- Berita
- EV
- Proton e.MAS Turun Padang: Bawa Revolusi EV Lebih Dekat Kepada Anda

Bagi anda yang tertanya-tanya sama ada sekarang waktu yang sesuai untuk beralih ke kenderaan elektrik (EV), ini peluang keemasan anda. PRO-NET, anak syarikat Proton Holdings Berhad, kembali menyemarakkan siri jelajah Proton e.MAS ke seluruh negara untuk membawa barisan EV tempatan ini terus ke depan mata anda!
Siri jelajah Proton e.MAS seterusnya akan diadakan di East Coast Mall, Kuantan dari 24 hingga 28 Jun 2026 serta di Sunway Pyramid, Subang Jaya dari 1 hingga 5 Julai 2026.
Ketua Pegawai Penjenamaan PRO-NET, Salawati Mohd Yusoff berkata, program jelajah seluruh negara adalah tentang mendekatkan Proton e.MAS kepada rakyat Malaysia.
"Kami memulakan jelajah ini pada bulan April di Pulau Pinang dan Melaka, dan kini tiba masanya untuk ke Pahang dan Selangor.
"Sebagai jenama EV No.1 di Malaysia, kami kekal fokus untuk menjadikan pemilikan EV lebih mudah diakses melalui penglibatan berterusan, sokongan rangkaian pengedar yang kukuh, serta penyelesaian yang memenuhi keperluan pemanduan harian.” katanya.
Hentian Pantai Timur: Kenapa Orang Kuantan Untung Pakai EV?
Bagi warga Kuantan, memiliki EV sebenarnya jauh lebih mudah daripada apa yang anda fikirkan. Kebanyakan penduduk di Pantai Timur tinggal di rumah teres atau kediaman berkembar, bermakna anda boleh mengecas kereta dengan mudah di rumah pada waktu malam menggunakan pengecas AC standard.
Mari kita buat kira-kira mudah berbanding kereta petrol (ICE) konvensional:
| Model Kereta | Kos Per 100km | Banding Kos Petrol (Kereta Seiz Sama) |
| Proton e.MAS 5 | ~RM7 sahaja! | RM16 – RM20 |
| Proton e.MAS 7 | ~RM9 sahaja! | RM16 – RM20 |
Bukan sahaja menjimatkan poket untuk kos perjalanan harian, malah kos penyelenggaraan (maintenance) EV juga jauh lebih murah! Anda boleh melihat sendiri model Proton e.MAS 5, Proton e.MAS 7, dan Proton e.MAS 7 PHEV secara dekat di East Coast Mall nanti.
Hentian Lembah Klang: Kemunculan Proton e.MAS 7 Premium Plus di Sunway Pyramid!
Untuk peminat teka-teki automotif di Selangor, pameran di Sunway Pyramid bakal menjadi satu acara 'mega'. Sambil membeli-belah, anda boleh menyaksikan sendiri portfolio penuh Proton e.MAS, termasuk model yang baru sahaja dilancarkan di KLIMS 2026 iaitu Proton e.MAS 7 Premium Plus.
Apa yang menarik tentang varian Premium Plus ini?
- Jarak Pemanduan Lebih Jauh: Dilengkapi bateri AEGIS Short Blade 68.39kWh yang mampu membawa anda berjalan sejauh 450km (penarafan WLTP) dengan sekali cas penuh.
- Pengecasan Super Pantas: Menyokong pengecasan pantas DC 115kW. Hendak cas dari 30% ke 80% hanya mengambil masa sekitar 20 minit—sempat untuk anda beli kopi!
- Keselesaan Macam 'First Class': Dilengkapi tempat duduk hadapan dengan fungsi urutan dan tempat duduk penumpang berkuasa yang siap ada perehat kaki (leg rest).
Tawaran Istimewa & Harga!
Sempena pelancaran, varian Premium Plus ini ditawarkan dengan rebat pelancaran khas sebanyak RM7,000! Ini menjadikan harganya bermula daripada RM118,800* sahaja. Sebuah nilai yang sangat berbaloi untuk sebuah EV premium yang serba lengkap.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
