- Berita
- Gaya Hidup
- Lebih 500 Pemilik MINI Serikan Malaysia MINI Day
Acara Malaysia MINI Day yang julung kalinya diadakan berjaya menarik penyertaan lebih 500 pemilik kereta MINI.
Acara itu dianjurkan oleh pemilik MINI, Pattern Group yang turut mendapat sokongan daripada MINI Malaysia (BMW Group Malaysia) dan pengedar sahnya, Millennium Welt.
Perhimpunan itu diadakan di Resorts World Awana, Genting Highlands, Pahang, bermula Sabtu lalu.
Acara itu bermula pada Sabtu dengan acara makan malam sempena meraikan ulang tahun ke-10 MINI Pattern Group serta perjalanan luar biasa komuniti MINI selama ini.
Pada keesokannya harinya, acara itu kemudian menghimpunkan lebih 543 buah MINI sekali gus menjadi perhimpunan terbesar kereta MINI yang pernah diadakan di Malaysia.
Selain itu, dengan kerjasama Millennium Welt, peserta juga berpeluang untuk merasai sendiri kelincahan dan pemanduan go-kart MINI elektrik termasuk MINI Cooper 3-Pintu, MINI Countryman serta MINI Aceman baharu.
Acara tersebut juga diserikan dengan pertandingan antara MINIacs untuk MINI Modenterbaik, MINI Klasik terbaik serta menghasilkan transformasi paling kreatif dalam menjadikan penutup minyak enjin kepada model kereta MINI.
Terdapat juga jualan but kereta dimana kebanyakan pemilik MINI menonjolkan kenderaan kesayangan mereka selain mempamerkan barangan koleksi, dan kraftangan untuk dijual.
Gallery




Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari