Link Copiedcheck_circle
EV

Perodua, UTM Bangunkan xEV?

Suhana Veru

Kongsi melalui

MIE_0250.JPG

Perodua dan Universiti Teknologi Malaysia telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk membangunkan generasi baharu kenderaan elektrik (xEV) di Malaysia.

Memorandum ini melibatkan aspek pendidikan dan latihan kepada bakal jurutera baharu dalam membangunkan teknologi berkaitan xEV.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya  berharap mampu membina teknologi xEV sendiri dan kelebihannya dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

“Melalui perjanjian ini, Perodua telah melangkah lebih jauh daripada tugas asalnya - daripada menjadi pemangkin pemindahan teknologi kepada sebuah entiti yang memacu pembangunan teknologi,” katanya.

image.pngimage.png

Perodua, yang ditubuhkan pada 1993, diwujudkan bagi menyediakan kenderaan yang berkualiti tingggi dan mampu milik buat rakyat Malaysia.

Pada masa sama, ia bertindak sebagai syarikat yang dapat memindahkan teknologi ke Malaysia.

Pemindahan teknologi ini bertujuan untuk membangunkan ekosistem automotif negara danmeningkatkan kemahiran dan pengetahuan teknologi rakyat Malaysia.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Teknologi Malaysia (UTM),  Prof. Dr. Rosli Md Illias pula menyifatkan kerjasama ini adalah dapat  memacu kelestarian mobiliti di Malaysia.

“Kerjasama ini menunjukkan kepentingan merapatkan jurang antara akademia dan industri dalam memperkasakan graduan dengan kemahiran serta pengetahuan yang relevan,” katanya.

Kerjasama ini bukan sahaja memberi manfaat kepada para pelajar dan penyelidik UTM, tetapi juga menjadi model kerjasama antara akademia dan industri untuk memastikan Malaysia kekal kompetitif dalam sektor automotif global.

Perjanjian ini menekankan enam elemen utama termasuk kerjasama antara Perodua dan UTM dalam memperkukuh kurikulum akademik UTM bagi kursus kejuruteraan dan bidang- bidang berkaitan.

Selain itu, melalui perjanjian ini, satu makmal satelit akan ditubuhkan di kampus utama UTM di Skudai, Johor.

Perodua dan UTM akan bertukar pengetahuan mengenai perkembangan semasa pelbagai teknologi automotif yang memfokuskan kepada xEV.

Kedua-dua pihak juga akan bersama-sama memberi pendedahan kepada ahli-ahli akademik dan jurutera dalam pembangunan teknologi xEV.

Perodua dan UTM akan bekerjasama secara aktif dalam bidang akademik, penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta program pembangunan bakat dan latihan untuk kakitangan masing-masing.

Gallery

Tag:

Perodua
electrified vehicles (xEV)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501

Perodua Pulangkan RM16,501 Kepada Pembeli Terawal QV-E, Rupanya Ada Sebabnya.

06-08-2026
Berita Auto

Kereta Bajet: Axia VS Saga, Mana Satu Pilihan Anda?

Pilihan Kereta RM40k di Malaysia: Perodua Axia atau Proton Saga?

03-08-2026
Berita Auto

Perodua Axia Kini Lebih Mampu Milik: Harga Turun Sehingga RM4,700 Serta-Merta

Berita Baik! Perodua Potong Harga Axia Demi Bantu Rakyat Hadapi Cabaran Ekonomi.

03-08-2026
Berita Auto

Perodua Traz & Alza 'Takluk' Sri Lanka: Bukti Kereta Malaysia Mampu Bersaing di Luar Negara

Dari Malaysia Ke Sri Lanka: Perodua Lebarkan Sayap, Eksport Traz dan Alza!

28-07-2026
Global

Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k

Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.

27-07-2026
Berita Auto

Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi

Tuah Menggunakan Super App P-Circle, Penuntut UiTM Dipilih Pemenang Utama Myvi 1.3G.

07-07-2026
EV
Berita Auto

Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!

Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.

18-06-2026

Berita Terkini

EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026