Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jualan Perodua Melonjak, Pembekal, Pengedar Perodua Turut Terima Manfaat Besar

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Prestasi bersejarah yang dicatatkan Perodua pada tahun lepas membuatkan Operasi Persatuan Pembekal Perodua (P2SA) dan Persatuan Pengedar Perodua (PDA) kini berada di kedudukan kukuh.

Presiden P2SA, Musa Zahidin Tan Sri Ahmad Zaidee mendedahkan Perodua telah membuat pembelian komponen automotif dengan nilai berpuluh billion ringgit  daripada ahlinya  sejak beberapa tahun lalu sekali gus, menjadikannya pembelian tertinggi dalam sejarah.

image.pngimage.png

“Pembelian ini memainkan peranan penting dalam membolehkan ahli P2SA untuk membuat pelaburan semula dan mengembangkan operasi, menambah baik skala ekonomi dan meningkatkan kelebihan daya saing kami – terutamanya apabila kos meningkat disebabkan oleh faktor luaran,” katanya.

Mengulas lanjut, menurutnya, ahli-ahli P2SA juga telah mengambil inisiatif untuk membuatnpelaburan semula ke atas operasi mereka termasuklah dengan melaksanakan automasi dan teknologi Internet Kebendaan (IOT).

“Contoh bagi pembaharuan ini adalah Sistem Penyimpanan dan Pengambilan Automatik (ASRS) oleh Ingress AOI Technologies Sdn Bhd – sistem kawalan komputer yang boleh mengenalpasti, menyusun dan memindahkan barangan dalam gudang bertingkat tinggi dengan operasi tenaga manusia dan peralatan sokongan yang minimum. Sistem ini telah meningkatkan keberkesanan ruang Ingress AOI Technologies sebanyak 71%,” ujarnya.

image.pngimage.png

Sementara itu, Presiden PDA, Rabitah  Shamshudin berkata, bagi ahli PDA, mendaftarkan majoriti daripada 358,102 kenderaan Perodua adalah cabaran dan juga satu kejayaan.

“Kami ingin berterima kasih kepada Perodua, terutamanya di bawah pimpinan  Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad  di atas kejayaannya membawa kami ke peringkat lebih tinggi.

image.pngimage.png

“Selain daripada kecekapan dan profesinalisme, Perodua juga telah memberikan sokongan penuh kepada para pengedarnya untuk menambah baik operasi, seperti melaksanakan operasi tunggal (mono-operation), menawarkan sokongan dan galakan untuk menaik taraf operasi 3S yang terbukti berbaloi buat kebanyakan ahli kami,” jelasnya

Operasi tunggal merujuk kepada gabungan operasi jualan, perkhidmatan dan jualan alat ganti yang boleh menawarkan pengalaman pemotoran yang lebih lancar buat para pelanggan.

Sehubungan itu, PDA komited terhadap kejayaan berterusan Perodua sebagai jenama automotif paling popular di negara ini dan akan terus memfokuskan kepada kepuasan pelanggan dengan memahami keperluan dan membina pengalaman yangnlebih baik dengan mereka.

Gallery

Tag:

Perodua
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi

Tuah Menggunakan Super App P-Circle, Penuntut UiTM Dipilih Pemenang Utama Myvi 1.3G.

07-07-2026
EV
Berita Auto

Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!

Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.

18-06-2026
EV

Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499

Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!

15-06-2026
Berita Auto

Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih

The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!

09-06-2026
Berita Auto

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026