agresif kerana ia dipasang dengan spoiler belakang, ada bampar agresif dengan lampu LED jenis LED.

Pendek kata, luaran emo agak padu.

image.png

Menjengah bahagian kabinnya, ia hadir dengan stereng dua jejari, saiz skrin kluster digital agak besar manakala tempat duduk untuk penumpang depan dan belakang jenis bucket. 

Bagaimanapun, Perodua tidak mendedahkan sebarang butiran mengenai trenkuasanya namun Zainal Abidin ada menyatakan bahawa spesifikasi awal untuk eMO-II ialah ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 6-7 saat.

image.png

Apapun, anda perlu menunggu beberapa bulan lagi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai EV Perodua yang masih dalam pembangunan.

Apa yang penting, Perodua ada menyatakan bahawa EV mereka bakal menjadi EV paling murah di Malaysia nanti!

Gallery

Tag:

Perodua
Perodua EMO Concept
KL International Motor Show (KLIMS)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026
Kereta Baru

Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.

08-05-2026
Berita Auto

Perodua, UTM Jalin Kerjasama, Latih Jurutera Masa Depan

Langkah Proaktif Perodua: Latih Jurutera Masa Hadapan' bersama UTM demi ekosistem xEV.

22-04-2026
Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto
Tips

Proton e.MAS 5 Atau Perodua Myvi: Jangan Pening Pilih Kereta, Ini Kira-Kira Padu Untuk Kos 5 Tahun

Jangan Pening Pilih Kereta! Myvi vs Proton e.MAS 5: Mana Satu Yang Tak 'Makan' Gaji Anda Selepas 5 Tahun?

08-03-2026
Tips

Berapa Kali Tekan Push Start Button? Ini Penjelasan PERODUA

Perodua tampil memberi penjelasan mengenai cara menekan Push Start Button dengan betul.

25-02-2026

Berita Terkini

EV

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026
EV

Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja

Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!

04-06-2026
EV

Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi

Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.

04-06-2026
EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026