Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Konsep Honda Prelude Dipamerkan Di KLIMS 2024, MITEC – Coupe Hibrid Ini Bakal Dikeluarkan 2025 Nanti?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CariCarz_SN_Honda-Prelude_KLIMS-2024-04.jpg


Honda Malaysia kini mempertontonkan model konsep, Honda Prelude di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024. 


Honda Prelude yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 1978, ialah sebuah coupe spoty dengan pelbagai ciri inovatif, namun pengeluarannya dihentikan pada tahun 2001 selepas lima generasi. Kini model ikonik ini kembali dengan sentuhan baharu.


Reka Bentuk Lebih Aerodinamik


CariCarz_SN_Honda-Prelude_KLIMS-2024-27.jpg

CariCarz_SN_Honda-Prelude_KLIMS-2024-20.jpgCariCarz_SN_Honda-Prelude_KLIMS-2024-38.jpg


Model konsep Honda Prelude ini kelihatan menawan dengan pelbagai elemen aerodinamik dan futuristik. Walaupun begitu, bentuk badan coupe yang klasik masih dikekalkan. Untuk ukurannya, jentera sporty ini berukuran 4,300 mm panjang, 1,790 mm lebar, 1,300 mm tinggi dengan jarak roda 2,575 mm. 


CariCarz_SN_Honda-Prelude_KLIMS-2024-23.jpgCariCarz_SN_Honda-Prelude_KLIMS-2024-34.jpg

CariCarz_SN_Honda-Prelude_KLIMS-2024-21.jpgCariCarz_SN_Honda-Prelude_KLIMS-2024-01.jpg


Dari segi trenkuasa, model konsep ini menggunakan sistem hibrid. Tetapi, butiran teknikal trenkuasanya masih belum didedahkan. Yang pasti, Prelude menjanjikan prestasi hebat dengan penggunaan tenaga yang lebih efisien kerana dibantu oleh rekaannya yang aerodinamik.


Kabin Mewah yang Mengutamakan Pemandu


CariCarz_SN_Honda-Prelude_KLIMS-2024-08.jpg


Ruang kabin Prelude menyerlahkan gaya minimalis dan premium yang diinspirasikan daripada Honda Civic Type R FL5. Dengan teknologi terkini dan reka bentuk ergonomik, ia dijangka dapat memberikan pengalaman pemanduan yang lebih selesa, terhubung dan lancar.


Bakal Tembusi Pasaran?

CariCarz_SN_Honda-Prelude_KLIMS-2024-16.jpg

Setakat ini, kemasukan model ini ke pasaran tempatan masih belum diketahui. Walau bagaimanapun, Honda telah mengesahkan bahawa model ini akan dipasarkan di Eropah yang mana versi pengeluarannya bakal diperkenalkan seawal tahun depan.

CariCarz_SN_Honda-Prelude_KLIMS-2024-33.jpg

Tag:

Honda Malaysia
Honda Prelude
Konsep Honda Prelude
KLIMS 2024
Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kereta Honda Laku Keras, Ini Pula Sasaran CEO Honda Malaysia Tahun Ini

Honda Malaysia meletakkan sasaran untuk menjual sebanyak 60,000 unit kereta pada tahun ini.

11-02-2026
Berita Auto

Honda Malaysia Bakal Lancar 6 Model Baharu Tahun Ini, Adakah Mungkin Prelude?

Honda Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya akan melancarkan sekurang-kurangnya enam model baharu ke pasaran Malaysia pada tahun ini.

11-02-2026
Kereta Baru

Honda CR-V Dual-Tone Edition Kini Di Pasaran – Terhad 300 Unit, Dari RM169,900

Sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-25, Honda Malaysia (HM) mengumumkan syarikatnya itu kini menawarkan versi khas, CR-V Dual-Tone Edition, eksklusif untuk CR-V generasi keenam varian E dan V.

13-11-2025
Berita Auto

Honda Malaysia, KTMB Jalin Kerjasama Untuk Sediakan Mobiliti Lestari Pada Persidangan ASEAN Railways Ke-45

Honda Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang bertindak sebagai Rakan Rasmi Pengangkutan Kereta bagi Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Kereta Api ASEAN (ARCEOs’) ke-45.

09-09-2025
Berita Auto

SST Tidak Jejas Harga – Honda Malaysia

CEO Honda Malaysia, Narushi Yazaki, berkongsi kenyataan penting berkaitan isu pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperluas.

18-07-2025
Kereta Baru

Honda HR-V 2025 Facelift Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM115,900

Honda Malaysia secara rasmi memperkenalkan Honda HR-V 2025 facelift untuk pasaran tempatan.

17-07-2025
Kereta Baru

Honda HR-V Facelift Kini Boleh Ditempah – Rekaan Lebih Moden

Pasaran SUV segmen B di Malaysia kini semakin meriah dengan ketibaan Honda HR-V versi facelift.

01-07-2025
Berita Auto

Honda Malaysia Panggil Semula 87,490 Kenderaan – Isu Pam Bahan Api

Honda Malaysia hari ini mengumumkan panggilan semula besar-besaran untuk menyelesaikan isu melibatkan dua komponen penting iaitu bilah (impeller) pam bahan api dan pam bahan api tekanan tinggi.

10-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026
Berita Auto

Masalah Brek Punca SUV Terbabas Di Cameron Highlands

Detik cemas menyelubungi sebuah keluarga apabila SUV yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam gaung sedalam 15 meter di sebuah ladang teh.

25-02-2026
Berita Auto

LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.

25-02-2026
Berita Auto

Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.

24-02-2026