Link Copiedcheck_circle
Global

Mazda CX-60 Rally Concept Diperkenalkan – Kerusi 'Bucket' Karbon Recaro, Spoiler

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Mazda-SpiritRacing-CX60-RallyConcept-TAS2025.jpg

Pameran Tokyo Auto Salon (TAS) 2025 menyaksikan syarikat automotif Jepun, Mazda memperkenalkan produk pertama untuk subjenama model berprestasi tinggi, Spirit Racing, berasaskan Mazda MX-5 yang menarik perhatian ramai. Namun, tumpuan turut terarah kepada satu lagi model yang menerima sentuhan Spirit Racing iaitu SUV bersaiz sederhana, Mazda CX-60.

Mazda Spirit Racing CX-60 Rally Concept

Mazda-SpiritRacing-CX60-RallyConcept-CarGuidePH.jpgMazda-SpiritRacing-CX60-RallyConcept-CarGuidePH-4.jpg

Dinamakan sebagai Mazda Spirit Racing CX-60 Rally Concept, SUV sporty ini menerima beberapa penambahbaikan dalaman dan luaran yang menyerlahkan aura kereta lasak rally

Antara ciri penting pada model konsep ini ialah spoiler belakang yang besar, roof scoop rally, plat pelindung depan dan belakang khas, paip ekzos quad dan penggunaan aksen hitam serta logo Mazda Spirit Racing di beberapa bahagian badan kereta.

SUV ini juga diberikan balutan kusam atau matte kelabu dengan grafik kelabu muda, pelekat Spirit Racing, serta garis kontra berwarna jingga. Penampilan sporty ini dilengkapkan lagi dengan penggunaan rim aloi bersaiz 20 inci berwarna hitam, di samping sistem suspensi yang kelihatan lebih rendah berbanding model standard.

Kabin Bertema Rally Dengan Sentuhan Premium

Mazda-SpiritRacing-CX60-RallyConcept-TAS2025-2.jpg

Bahagian kabin CX-60 Rally Concept juga diberikan sentuhan Spirit Racing yang mana tempat duduk standard digantikan dengan kerusi bucket karbon Recaro dengan tali pinggang keselamatan enam titik ala kereta rally. Gaya premium diserlahkan dengan sentuhan kemasan Alcantara yang menyempurnakan upholsteri kulit hitam sedia ada.

Prestasi Kekal Sama Dengan Enjin Turbodiesel & Sistem MHEV

Mazda-SpiritRacing-CX60-RallyConcept-TAS2025-3.jpg

Di sebalik penampilan agresif, enjin asalnya dikekalkan iaitu Skyactiv-D 3.3 liter enam silinder sebaris turbodiesel yang dipadankan dengan sistem hibrid ringkas (MHEV) 48 volt. Gabungan sistem trenkuasa ini menghasilkan 251 hp (254 ps) dan 500 Nm, dengan kuasa disalurkan kepada semua roda melalui sistem transmisi automatik lapan kelajuan.

Baca: SUV Mazda CX-60 & CX-80 Dipertontonkan Di KLIMS 2024 – Elegan, Sarat Teknologi

Pengeluaran Kekal Tanda Tanya

Berbeza dengan model MX-5 Spirit Racing, Mazda belum mengesahkan sama ada CX-60 Rally Concept ini akan memasuki fasa pengeluaran. 

Baca: Mazda MX-5 Versi Perlumbaan, Spirit Racing, Bakal Dipertontonkan Di Tokyo Auto Salon 2025


Tag:

Tokyo Auto Salon (TAS) 2025
TAS 2025
Spirit Racing
Mazda Spirit Racing CX-60 Rally Concept
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026