Link Copiedcheck_circle
EV

Bermaz Dedah MPV Elektrik, Xpeng X9, Bakal Dilancar Tidak Lama Lagi

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Bermaz Xpeng (BAuto) menayangkan EV MPV mewah mereka, Xpeng X9  kepada media semalam.

MPV mewah ini akan dilancarkan secara rasmi pada suku kedua tahun ini dimana ia akan ditawarkan dalam tiga varian: Standard Range 2WD Pro, Long Range 2WD Pro, dan varian teratas Long Range Plus 2WD Pro.

Varian biasa: 2WD Pro  dikuasakan oleh motor elektrik tunggal, dimana ia mampu menghasilkan  315 hp (235 kW) dan 450 Nm. Varian biasa ini didakwa boleh memecut dari 0-100 km/j  dalam masa 7.7 saat. 

Varian biasa ini disumbat dengan pek bateri jenis  LFP 84.5-kWh dimana dengan hanya sekali cas, ia boleh bergerak sejauh  sehingga 480 km.

image.pngimage.png

Beralih kepada varian Long Range, varian ini mendapat pek bateri NMC 101.15-kWj dimana ia boleh bergerak sejauh  575 KM (WLTP). 

Malah, varian Long Range 2WD juga menggunakan tetapan motor elektrik  tunggal yang sama seperti varian Standard, kerana Bermaz Xpeng memutuskan untuk tidak menawarkan versi motor berkembar AWD bagi MPV.

Selain itu, semua varian  X9 menyokong platform SEPA 2.0 sekali gus memberikan MPV dengan kadar DCFC sehingga 330 Kw.

image.png

Ini  bermakna pengecasan dari 10-80% hanya mengambil masa dalam 20 minit. 

Sama seperti pasaran Singapura, X9 untuk Malaysia juga akan  tersedia dalam konfigurasi tujuh tempat duduk dengan susun atur 2-2-3. 

Tempat kedua barisan kedua akan  mendapat dua tempat duduk gaya kapten 'Graviti Sifar' yang bukan sahaja hadi dengan fungsi pemanasan  dan berventilasi tetapi dibaringkan sepenuhnya. 

Sementara itu, tempat duduk baris ketiga boleh dilipat secara automatik dan jika kerusi belakang direbahkan  ruang butnya meningkat  kepada 2,554 liter.

image.pngimage.png

Seperti mana-mana MPV mewah yang lain, X9 juga juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Ia juga hadir dengan skrin infotainmen tengah bersaiz 17.3 inci, sistem bunyi Xopera 23 pembesar suara, ada peti sejuk mini di bawah konsol tengah, meja lipat untuk penumpang di barisan kedua, sistem pencahayaan ambien pelbagai warna, dan banyak lagi.

Apa yang diketahui setakat sekarang ialah Xpeng X9 akan berada di pasaran kita pada suku kedua tahun ini.

image.pngimage.png

Biarpun, harganya tidak didedahkan namun kami menjangkakan harganya juga ditawarkan sekitar RM300,000 iaitu sama dengan Zeekr 009 (from RM349,800), Maxus Mifa 9 (bermula dari RM269,888), and Denza D9.

Gallery

Tag:

Xpeng
Xpeng X9 EV MPV
Bermaz Auto
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Xpeng GX Didedahkan: SUV EREV 1,000 KM Dengan Cip AI Turing

Jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) terkemuka dari China, Xpeng, akhirnya mempamerkan imej rasmi pertama model flagship terbarunya, Xpeng GX.

06-02-2026
Kereta Baru

Xpeng G6 RWD Muncul Dalam Versi Marhaen – Standard Range, Lancar Jan 14

Xpeng Malaysia telah mengemaskini laman web rasminya dengan kemasukan varian asas terbaru bagi SUV elektrik Xpeng G6 RWD yang kini muncul dalam versi Standard Range (SR).

12-01-2026
Global

Auto Guangzhou 2025: Xpeng X9 PowerX EREV Dilancarkan – 1,602 KM, Bakal Tiba Di Malaysia?

Xpeng telah melancarkan secara rasmi MPV Xpeng X9 dalam versi trenkuasa kenderaan elektrik jarak tambahan (EREV) di Auto Guangzhou 2025.

21-11-2025
EV

Spesifikasi Xpeng X9 Ultra Bocor – Kepintaran Luar Biasa Dengan 3 Cip AI

MPV Xpeng X9 dilaporkan bakal memiliki varian ‘Ultra’ baharu, hanya beberapa minggu setelah versi range-extender (EREV) diperkenalkan.

12-11-2025
EV

Xpeng Lepasi Sasaran Jualan - 355,209 Unit Terjual Setakat OKT 2025

Xpeng telah melepasi sasaran jualan iaitu sebanyak 355,209 unit terjual setakat Oktober lalu.

04-11-2025
Berita Auto

Xpeng Berminat Jadikan Malaysia Hab AI & Teknologi – Keupayaan Semikonduktor Negara Jadi Tumpuan

Xpeng Inc berusaha memperkukuhkan komitmennya di Malaysia, dengan sasaran untuk menjadikan negara ini sebagai hab strategik untuk pembangunan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi pintar Asia Tenggara.

31-10-2025
EV

Xpeng & Charge+ Lancar Pengecas Ultra Pantas, 350 kW, Di KL Eco City

Xpeng sekali lagi mencatat sejarah di Asia Tenggara dengan pelancaran hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) terpantas di ibu kota, terletak di KL Eco City,

26-10-2025
EV

MPV Xpeng X9 Muncul Dalam Versi EREV Di China – Capai 1,600 KM

Beberapa bulan selepas versi yang dikemaskini diperkenalkan, MPV Xpeng X9 kini muncul dengan varian baharu, iaitu versi kenderaan elektrik jarak tambahan (EREV) di China.

24-10-2025

Berita Terkini

EV

UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

UPSI menjalinkan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.

25-02-2026
EV

Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Jenama kacukan Sino-Sweden ini baru sahaja mengumumkan strategi pengembangan produk yang cukup berani dengan empat model elektrik (EV) baharu bakal dilancarkan menjelang 2028.

20-02-2026
EV

Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

19-02-2026
EV

BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.

12-02-2026
EV

Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.

12-02-2026
EV

smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.

11-02-2026
EV

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
EV

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026