Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Isuzu D-Max Low-Ride 4x2 MT Kini Boleh Ditempah – Rekaan Praktikal, Dari RM92,199.20

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Low-Ride-Front.jpeg


Isuzu Malaysia hari ini mengumumkan kehadiran varian baharu dalam barisan trak pikap generasi terbarunya, D-Max Low-Ride 4x2 MT. Tempahan kini telah dibuka dengan penghantaran pertama dijadualkan pada Februari 2025. 


Menurut Isuzu Malaysia, model ini direka sebagai “jentera kerja mesra inflasi” atau  “inflation-beating workhorse" yang sesuai untuk perniagaan bandar dan subbandar. Ciri-cirinya menyokong pelbagai keperluan operasi kerana lebih kos efektif, memiliki ruang muatan yang luas dan rekaan yang memudahkan proses pemuatan dan pemunggahan. 


Trenkuasa D-Max Low-Ride 4x2 MT


Varian Low-Ride 4x2 MT ini memiliki spesifikasi mekanikal yang serupa dengan model D-Max 1.9L Single Cab, tetapi dengan beberapa penambahbaikan. Ia dikuasakan oleh enjin turbo diesel 1.9 liter 4 silinder yang terkenal dengan ketahanan. Kuasa disalurkan kepada roda melalui transmisi manual 6 kelajuan.


Baca: Isuzu D-Max Jimat Minyak, Boleh Jalan Sejauh 2,000KM, Hanya 1 Tangki, Tak Sia-Sia Kalau Beli


Sarat Ciri Praktikal


Low-Ride-Rear.jpeg


Rekaan “Low-Ride” menjadikan dek muatannya hanya setinggi 78 cm dari tanah, memudahkan barangan untuk diangkat masuk dan dikeluarkan dari trak. Selain itu, varian ini hadir dengan dwi-kabin, menawarkan ruang yang selesa, mampu memuatkan sehingga lima penumpang.


Interior.jpeg


Walaupun diposisikan sebagai model mampu milik, D-Max Low-Ride 4x2 MT dilengkapi pelbagai ciri praktikal dan premium. Antaranya tempat duduk dalam balutan fabrik, sistem audio dengan sokongan Bluetooth, stereng dengan pelarasan kecondongan (tilt) dan teleskopik, central-locking dan cermin sisi dengan sistem pelarasan automatik. 


Dari segi keselamatan, varian ini dilengkapi sistem seperti ABS, EBD, BA, kawalan kestabilan elektronik (ESC) dan kawalan cengkaman (TCS). Selain itu, ia turut hadir dengan fungsi bantuan mula daki (HSA) dan kawalan turun  bukit (HDC) untuk membantu kawalan ketika mendaki atau menuruni cerun.


Harga Jualan & Jaminan 


Tempahan kini boleh dibuat di semua pengedar sah Isuzu di seluruh negara. Harga atas jalan tanpa insurans bagi varian ini adalah RM92,199.20 di Semenanjung Malaysia, RM94,279.60 di Sabah dan RM 94,170.30 di Sarawak. Setiap pembelian juga disertakan jaminan lima tahun atau 150,000 km, mana yang terdahulu.


Untuk maklumat lanjut, anda boleh kunjungi mana-mana pengedar sah Isuzu, atau lawati laman web rasmi Isuzu Malaysia ataupun halaman Facebook rasmi D-Max Malaysia.


Baca: Isuzu Malaysia Tawar Isuzu Insurance Pro – Insurans Komprehensif, Kelulusan Pantas






Tag:

Isuzu Malaysia
Isuzu D-Max
Isuzu D-Max Low-Ride 4x2 MT
Trak Isuzu
Trak Pikap
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

29-08-2025
Berita Auto

29-07-2025
Berita Auto

29-04-2025
Berita Auto

21-04-2025
Kereta Baru

26-02-2025
Kereta Baru

14-01-2025
Berita Auto

10-10-2024
Berita Auto

Berita Terkini

Kereta Baru

Tempahan Proton Saga Serba Baharu (MC3) Sudah Dibuka-Harga Sekitar RM40,000-RM50,000

PROTON mengumumkan bahawa tempahan untuk Saga serba baharu (MC3) sudah dibuka di semua wakil pengedar sah PROTON di seluruh negara.

11-11-2025
Kereta Baru

Jetour T2 Versi Pasaran Malaysia Dipertontonkan – Anggaran Dari RM178,888

Jetour Malaysia telah mendedahkan kepada umum model SUV ranggi terbaru, Jetour T2, dalam versi pemanduan sebelah kanan (RHD) di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC).

09-11-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz GLC 200 4Matic Bakal Tiba Di Malaysia

Seperti yang dijangkakan, Malaysia bakal menjadi antara pasaran penting yang bakal menerima kemasukan varian baharu peringkat asas bagi model SUV crossover premium, Mercedes-Benz GLC 200 4Matic.

07-11-2025
Kereta Baru

Imej Acah Didedahkan, EV Leapmotor B10 Bakal Muncul Dalam Masa Terdekat, Mungkin CKD

Setelah dikesan meluncur di jalan raya negara kita dalam keadaan berpelekat samaran, pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China di bawah Stellantis, Leapmotor Malaysia, akhirnya mendedahkan teaser rasmi model terbarunya, Leapmotor B10.

06-11-2025
Kereta Baru

GWM Malaysia Lancar 2 Model Baharu, Ora Good Cat Ultra, Versi GT 2025, Harga Mampu Milik

GWM Malaysia melancarkan secara rasminya, Ora Good Cat GT dan Ora Good Cat Ultra ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

06-11-2025
Kereta Baru

Dilancar: Volkswagen Golf GTI Mk 8.5, Versi CKD - Harga Bermula Daripada RM255,990

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan secara rasminya Golf GTI Mk 8.5 pada harga RM255,990, sebentar tadi.

05-11-2025
Kereta Baru

Pratonton: Volkswagen Golf R-Line Ditunjuk

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mendedahkan Golf R-Line, sebentar tadi.

05-11-2025
Kereta Baru

Alfa Romeo Malaysia Kembali Gegarkan Pasaran, ROI Giulia & Stelvio Dibuka

Selepas sekian lama menyepi, jenama legenda dari Milan, Alfa Romeo, akhirnya kembali ke pasaran Malaysia setelah sebuah laman web yang tertulis 'Alfa Romeo Malaysia' dan media sosial rasminya muncul di dunia maya.

05-11-2025