Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

MINI Countryman S ALL4 2025 – CKD, Versi Petrol, Capai 201 HP, Dari RM259,000

Sofea Najmi

Kongsi melalui

MINI-Countryman-S-ALL4-CKD-14.jpg


MINI Malaysia hari ini telah mengumumkan pelancaran varian petrol terbaru bagi Countryman generasi ketiga (U25) iaitu MINI Countryman S ALL4. Model ini merupakan varian pertama generasi ketiga Countryman yang dipasang secara tempatan (CKD) di kilang pengeluaran BMW Group Malaysia di Kulim, Kedah. Harga jualan bermula dari RM259,000.


Prestasi Enjin MINI Countryman S ALL4


MINI-Countryman-S-ALL4-CKD-15.jpgMINI-Countryman-S-ALL4-CKD-16.jpg


Perbezaan antara Countryman S ALL4 CKD dan model elektriknya terletak pada sistem janaan kuasa. Varian baharu ini menggunakan enjin petrol turbo 2.0 liter 4 silinder dengan kuasa 201 hp (204 ps) dan tork 300 Nm. Kuasa disalurkan kepada semua roda (ALL4) melalui sistem transmisi 7 kelajuan DCT. Sistem trenkuasa ini membolehkannya membuat pecutan dari 0 ke 100 km/j dalam masa 7.4 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 228 km/j. 


Walaupun mempunyai dimensi yang lebih besar serta ketinggian yang lebih tinggi, MINI Countryman S ALL4 baharu tetap menjanjikan pengalaman pemanduan menyerupai go-kart seperti model MINI yang lebih kecil, hasil daripada talaan yang dibuat kepada peredam (damper) bersama bar anti-oleng dengan pratetapan ultra. 


Reka Bentuk MINI Countryman S ALL4 Yang Elegan


MINI-Countryman-S-ALL4-CKD-2.jpgMINI-Countryman-S-ALL4-CKD-6.jpgMINI-Countryman-S-ALL4-CKD-4.jpgMINI-Countryman-S-ALL4-CKD-7.jpg


Dari segi rekaan, MINI Countryman S ALL4 CKD berkongsi banyak persamaan dengan varian elektrik, Countryman SE ALL4. Dengan pakej kemasan Favoured yang diberikan secara standard, model ini dilengkapi gril depan berbentuk oktagon yang ikonik, lampu depan LED dan belakang LED dengan pencahayaan unik, logo merah "S” dan rim aloi jejari Windmill 20 inci.


Kabin Mewah MINI Countryman S ALL4 Yang Sarat Teknologi Terkini


web_CariCarz_AS_Review_Mini-Countryman-Cooper-SE_static_-58.jpgweb_CariCarz_AS_Review_Mini-Countryman-Cooper-SE_static_-60.jpgweb_CariCarz_AS_Review_Mini-Countryman-Cooper-SE_static_-44.jpgweb_CariCarz_AS_Review_Mini-Countryman-Cooper-SE_static_-56.jpg


Ruang kabin model ini turut mengekalkan sentuhan kemasan Favoured yang melahirkan aura mewah dan moden. Antara kelengkapan yang disertakan ialah skrin infotainmen MINI OS9 berbentuk bulat yang menyokong sambungan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar, papar pandu (HUD) MINI yang menggantikan kluster meter biasa, tempat duduk depan eksklusif John Cooper Works dengan balutan kulit vegan, serta sistem audio Harman Kardon dengan 12 pembesar suara.


Dengan ukuran badan yang lebih besar berbanding model terdahulu, ruang but yang berkapasiti 505 liter kini boleh diperluaskan sehingga 1,530 liter. Tempat duduk belakang juga boleh digerakkan untuk memberikan ruang tambahan kepada penumpang belakang.


MINI Countryman S ALL4 Dijamin Selamat Dengan Teknologi ADAS


web_CariCarz_AS_Review_Mini-Countryman-Cooper-SE_static_-12.jpgMINI-Countryman-S-ALL4-CKD-17.jpg


Untuk aspek keselamatan, Countryman S ALL4 CKD hadir dengan Driving Assistant PLUS, termasuk fungsi seperti kawalan jejalah aktif (ACC) dengan Stop&Go, pembantu kawalan stereng dan lorong (LCA), kawalan had laju manual dan automatik. Ia juga dilengkapi Parking Assistant Plus, yang menyokong fungsi seperti bantuan parkir, bantuan mengundur hingga 50, kawalan jarak parkir aktif, pemantau pergerakan keluar dan sebagainya. Turut ditawarkan ialah perakam BMW Drive dan anti-kecurian. 


Harga Jualan dan Pakej Waranti MINI Countryman S ALL4 


MINI-Countryman-S-ALL4-CKD-13.jpg


MINI Countryman S ALL4 CKD kini dibuka untuk tempahan melalui pengedar sah MINI Malaysia di seluruh negara. Model ini ditawarkan pada harga bermula RM259,000, termasuk waranti kenderaan standard selama dua tahun dan bantuan tepi jalan 24 jam selama lima tahun. 


Pelanggan juga boleh memilih pakej perlindngan tambahan, MINI Extended Warranty & Service, yang melanjutkan waranti kenderaan kepada empat tahun, menjadikan harga keseluruhan mencecah RM270,000.

Tag:

Countryman CKD
MINI MALAYSIA
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

02-12-2025
Kereta Baru

24-04-2025
Kereta Baru

24-04-2025
Kereta Baru

08-01-2025
Berita Auto

20-11-2024
EV

25-10-2024
Kereta Baru

08-10-2024
Kereta Baru

08-10-2024

Berita Terkini

Kereta Baru
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru
DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026