Link Copiedcheck_circle
EV

Ini Dia EV kedua PROTON, eMAS 3?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pakar manipulasi automotif tersohor, Theophilus Chin atau lebih dikenali sebagai Theottle kembali dengan lakaran terbaharunya iaitu Proton eMas 3.

Proton emas 3 ini sebenarnya lebih kecil berbanding dengan Proton eMas 7 yang baru dilancarkan pada tahun lepas.

Lakaran terbaharu ini menjadi bualan memandangkan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Li Chunrong ada menyatakan bahawa pihaknya akan memperkenalkan satu lagi model eletriknya pada tahun ini.

image.pngimage.png

Ketibaan model EV Proton yang lebih kecil ini mungkin bertujuan untuk menyaingi model elektrik Perodua nanti.

Melihat kepada luarannya, Emas 3 ini agak sama sahaja dengan eMas 7 terutama dari bahagian hadapannya yang menampilkan lampu depan LED jenis tajam.

Malah berdasarkan imej itu, ia masih mengekalkan rim aloi lima jejari seperti mana yang ada pada MAS 7.

Reka bentuk eMas 3 juga kelihatan mirip dengan eMas 7 memandangkan ia menggunakan LED lebar dan tertera logo eMas.

image.png

Antara kelengkapan lain ialah ia juga hadir dengan pemegang bunyi tersembunyi dan terdapat port pengecas di belah kanan.

Selain itu tiada butiran lanjut didedahkan namun ada desas-desus mengatakan model kedua elektrik Proton akan dibangunkan berdasarkan Geely Xingyuan.

Sekiranya Proton membuat keputusan untuk menjadikan eMas 3 menjadi realiti, kami menganggap ia adalah pesaing hebat buat model Perodua elektrik yang bakal diperkenalkan pada suku keempat tahun ini.

image.png

Harga model elektrik Perodua juga dianggap cukup marhaen kerana ditawarkan dari RM50,000 hingga RM90,000.

Gallery

Tag:

emas 7
eMAS 3
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Proton e.MAS Turun Padang: Bawa Revolusi EV Lebih Dekat Kepada Anda

PRO-NET kembali menyemarakkan siri jelajah Proton e.MAS ke seluruh negara untuk membawa barisan EV tempatan ini terus ke depan mata anda.

19-06-2026
Berita Auto

Auto Shanghai 2025: Kembar Proton eMas 7 Versi PHEV Ini Capai 1,420 KM

Di Auto Shanghai 2025 yang kini sedang berlangsung, kami berpeluang melihat dengan lebih dekat kembar Proton eMas 7 dalam versi PHEV, Geely Galaxy Starship 7 EM-i.

25-04-2025
EV

Proton e.MAS 7 Terajui Jualan EV, Dengar Cerita Ramai Serbu Showroom Sebab Nak Tengok e.MAS 7!

Proton mengakui populariti Proton e.MAS 7 ketika ini sedang melonjak.

10-03-2025

Berita Terkini

EV

Rekod Baharu Sepang! Lotus Emeya R Catat Masa 2:20.317, EV Terpantas dalam Sejarah

Lotus Emeya R Catat Rekod Pusingan EV Terpantas di Litar Sepang.

20-07-2026
EV

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV