Link Copiedcheck_circle
EV

Ini Dia SUV Elektrik Premium Tata Motors, Avinya X, Elegan Habis

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Tata Motors India sudah bersedia untuk memasuki pasaran automotif premium apabila syarikat itu  memperkenalkan konsep crossover elektrik baharu, yang dikenali sebagai Tata Avinya X Concept.

Model ini pada Auto Expo A 2025 yang sedang berlangsung di India dan difahamkan ia  akan menjadi asas untuk barisan Avinya premium Tata yang akan datang.

Tata Motors bukanlah nama pertama mungkin terlintas di fikiran anda apabila anda memikirkan EV mewah premium, namun kereta konsep Avinya X baharu akan mungkin mengubah persepsi anda.

Ini kerana Avinya X dibangunkan berdasarkan platform EMA Jaguar Land Rover (JLR) baharu.

image.pngimage.png

Walaupun tiada butiran khusus yang didedahkan pada platform baharu ini dan unit pemacu yang sesuai dengannya, namun apa yang pasti ia memberikan prestasi pemanduan yang baik, selain  tahap keupayaan pemanduan off-road.

Dari segi bateri, Tata menjanjikan EV baharu ini akan mempunyai julat EV maksimum melebihi 480 KM, sambil menyertakan ciri EV standard seperti pengecasan terbalik kenderaan ke muatan (V2L) dan kenderaan ke kenderaan (V2V)

Selain itu, apa yang membuatkan Avinya X kelihatan mewah adalah disebabkan reka reka bentuknya kerana pasukan reka bentuk Tata telah berjaya menjadikan konsep ini kelihatan berbeza daripada model Tata semasa yang lain.

image.pngimage.pngimage.png

Ia menampilkan rupa yang lebih moden dan minimalis selain muka hadapannya hadir tanpa gril, ada bar LED tipis, garis bumbung sporty gaya coupe dengan cermin depan tirus, pemegang pintu jenis tersembunyi, roda dua tona besar dan banyak lagi.

Buat masa ini, Tata Motors tidak mendedahkan tarikh kemunculan tepat untuk versi pengeluaran konsep radikal Tata Avinya X ini. 

image.png

Apa yang pasti ialah SUV EV yang akan datang ini akan menggunakan rangkaian kuasa EV dan teknologi bateri yang sama seperti EV Jaguar dan Land Rover.


Gallery

Tag:

Tata Avinya X Concept
Tata Avinya X EV Concept
Tata Motors
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Tata Punch EV Facelift 2026 Dilancar, Harga Marhaen, Tapi Bateri Dijual Asing

Tata Motors melancarkan secara rasminya, Punch EV Facelift 2026, ke pasaran tempatan, baru-baru ini.

24-02-2026
Global

CFO Tata Motors, PB Balaji, Dilantik Jadi CEO Jaguar Land Rover

PB Balaji yang kini memegang jawatan sebagai CFO Tata Motors Group, diumumkan sebagai CEO baharu JLR berkuatkuasa November 2025 ini.

06-08-2025
Berita Auto

Pengerusi Tata Motors, Ratan Tata Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

Pemilik dan Pengerusi Tata Motors, serta bekas pengerusi Jaguar Land Rover, Ratan Tata menghembuskan nafas terakhir pada usia 86 tahun di sebuah hospital di Mumbai, India malam tadi.

10-10-2024
EV

EV Harga Myvi! EV Tiago Dijual Dari RM48K! Ini Spesifikasinya...

Tata Motors telah melancarkan kenderaan elektrik (EV) baharu pada harga marhaen, EV Tiago.

04-10-2022

Berita Terkini

EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026