Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

11,300 CR-V Terjual: Terajui Segmen SUV Saiz Pertengahan No 1 2024

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Honda Malaysia mengesahkan lebih 11,300 unit model Flagship generasi keenam, CR-V terjual sekali gus mengekalkan kedudukan sebagai SUV saiz pertengahan  Nombor 1 pada tahun lepas. 

Model terbabit turut menyumbang 36% kepada pegangan pasaran selain merekodkan pertumbuhan sebanyak 40%dari  tahun ke tahun dalam segmennya tersendiri.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura mengakui sejak CR-V dilancarkan pada Disember 2023, model ini menerima pasaran yang cukup kukuh.

image.png

“CR-V adalah model terlaris ke-3 dalam barisan model Honda pada tahun lepas. Malah, pengenal varian 2.0L e:HEV RS juga menyumbang 20% kepada keseluruhan jualan CR-V. 

image.pngimage.pngimage.png

“Tidak ketinggalan segmen hibrid SUV Saiz Sederhana, 2.0L e:HEV RS juga menyumbang  87% kepada pegangan pasaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, varian yang menggunakan petrol juga menunjukkan prestasi yang cukup baik memandangkan varian E adalah pilihan utama bagi kebanyakan pelanggannya yang menyumbang 40% kepada jualan CR-V.

image.png

Bagi yang tidak tahu, CR-V hadir dalam 3 varian:

Varian S = RM159,900

Varian E = RM169,900

Varian V = RM181,900

Varian e:HEV RS = RM195,900

image.png

Varian paling tinggi ini (RS) disumbat dengan trenkuasa hibrid iaitu 2.0 liter dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 184 PS dan tork 335 Nm.

image.pngimage.pngimage.png

Bagi mereka yang mencari pengalaman pemanduan yang lebih menyeronokkan, CR-V juga ditawarkan dengan enjin Turbo 1.5L VTEC yang menawarkan kuasa setakat 193PS dan tork 243Nm. 

image.pngimage.png

image.png

Untuk memastikan kestabilan yang dipertingkatkan, varian V didatangkan dengan Real canggih Masa AWD untuk membantu pemandu mengekalkan kawalan dalam keadaan jalan yang berbeza.

Seperti sedia maklum, CR-V juga dikatakan cukup  terkenal dengan kabinnya yang luas dan selesa sehingga membuatkan ramai yang tertawan.

Jadi, bagi yang mahu memandu uji CR-V, anda boleh mengunjungi 104 pengedar sah Honda di seluruh Malaysia atau layari  honda.com.my.



Gallery

Tag:

Honda Malaysia
2023 Honda CR-V
Honda CR-V Hybrid
2023 Honda CR-V 1.5 VTEC Turbo
Sixth-Gen CR-V
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Honda CR-V Dual-Tone Edition Kini Di Pasaran – Terhad 300 Unit, Dari RM169,900

Sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-25, Honda Malaysia (HM) mengumumkan syarikatnya itu kini menawarkan versi khas, CR-V Dual-Tone Edition, eksklusif untuk CR-V generasi keenam varian E dan V.

13-11-2025
Berita Auto

Honda Malaysia, KTMB Jalin Kerjasama Untuk Sediakan Mobiliti Lestari Pada Persidangan ASEAN Railways Ke-45

Honda Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang bertindak sebagai Rakan Rasmi Pengangkutan Kereta bagi Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Kereta Api ASEAN (ARCEOs’) ke-45.

09-09-2025
Berita Auto

SST Tidak Jejas Harga – Honda Malaysia

CEO Honda Malaysia, Narushi Yazaki, berkongsi kenyataan penting berkaitan isu pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperluas.

18-07-2025
Kereta Baru

Honda HR-V 2025 Facelift Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM115,900

Honda Malaysia secara rasmi memperkenalkan Honda HR-V 2025 facelift untuk pasaran tempatan.

17-07-2025
Kereta Baru

Honda HR-V Facelift Kini Boleh Ditempah – Rekaan Lebih Moden

Pasaran SUV segmen B di Malaysia kini semakin meriah dengan ketibaan Honda HR-V versi facelift.

01-07-2025
Berita Auto

Honda Malaysia Panggil Semula 87,490 Kenderaan – Isu Pam Bahan Api

Honda Malaysia hari ini mengumumkan panggilan semula besar-besaran untuk menyelesaikan isu melibatkan dua komponen penting iaitu bilah (impeller) pam bahan api dan pam bahan api tekanan tinggi.

10-06-2025
Berita Auto

Insentif Cukai EV Tamat Tahun Ini? Honda Malaysia Harap Insentif Cukai Dilanjutkan Lagi

Kerajaan diminta untuk melanjutkan lagi insentif, termasuk pengecualian cukai untuk EV.

15-05-2025
Berita Auto

200 Unit Honda e:N1 Sudah Ditempah Sejak 15 April

Honda Malaysia mengesahkan bahawa sebanyak 200 unit model BEV pertama, Honda e:N1 sudah ditempah sejak tempahan dibuka pada 15 April lalu.

15-05-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Projek Dasar Laut Bukan Projek Terbengkalai, Tidak Pernah Diumum Batal

Projek Terowong Dasar Laut masih berstatus aktif.

14-11-2025
Berita Auto

RTS Link, TMJ Bimbang Kesesakan Sebaik RTS Mula Operasi

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, bimbang terhadap masalah kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku apabila Projek Rapid Transit System (RTS) Link, siap nanti.

14-11-2025
Berita Auto

Kunjungi Pameran Teknologi EV, BYD Tech Discovery Day Di Plaza Arkadia, Bermula Hari Ini

BYD Malaysia, DENZA jenama kenderaan elektrik pintar mewah di bawah BYD bersama BYD Sime Motors, pengedar kenderaan rasmi BYD di Malaysia,melancarkan secara rasminya pameran teknologi EV pertama di Malaysia, semalam.

14-11-2025
Berita Auto

Tiada Lagi Healing Percuma, Lepas Ini Bayar Tol Sebelum Naik Genting Highlands

Genting Highlands akan mengenakan tol bagi menampung kos penyelenggaraan sepanjang 24 kilometer jalan dan cerun yang ditanggung sepenuhnya oleh syarikat itu sejak tahun 1960-an.

14-11-2025
Berita Auto

Monsun Timur Laut, Laluan Dari Gerik, Jeli, Blue Valley Terdedah Tanah Runtuh

Laluan dari Gerik menuju ke Jeli, Kelantan dan jalan Simpang Pulai ke Blue Valley, Cameron Highlands, Pahang dikatakan berisiko berlakunya kejadian tanah runtuh.

13-11-2025
Berita Auto

Projek ECRL: Bakal Lonjakkan Hasil KDNK Terengganu

Nampaknya, negeri Terengganu mampu tingkatkan hasil KDNK sebanyak RM48.2 bilion pada 2040 disebabkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

13-11-2025
Berita Auto

Proton, PRO-NET Sertai GATE 2025: Pamerkan Teknologi EV Terkini di GATE 2025

PRO-NET mempamerkan teknologi terkini kenderaan elektriknya sepanjang pameran Global Automotive and Technology Expo (GATE) 2025 yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre.

13-11-2025
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen

Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel naik sebanyak lima sen, bermula hari ini.

13-11-2025