Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

BMW Buat Penghantaran 13,500 Kereta Tahun Lepas, Kekal Sebagai Pengeluar Automotif Premium Nombor 1

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

BMW Group Malaysia melabuhkan tirai 2024 dengan merekodkan satu lagi pencapaian luar biasa dalam prestasi perniagaan menerusi penghantaran lebih daripada 13,500 unit kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad.

Dalam mengukuhkan komitmen, BMW Group Malaysia juga berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai Pembekal Kenderaan Elektrik Premium nombor satu apabila berjaya melakukan  penghantaran lebih daripada 2,700 unit kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad.

Jumlah itu  mewakili 20.5 peratus daripada jumlah keseluruhan penghantaran tahun ini, sekaligus menambah jumlah keseluruhan hampir 33,000 unit kenderaan BMW Group Malaysia yang dikuasakan elektrik. 

Malah, BMW berjaya mengedarkan lebih daripada 10,500 kenderaan premium sepanjang tahun, manakala MINI, jenama automotif kompak premium mencatatkan lebih 1,400 penghantaran kenderaan.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel berkata, tahun lalu merupakan tahun yang luar biasa bagi BMW Group Malaysia.

“Selepas pengukuhan komitmen terhadap industri automotif tempatan Malaysia, termasuk peluasan Pusat Pengedaran Alat Ganti Serantau BMW Group, hingga mengukuhkan kedudukan sebagai Pengeluar Kenderaan

Elektrik Premium nombor satu di Malaysia untuk satu lagi tahun melalui penghantaran lebih daripada 2,700 kenderaan elektrik merangkumi portfolio BMW, MINI, dan Motorrad.

benj.jpg

“Kami percaya setiap pencapaian ini adalah bukti kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan serta rakan niaga,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk makluman, lebih daripada 2,450,000 kenderaan dihantar meliputi seluruh portfolio BMW Group di seluruh dunia pada tahun 2024. BMW Group mencatatkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 13.5 peratus dalam segmen serba elektrik, selepas berjaya menghantar lebih 426,000 kenderaan serba elektrik (termasuk Rolls-Royce).

Tahun lalu menyaksikan pengenalan 27 model dan varian baharu ke dalam portfolio kenderaan premium BMW Group Malaysia, 12 daripadanya merupakan model serba elektrik.

Kejayaan portfolio BMW pada tahun 2024 didorong oleh penghantaran lebih daripada 3,600 unit BMW X dalam kategori Kenderaan Aktiviti Sukan (SAV), dengan BMW X1 sDrive20i pemasangan tempatan muncul sebagai kenderaan terlaris pengeluar automotif premium ini pada tahun tersebut.

Dengan hampir 1,500 penghantaran, BMW X1 sDrive20i mencatatkan pertumbuhan mengagumkan sebanyak lebih 195 peratus berbanding dengan pelancarannya pada tahun 2023. 

Kejayaan ini diikuti rapat oleh BMW X4 xDrive 30i M Sport Pro dan BMW X5 xDrive50e M Sport yang masing-masing menyaksikan hampir 700 dan 400 unit dihantar kepada pemilik baru sepanjang tahun.

Selain itu, lebih 2,700 unit BMW 3 Series dihantar sepanjang 2024, dengan BMW 320i M Sport mendahului segmen tersebut untuk tahun kedua berturut-turut, mencatatkan lebih 1,400 unit. BMW 5 Series juga juga menerima sambutan yang menggalakkan dengan lebih 790 unit dihantar, didahului oleh BMW 520i yang baru diperkenalkan.

image.png

MINI Malaysia juga mencatatkan prestasi mengagumkan, didorong terutamanya oleh pengenalan yang dinanti-nantikan dalam Keluarga MINI Baharu iaitu beberapa model baharu

Model-model tersebut termasuk MINI Countryman SE ALL4 Serba Elektrik, MINI John Cooper Works (JCW) Countryman ALL4, MINI Cooper S, MINI Cooper SE, serta MINI Aceman SE dan pratonton MINI Cooper S lima pintu.

Mengungguli segmen jenama ini adalah MINI Countryman pemasangan tempatan, dengan lebih 340 dihantar pada tahun 2024.

Portfolio elektrik MINI juga semakin mendapat tempat di hati pelanggan, dengan MINI Countryman SE ALL4 Serba Elektrik mencatatkan pencapaian kedua tertinggi jenama ini, dengan lebih 320 unit dijual dalam masa tujuh bulan selepas pelancarannya.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026