Link Copiedcheck_circle
Global

BMW M3 CS Touring 2025, Jentera Berprestasi Tinggi Yang Praktikal

Sofea Najmi

Kongsi melalui

P90584973_highRes.jpg


BMW M3 CS Touring 2025


Syarikat automotif mewah Jerman, BMW, melalui cabang model kenderaan berprestasinya, BMW M, telah memperkenalkan model terbaru, M3 CS Touring. Model ini merupakan versi lebih agresif bagi BMW M3 Touring generasi G81, yang kini menerima sentuhan β€˜Competition Sport (CS)’.


Pesaing Audi RS4 Avant & Mercedes-AMG C63 S E Performance Estate


P90585762_highRes.jpgP90585763_highRes.jpgP90584947_highRes.jpg


Sebagai pesaing kepada Audi RS4 Avant dan Mercedes-AMG C63 S E Performance Estate, model ini menjanjikan prestasi serta sistem kawalan yang lebih baik. 


Seperti model M3 CS Sedan dan M4 CS Coupe, M3 CS Touring turut menggunakan enjin 3.0L turbo enam silinder sebaris, tetapi dengan tekanan turbo dinaikkan sehingga 30 psi. Hasilnya, kuasa meningkat sebanyak 20 hp kepada 543 hp, dengan tork 650 Nm.


Model ini juga dipasangkan dengan sistem ekzos berprestasi tinggi yang mempunyai injap boleh laras serta peredam bunyi belakang titanium yang menghasilkan bunyi garang, sesuai dengan karekter agresifnya.


Baca: BMW M4 & 430i Coupe 2024 Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM870,800 & RM465,800


Pecutan Kilat – 0-100 KM/H Dalam 3.5 Saat!


P90584894_highRes.jpgP90584878_highRes.jpg


Dengan gabungan sistem transmisi automatik lapan kelajuan, sistem pacuan semua roda (AWD) xDrive, serta pakej M Driver’s Package, model ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam hanya 3.5 saat, manakala 0-200 km/j mengambil masa sepantas 11.7 saat. Kelajuan maksimum pula mencecah 300 km/j.


Sentuhan CS bukan sekadar meningkatkan prestasi enjin, tetapi juga melibatkan penambahbaikan pada sistem suspensi dan brek. Model ini dilengkapi dengan penyerap hentak elektronik yang diberikan talaan semula, strut brace depan yang lebih kukuh, dan brek yang lebih besar dengan pilihan rotor seramik karbon.


Lebih Ringan Dengan Gentian Karbon 


P90584888_highRes.jpgP90584890_highRes.jpg


Bagi meningkatkan lagi prestasi, BMW telah menggunakan gentian karbon yang ringan pada beberapa bahagian seperti hud, splitter depan, komponen ambilan udara, perumah cermin sisi dan diffuser belakang. Kesemua ini berjaya mengurangkan berat kenderaan sebanyak 15 kg.


P90584884_highRes.jpgP90584885_highRes.jpgP90584954_highRes.jpgP90584955_highRes.jpg


Dari segi reka bentuk, gril β€˜kidney’ kini hadir dengan rekaan lebih terbuka dan sudut-sudut lebih tajam, mirip model M3 CS dan M4 CS. Lampu nyalaan siang (DRL) LED  berwarna kuning di sisi gril, spoiler belakang baharu, dan rim aloi M berukuran 19 inci (depan) dan 20 inci (belakang) turut menambah kesan sporty pada jentera ini.


Kabin Sporty & Mewah


P90585764_highRes.jpgP90584879_highRes.jpgP90584873_highRes.jpg


Di bahagian kabin, M3 CS Touring menggunakan tempat duduk bucket dalam balutan M Carbon. Untuk keselesaan optimum, ia boleh dilaraskan secara automatik dan hadir dengan fungsi pemanasan. 


Sentuhan eksklusif lain ialah logo CS yang bercahaya, serta stereng balutan Alcantara khas untuk model M. Elemen lain kebanyakannya kekal sama seperti model M3 Touring standard.


Pengeluaran Pertama


P90584948_highRes.jpg


BMW masih belum mendedahkan jumlah unit M3 CS Touring yang bakal dihasilkan, namun penghantaran pertama ke pasaran yang terpilih dijangka bermula seawal Mac tahun ini.


Buat masa ini, walaupun M3 Touring standard telah ditawarkan di pasaran Thailand dan Singapura, kehadirannya di Malaysia masih belum disahkan oleh BMW Group Malaysia.

Ikuti perkembangan terkini dalam dunia automotif hanya di Carz.com.my

P90584985_highRes.jpg

Tag:

BMW M3 CS Touring
M3 CS Touring
BMW M3 CS Touring 2025
bmw m3
Competition Sport (CS)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

01-08-2025
Global

30-01-2025
EV

16-01-2026
Global

29-05-2024
EV

30-11-2023
Global

06-02-2023
Global

25-01-2023
Berita Auto

03-11-2022

Berita Terkini

Global

Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?

15-07-2026
Global

Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.

15-07-2026
Global

Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.

15-07-2026
Global

SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.

14-07-2026
Global

India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.

07-07-2026
Global

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026