Link Copiedcheck_circle
EV

Denza Anjur Roadshow Pertama di Malaysia – Pandu Uji, Wallbox & Servis Percuma

Sofea Najmi

Kongsi melalui

image.jpg


Jenama automotif premium, Denza, bakal mengadakan jerayawara (roadshow) pertamanya di Malaysia hujung minggu ini bertempat di Plaza Arkadia, Desa ParkCity, Kuala Lumpur. Acara bertemakan ‘DENZA and BYD Electrifying Experience’ ini berlangsung dari 14 hingga 16 Mac.  


Pelbagai Aktiviti Menarik Menanti Pengunjung


Selain peluang melihat dan memandu uji Denza D9, pelbagai aktiviti menarik lain turut diadakan termasuk pameran teknologi, pengalaman audio dan lounge, serta aktiviti mesra keluarga.


Promosi Istimewa Hingga 16 Mac


Sempena acara ini, pengunjung yang membeli Denza D9 di roadshow ini atau di mana-mana bilik pameran Denza sebelum 16 Mac akan menerima pakej pengecas dinding (wallbox) percuma lengkap dengan kad pemasangan, serta pakej servis percuma selama enam tahun.


Denza D9 Laris di Malaysia, 800 Unit Terjual dalam Seminggu


Caricarz-MBA-Denza-D9-Preview-20.jpg


Sejak pelancarannya bulan lalu, MPV elektrik mewah ini telah menerima sambutan luar biasa di pasaran tempatan dengan 800 unit terjual dalam minggu pertama. 


Bagi meraikan kejayaan ini, satu majlis penyerahan khas kepada pelanggan terawal akan diadakan pada hari Sabtu, 15 Mac sebagai sebahagian daripada roadshow ini.


Dua Varian Bermula Dari RM259,000


Denza D9 ditawarkan dalam dua varian di Malaysia:

Advanced FWD – RM259,000

Premium AWD – RM309,000


Kedua-duanya menggunakan bateri Blade LFP 103.3 kWj. Varian Advanced FWD dijana oleh satu motor yang menggerakkan roda hadapan, menghasilkan 308 hp dan 360 Nm, manakala varian Premium AWD mendapat dua motor yang menghasilkan 369 hp dan 470 Nm.


Dari segi prestasi, varian paling pantas mampu melakukan pecutan 0-100 km/j dalam 6.9 saat, manakala varian paling efisien menawarkan julat EV sehingga 600 km (NEDC). Selain itu, kedua-duanya menyokong pengecasan AC 11 kW dan DC 166 kW. 


Kemunculan Denza Z9 GT: Grand Tourer Berprestasi Tinggi


web_CariCarz_TA_Denza-Z9-GT-Malaysia_.jpg
IMG20240425134335.jpgIMG_2054.JPG


Selain D9, Denza Malaysia turut mengesahkan bahawa model Z9 GT akan dipertontonkan secara eksklusif sepanjang roadshow ini. Namun, ia hanya boleh disaksikan menerusi pembentangan khas setiap dua jam. Ini merupakan kali kedua model berprestasi tinggi ini dipertontonkan kepada umum di Malaysia, selepas kemunculan sulungnya di majlis pelancaran Denza D9.


Denza Z9 GT ditawarkan dalam dua pilihan enjin di pasaran global:

  • Hibrid Plug-in (PHEV) – Dipacu enjin petrol 2.0L turbo 4 silinder bersama motor elektrik dan bateri Blade 38.5 kWj, menghasilkan kuasa keseluruhan 858 hp. Varian ini mampu memecut 0-100 km/j dalam 3.6 saat serta menawarkan jarak perjalanan maksimum 1,100 km.
  • Elektrik (EV) – Dilengkapi bateri 100 kWj, dengan kuasa gabungan 950 hp dari motor elektriknya. Model ini menjanjikan jarak perjalanan sehingga 630 km dengan sekali cas penuh serta pecutan 0-100 km/j serendah 3.4 saat.

Jangan lepaskan peluang untuk melihat Denza D9 dan Z9 GT dengan lebih dekat di Plaza Arkadia minggu ini. Roadshow ini berlangsung setiap hari bermula  14 hingga 16 Mac, pada jam 10 pagi hingga 10 malam.

Baca: Harmony Auto Buka Bilik Pameran Pertama Denza Di Malaysia

Baca: Denza D9 Dilancar: Ada 2 Varian: Harga Serendah RM259K

Tag:

Denza D9
Denza Roadshow
DENZA and BYD Electrifying Experience
Denza Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

10-02-2026
Kereta Baru

27-01-2026
EV

23-01-2026
EV

01-07-2025
Pandu Uji

27-05-2025
Kereta Baru

20-02-2025
EV

13-02-2025
Kereta Baru

27-01-2026

Berita Terkini

EV
UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

UPSI menjalinkan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.

25-02-2026
EV
Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Jenama kacukan Sino-Sweden ini baru sahaja mengumumkan strategi pengembangan produk yang cukup berani dengan empat model elektrik (EV) baharu bakal dilancarkan menjelang 2028.

20-02-2026
EV
Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

19-02-2026
EV
BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.

12-02-2026
EV
Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.

12-02-2026
EV
smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.

11-02-2026
EV
Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
EV
Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026