Link Copiedcheck_circle
EV

Skuter Elektrik Zeeho AE8 S+ Sarat Teknologi Kini Menarik Kini Di Pasaran – Dari RM18,888

Sofea Najmi

Kongsi melalui

front-Left-2.jpg


Pengedar dan pengimport motosikal, MForce Bike Holding Sdn Bhd (MForce), mengakhiri tahun 2024 dengan  pelancaran skuter elektrik premium terbaru edarannya, Zeeho AE8 S+. Zeeho, jenama elektrik keluaran gergasi dua roda China CFMoto, kini ditawarkan di Malaysia menerusi rangkaian pengedar rasmi di bawah MForce iaitu CFMoto Malaysia.


Trenkuasa Zeeho AE8 S+


Direka khusus untuk kegunaan bandar, skuter elektrik ini menawarkan kecekapan setanding skuter pembakaran dalaman (ICE) 150cc dengan prestasi bersamaan model 250cc.


DSC00286.jpg


Skuter ini dilengkapi motor elektrik berkapasiti 12.5 kW (16.8 hp) dan tork maksimum 218 Nm, yang disalurkan kepada roda belakang menerusi sistem pacuan tali sawat. Bateri litium-ion 69V 27Ah berkembar pula dipasang di bawah pelana.


Gabungan teknologi ini membolehkan skuter mencapai kelajuan 0-50 km/j dalam masa hanya 2.6 saat, dengan kelajuan maksimum sekitar 100 km/j. Dari segi jarak perjalanan, ia mampu mencapai sehingga 105 km berdasarkan penilaian WMTC, manakala pengecasan hingga 80% boleh dicapai dalam tempoh 2.5 jam menggunakan pengecas khas 1,900W.


Ciri Luaran Zeeho AE8 S+


Dari segi dimensi, Zeeho AE8 S+ berukuran 1,910 mm panjang, 743 mm lebar dan 1,154 mm tinggi, dengan jarak roda 1,380 mm. Model ini memiliki jarak kelegaan tanah 152 mm serta ketinggian tempat duduk 785 mm, sesuai untuk kebanyakan penunggang, walaupun beratnya agak tinggi iaitu 133 kg.


front.jpgTyre.jpg


Untuk pasaran tempatan, Zeeho AE8 S+ ditawarkan dalam dua pilihan warna menarik, iaitu Starship Silver dan Eclipse Silver.


Ciri Premium & Teknologi Zeeho AE8 S+


DSC00215.jpg

DSC00250.jpgDSC00256.jpg


Skuter ini menyerlah dengan pelbagai sentuhan rekaan inovatif, dilengkapi  rim aloi 12 inci, lampu depan LED adaptif serta lampu belakang LED dan lampu signal yang menarik. Sistem suspensinya merangkumi fork teleskopik di hadapan serta penyerap hentakan boleh laras di belakang, dengan sistem brek cakera Brembo berserta ABS dua saluran.


DSC00222.jpgDSC00244.jpgDSC00226.jpgDSC00246.jpg


Di bahagian panel kawalan, skuter ini menampilkan skrin TFT 5 inci dengan sambungan NFC, Bluetooth serta sambungan aplikasi telefon pintar. Turut tersedia ialah port pengecasan USB-A dan USB-C.


Melalui aplikasi Zeeho Ride, pengguna boleh mengakses pelbagai fungsi seperti mengunci dan membuka kunci, pemantauan data perjalanan, serta kemas kini perisian over-the-air (OTA) untuk unit kawalan elektronik (ECU).


DSC00228.jpg

DSC00235.jpgDSC00258.jpg


Tiga mod tunggangan ditawarkan iaitu ECO, Street dan Sport, serta ciri kawalan kelajuan automatik (cruise control).


Harga & Jaminan Zeeho AE8 S+

Left.jpgLeft-2.jpg


Zeeho AE8 S+ kini boleh didapati melalui pengedar sah CFMoto di seluruh Malaysia dengan harga jualan RM18,888 (tidak termasuk insurans dan kos atas jalan). MForce turut menawarkan jaminan pengilang selama dua tahun atau sehingga 20,000 km. 

Tag:

Zeeho AE8 S+
Zeeho AE8
Skuter Elektrik
Skuter EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

31-12-2024

Berita Terkini

EV

VW 'Taubat'! Kembalikan Butang Kawalan Fizikal Dalam VW ID.Polo

Jenama Jerman ini mendedahkan rekaan dalaman yang bakal membuatkan ramai peminat old-school tersenyum lebar.

06-01-2026
EV

Model PHEV BYD, Song Pro, Qin L & Qin Plus Capai Jarak Elektrik Menakjubkan, Cecah 210 KM!

Gergasi automotif China, BYD, nampaknya semakin rancak berinovasi. Terbaru, BYD mempertontonkan versi Long Range untuk tiga model popularnya, Song Pro DM-i (SUV) serta dua model sedan, Qin L dan Qin Plus.

06-01-2026
EV

EV & Pengecas Ada Risiko Renjatan Elektrik Semasa Banjir? Ini Jawapan TNB

Seiring dengan peningkatan mendadak penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, timbul kegusaran mengenai tahap keselamatannya ketika musim banjir. Ramai yang bimbang jika tersentuh air banjir berdekatan EV atau pengecasnya boleh membawa maut akibat renjatan elektrik.

05-01-2026
EV

EV/REEV XPeng P7+ Dikemaskini – 100+ Penambahbaikan, Bakal Tiba Di Malaysia?

Syarikat kenderaan elektrik dari China, XPeng, baru sahaja memperkenalkan versi yang dikemaskini bagi tahun 2026 untuk model sedan segmen E, XPeng P7+.

02-01-2026
EV

SUV Forthing Friday Raih ASEAN NCAP 5 Bintang, Bakal Gegar Pasaran Malaysia

SUV segmen C keluaran negara China, Forthing Friday, kini sah memegang status sebagai antara kenderaan paling selamat di rantau ini.

02-01-2026
EV

Skuter Elektrik Marhaen, EZI TS-1 Semurah RM4,288 - Jarak Gerak 100KM

Skuter elektrik EZI TS-1 dijual semurah RM4,288.

01-01-2026
EV

Sistem JPJ Alami Isu Teknikal Di Saat Akhir Cukai Jalan EV Percuma

Di saat-saat akhir 'cuti' cukai jalan (LKM) terhadap kenderaan elektrik (EV) bakal berakhir, kemunculan isu teknikal telah mencetuskan ‘huru-hara’.

31-12-2025
EV

Kembar e.MAS 5, Geely EX2 Dilancarkan Di Indonesia – Jauh Lebih Murah?

Selepas mendarat di Thailand, SUV elektrik kompak Geely EX2 baru-baru ini secara rasmi telah ‘menyerang’ pasaran Indonesia.

29-12-2025