Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pastikan Kenderaan Berat Jalani Pemeriksaan Berkala,- NIOSH

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Semua kenderaan berat perlu diwajibkan menjalani pemeriksaan berkala di bawah pengawasan ketat Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) bagi memantau kenderaan berat yang tidak selamat daripada berada di jalan raya.

Naib Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Manivanan Gowin, berkata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) harus melipatgandakan usaha penguatkuasaan dengan mengenakan denda berat dan tindakan tegas terhadap kenderaan berat yang gagal mematuhi piawaian keselamatan.

"Pemantauan secara berkala dan meluas amat penting untuk mencegah kenderaan tidak selamat daripada berada di jalan raya," katanya.

image.png

Beliau berkata demikian ketika mengulas tragedi kemalangan ngeri di Kilometer 204, PLUS arah utara, Melaka, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, operator pengangkutan berat wajib melaksanakan program latihan keselamatan berterusan lebih menyeluruh, khususnya untuk pemandu lori dan bas.

"Latihan ini harus merangkumi pengetahuan mendalam mengenai pemanduan berhemah, pemahaman terhadap undang-undang jalan raya serta penerapan prinsip keselamatan yang mutlak.

"Hanya kesedaran dan disiplin tinggi, kemalangan dapat diminimumkan," katanya turut mengesyorkan mewajibkan penggunaan teknologi terkini seperti Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) dan telematik dalam semua kenderaan berat untuk memastikan masalah mekanikal dikesan secara langsung.

Katanya, teknologi itu mampu memberi amaran awal tentang potensi kerosakan yang boleh membahayakan nyawa, disamping memastikan tahap keselamatan yang lebih tinggi di jalan raya.


Gallery

Tag:

NIOSH
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026