Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Denza D9 Dilancar: Ada 2 Varian: Harga Serendah RM259K

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

DENZA, jenama premium di bawah BYD melancarkan secara rasminya Denza D9 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

image.png

Denza D9 didatangkan dalam dua varian Advance FWD (RM259,000) manakala varian  Premium AWD pula berharga (RM309,000).

image.pngimage.png

Bagi varian FWD, ia menawarkan kuasa 308 hp (230 kW) dan 360 Nm dimana ia mampu memecut  dari 0-100 km/j hanya dalam masa 9.5 saat dan  kelajuan maksimumnya pula adalah sekitar 190km/j.

Sementara itu, Premium AWD yang mampu menghamburkan kuasa setakat 369hp dan 470nm pula mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 6.9 saat dan kelajuan maksimumnya juga 190km/j.

image.pngimage.png

Kedua-dua varian Denza D9 disumbat dengan  dengan bateri yang sama, iaitu 103.3kWh jenis BYD Blade LFP. Ia juga didatangkan secara standard dengan pengecasan AC 3-fasa 11kW dan menyokong kelajuan pengecasan DC sehingga 166kW.

Dari segi dimensi, ia berukuran 5,250 mm panjang, 1,960 mm lebar, 1,920 mm tinggi serta jarak roda 3,110 mm.

Melihat luarannya, ia kelihatan sedikit sama dengan Toyota Alphard namun Denza D9 sebenarnya ebih lebar daripada Alphard.

image.pngimage.png

Menjengah bahagian kabinnya, ia hadir dengan infotainmen bersaiz 15.6 inci, kluster instrument 3D, ada pengecas wayarles, 14 speaker Dynaudio, meja jenis lipat, kesemua kerusi dibaluti dengan kulit Nappa, didatangkan dengan kerusi kapten dengan fungsi urut, 4 ISOFIX dan banyak lagi.

image.pngimage.png

Lebih menarik, Denza D9 di pasaran Malaysia juga akan didatangkan standard dengan peti sejuk yang boleh dibuka secara automatik dengan menekan satu butang. Bukan setakat itu, peti itu turut boleh digunakan sebagai pemanas kerana menyokong suhu sehingga 50 darjah.

Si pemilik kereta ini juga boleh   boleh mengawal peti sejuk itu dengan  menggunakan skrin sentuh 5.5-inci.

Malah, skrin yang sama juga boleh  digunakan untuk melaraskan kerusi serta mengawal penghawa dingin  pintu, tingkap, sunroofsunshade dan lampu ambien.

Mengenai ruang butnya, ia seluas 410 liter namun jika kerusi belakang direbahkan, ruang butnya boleh menjadi lebih luas iaitu 2,310 liter.

Dari segi ciri keselamatan, ia juga sama dengan jenama BYD yang lain dimana Denza D9  didatangkan dengan Sistem ADAS  sekali gus  membolehkan  pemanduan separa autonomi Tahap 2.

Ia termasuk Kawalan Jelajah Adaptif, Kawalan Pengekalan Tengah Lorong, Amaran Lintasan Trafik Hadapan dan Belakang dengan brek automatik, Amaran Pelanggaran Belakang, Pemantau Titik Buta, dan banyak lagi. 

image.png

Bagi yang berminat, MPV ini hadir dengan warna Arctic White, Whale Sea Blue & Cosmos Black.

image.png

Untuk tempahan awal, para pembeli akan menerima pemasangan percuma wallbox 22kW, servis percuma 6-tahun/120,000 km, beg Denza dan bantal sokongan untuk leher dan kepala.


Gallery

Tag:

Denza D9
Denza Malaysia
Denza D9 EV MPV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

10-02-2026
Kereta Baru

27-01-2026
EV

16-12-2025
EV

01-07-2025
Gaya Hidup

08-06-2025
Pandu Uji

27-05-2025
Kereta Baru

20-02-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300

Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.

17-04-2026
Kereta Baru

Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?

Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?

16-04-2026
Kereta Baru

Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026

Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.

11-04-2026
Kereta Baru

Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired

MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.

10-04-2026
Kereta Baru

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Kereta Baru

Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan

Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!

08-04-2026
Kereta Baru

Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.

08-04-2026
Kereta Baru

MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki

Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.

07-04-2026