Link Copiedcheck_circle
EV

ChargEV Sediakan 8 Unit Pengecas Pantas 120 kW Di 16 Sierra – Teknologi BESS

Sofea Najmi

Kongsi melalui

WhatsApp-Image-2025-01-23-at-16.11.19_4941a443.jpg


ChargEV sediakan lapan unit pengecas DC di 16 Sierra


ChargEV melancarkan hab pengecasan pantas DCFC 400 kW dengan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) pertama di Malaysia di Sierra Fresco, Bandar 16 Sierra yang terletak berhampiran lebuh raya MEX, SKVE dan LDP.


Teknologi Dinamik Kempower Pertama Di Malaysia


1491146.jpg


Hab pengecasan ini dilengkapi dengan lapan unit pengecas satelit dinamik Kempower, pertama seumpamanya di negara ini. Setiap unit mampu memberikan kuasa maksimum 120 kW, yang dihubungkan kepada lapan unit Pixii PowerShaper 50 kW, menghasilkan kapasiti keseluruhan 400 kW.


1491143.jpgWhatsApp-Image-2025-01-23-at-16.11.19_85750842.jpg


Unit Kempower ini menggunakan teknologi pengecasan dinamik, yang menyesuaikan kadar pengecasan berdasarkan peratusan cas yang tinggal (SoC) serta jumlah kenderaan yang sedang dicas secara serentak.


Tip Pengecasan Optimum


Bagi memanfaatkan pengecasan dengan lebih efisien, pemilik EV digalakkan memahami  julat pengecasan optimum, iaitu ketika bateri tidak terlalu kosong atau terlalu penuh. Mengehadkan sesi pengecasan hingga SoC maksimum 80% bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga memastikan lebih banyak pengecas tersedia untuk pengguna lain.


Lokasi Mesra Keluarga & Aktiviti Rekreasi


Bandar 16 Sierra bukan sahaja menjadi hab pengecasan EV, tetapi juga menawarkan pelbagai kemudahan rekreasi seperti gelanggang pickleball, fasiliti badminton, tapak glamping dan taman mesra haiwan peliharaan. Lokasi ini sesuai untuk aktiviti santai bersama keluarga sambil menunggu kenderaan dicas.


Baca: PETRA Komited Sedia 10,000 Stesen Pengecas Kenderaan EV Tahun Ini


Berdekatan Pengecas EV Lain 


1417836.jpg


Pengecas DC 60 kW dan AC 11 kW di Amigo Clubhouse


Sierra Fresco hanya terletak beberapa minit dari kemudahan pengecasan ChargEV lain di Amigo Clubhouse, yang menempatkan sebuah lagi stesen pengecasan pantas, DCFC Autel 60 kW dengan dua nozel dan pengecas AC 11 kW.


Caj Yang Dikenakan 


Sesi pengecasan di Sierra Fresco dikenakan bayaran RM1.60/kWj, manakala Amigo Clubhouse pula RM1.40/kWj. Buat masa ini, hanya kemudahan di Amigo Clubhouse tersedia melalui aplikasi rakan kongsi ChargEV seperti Gentari dan JomCharge.


Sumber Imej: PlugShare

Baca: Huawei Bakal Keluarkan Pengecas EV Guna Robot Secara Besar-Besaran

Tag:

16 Sierra
Sistem Simpanan Tenaga Bateri (BESS)
DCFC 400 kW
Pengecass EV Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Sistem BESS chargEV Bolehkan Pengecasan Pantas EV Di Mana Sahaja, Capai 240 kW

chargEV baru-baru ini melancarkan Sistem Simpanan Tenaga Bateri (BESS).

15-07-2024

Berita Terkini

EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026