Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

RM463 Juta Diluluskan Untuk Tambah Baik Pengangkutan Awam

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Peruntukan sebanyak RM463 juta diluluskan bagi menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam menjelang Kepengerusian ASEAN 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata  peruntukan itu adalah sebagaimana diumumkan dalam Belanjawan 2025, dengan fokus utama ialah menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, khususnya di Lembah Klang dan bandar-bandar utama.

image.png

"Prasarana Malaysia Berhad memperkenalkan perkhidmatan 'Demand Responsive Transit' (DRT) sejak Jun 2024 untuk meningkatkan kesalinghubungan awal dan akhir perjalanan.

"Setakat ini dengan 20 van beroperasi, masa menunggu pelanggan berjaya dikurangkan daripada 40 kepada 13 minit.

image.png

"Selain itu, pelaksanaan Lorong Khas Bas sejak 3 Julai 2023 di Jalan Ampang, Jalan Genting Klang, dan Jalan Klang Lama telah meningkatkan jumlah penumpang harian, memendekkan masa perjalanan dan meningkatkan kelajuan komersial," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kejayaan pelaksanaan Lorong Khas Bas mendorong ia diperluaskan ke laluan baharu di Lembah Klang serta di Georgetown, Pulau Pinang, mulai November lalu.

"Ini termasuk RM10 juta diperuntukkan bagi peluasan Lorong Khas Bas di Jalan Ipoh, Jalan Cheras, dan Jalan Gombak sepanjang 47 kilometer," katanya.


Gallery

Tag:

Demand-Responsive Transit (DRT) service
Prasarana Malaysia Berhad
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Selangor Akan Perluas Perkhidmatan Van Transit Atas Permintaan Ke Seluruh Negeri

Perkhidmatan van transit atas permintaan (DRT) yang dilancarkan baru-baru ini akan diperluaskan oleh kerajaan negeri Selangor

09-03-2023
Berita Auto

Pelarasan Harga Pas Perjalanan Rapid KL Mulai 1 Januari 2026

Harga beberapa pas perjalanan Rapid KL akan diselaraskan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.

16-12-2025
Berita Auto

Tahun Baharu 2025: Rapid KL Lanjutkan Masa Operasi Rel & Bas

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengumumkan lanjutan operasi perkhidmatan rel Rapid KL sehingga jam 3 pagi,

30-12-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Lesen Kena ‘Gantung’ Tapi Masih Memandu? Sedia Ke "Dalam" 3 Tahun

Lesen Digantung Mahkamah? Jangan Nekad Memandu Jika Tidak Mahu Dipenjara 3 Tahun.

22-07-2026
Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto