Link Copiedcheck_circle
EV

Bilik Pameran Zeekr Dibuka Di Petaling Jaya – Jom Pandu Uji Zeekr 009 & X!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Zeekr-Showroom-36.jpg


Pengimport dan pengedar rasmi jenama Zeekr di Malaysia, Sentinel Automotive Sdn. Bhd. (Sentinel),  telah merasmikan pusat pameran pertamanya di Petaling Jaya (PJ). 


Berkeluasan 660 meter persegi, ruang pameran ini menampilkan dua model yang kini ditawarkan di pasaran Malaysia, Zeekr 009 dan Zeekr X yang bakal berkembang tidak lama lagi dengan ketibaan SUV elektrik Zeekr 7X dijangkakan pada suku ketiga tahun ini. 


Baca: SUV Elektrik Zeekr 7X Bakal Dilancarkan Suku Ke-3 2025 - Cas Sepantas 10.5 Minit!


Lebih Daripada Sebuah Bilik Pameran


Sentinel menyifatkan pusat pameran PJ sebagai lebih daripada sekadar bilik pameran, sebaliknya sebuah pusat pengalaman yang mencerminkan visi Zeekr terhadap mobiliti yang lebih bersih, pintar dan mengujakan.


Pengarah Urusan Zeekr SEA, Alex Bao, turut menekankan komitmen jenama ini dalam menawarkan kenderaan premium berasaskan teknologi dengan prestasi tinggi, reka bentuk sofistikated, serta ciri-ciri canggih. 


Zeekr-Showroom-22.jpg


“Zeekr memahami bahawa ​​kenderaan hari ini bukan sekadar alat pengangkutan, tetapi perlu menawarkan integrasi teknologi yang lancar dalam kehidupan harian pemandu,” katanya.


Menurut Pengurus Besar Sentinel, Daniel Lee, pemilihan Petaling Jaya sebagai lokasi pertama bilik pameran Zeekr adalah selari dengan nilai teras jenama ini yang menekankan kemajuan, kelestarian dan inovasi.


Pelancaran tersebut turut menyaksikan penghantaran model pertama kepada pelanggan terawal. Zeekr berjaya mencipta momentum di Malaysia dengan menjadi jenama EV keempat terlaris pada Januari, dengan pendaftaran kenderaan sebanyak 101 unit, mengatasi jenama-jenama premium lain seperti BMW, Mercedes dan Volvo.


Zeekr Tawar EV Berprestasi Tinggi


Zeekr-Showroom-37.jpgZeekr-Showroom-33.jpg


Untuk makluman pembaca, Zeekr 009 merupakan MPV elektrik mewah dengan kabin luas, teknologi canggih dan sistem kuasa elektrik berprestasi tinggi yang menawarkan jarak perjalanan sehingga 582 km setiap cas penuh.


Baca: Zeekr 009: Pesaing Alphard, Vellfire Dah Sampai, Ada 2 Varian, Harga BAWAH RM370K Sahaja!


Sementara itu, Zeekr X pula ialah hatchback elektrik yang elegan dengan sistem trenkuasa canggih, menawarkan pemanduan responsif serta jarak perjalanan maksimum 440 km.


Baca: Zeekr X Raih Euro NCAP 5 Bintang – Terbaik Dalam Kelasnya?


Kunjungi Zeekr Space PJ


20250215_ZEEKR00963.jpg


Pelanggan yang berminat boleh mengunjungi Zeekr Space PJ yang terletak di 58, Jalan Profesor Diraja Ungku Aziz, untuk sesi pandu uji kenderaan Zeekr.


Baca: Jenama EV, Zeekr, Lynk & Co Bersatu – Kini Zeekr Group


Baca: ZEEKR 009, ZEEKR X Dilancar, Harga Bermula Dari RM156K & RM350K


Tag:

Zeekr
Zeekr Malaysia
Zeekr Space PJ
Bilik Pameran Zeekr
Zeekr Petaling Jaya
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global

Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat

Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.

20-04-2026
Berita Auto

Zeekr Malaysia Bakal Dominasi 2026? 3 Model Baharu, SUV 1,400 HP, CKD

Zeekr Malaysia mengesahkan rancangannya untuk melancarkan tiga model baharu sepanjang tahun 2026.

13-02-2026
EV

Stok 2025 Dah Licin! Zeekr 7X Kini Dari RM182,800, Lebih Tinggi, Tapi Masih Berbaloi?

Zeekr Malaysia secara rasmi telah mengumumkan harga terkini bagi model SUV elektrik Zeekr 7X bagi tahun 2026.

09-02-2026
Global

Imej Rasmi SUV Zeekr 8X PHEV Didedahkan, Bakal Dilancar Separuh Pertama Tahun 2026

Zeekr, telah menyiarkan beberapa imej rasmi SUV hibrid plug-in (PHEV) terbaharunya, Zeekr 8X.

22-01-2026
EV
Global

Imej Teaser Zeekr 8X PHEV Didedah, Bakal Dilancarkan Tahun Ini

Jenama NEV premium dari China, Zeekr, mendedahkan imej teaser SUV PHEV berprestasi tinggi terbaharunya, yang dikenali sebagai Zeekr 8X.

06-01-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza, Pemilik Zeekr 7X Yang Ke-2,000

Penyanyi nombor satu di Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi pemilik Zeekr 7X yang ke-2,000 baru-baru ini.

22-12-2025

Berita Terkini

EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026